Hari ke-2 abi di Bintulu. Hari ini juga Anas, Mussaab dan Miqdad bangun pagi lebih awal seperti biasa. Bangun mandi dan breakfast, kemudian hantar Anas ke sekolah jam 6.50 pagi. Anas perlu hadir lebih awal kerana hari ini Anas dan kawan-kawan akan membuat persembahan di Shah Alam, bersempena pesta buku Selangor. Semoga dipermudahkan urusan Anas, teacher dan kawan-kawan. Abi tak lupa bertanyakan khabar dalam perjalanannya ke laut. Semoga dipermudahkan urusan abi juga.
Balik ke rumah, singgah beli nasi lemak untuk Mussaab dan Miqdad yang menggemari nasi lemak. Ummi suapkan Mussaab dan Miqdad makan. Kemudian Mussaab pula bersiap untuk ke sekolah. Jam 8, sudah berada di sekolah. Ummi dan Miqdad balik ke rumah dan jalani kehidupan berdua seperti biasa, sebelum Anas dan Mussaab balik. Miqdad menonton video brother Matt dan berjalan sana sini.
Jam 9.30, ummi tidurkan Miqdad di bilik. Ummi keluar menonton persembahan Anas yang ditayangkan live di fb. Alhamdulillah dapat juga tengok persembahan Anas di sana. Miqdad bangun dan menangis. Ummi tenangkan Miqdad dulu, kemudian temankan menonton tv sambil membaca al-Kahfi.
Jam 12, ambil Mussaab seperti biasa. Ummi tak masak, hanya suapkan nasi lemak yang masih berbaki sebungkus. Keduanya makan sehingga licin. Kemudian menonton cbeebies dan bermain.
Jam 2.30, Anas balik ke rumah. Terus capai remote ps3 dan menonton video. Ummi dan Miqdad naik tidur di atas. Mussaab tidur di bawah. Anas langsung tak tidur.
Jam 5, ummi masak nasi dan lauk untuk makan malam. Anas masih setia di depan tv. Miqdad dan Mussaab ulang alik keluar masuk dapur. Lepas masak, ummi suapkan ketiganya makan. Semuanya makan berselera. Lepas makan dan kemas tempat makan dan ruang tamu, terus naik ke atas. Anas, Mussaab dan Miqdad mandi dan berpakaian tidur.
Lepas maghrib, seperti biasa baca al-Quran, Iqra’ dan teruskan hafazan. Lepas tu terus tidur semuanya. Alhamdulillah semuanya lena dibuai mimpi. Semoga mimpi yang indah-indah ya semua.
Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik untuk kita semua. Semoga abi di sana juga dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Ringkas saja cerita hari ini :)
Ummi tak tangkap gambar Anas, Mussaab dan Miqdad hari ni. Tampal gambar passport family kita jelah kat sini :)
0 comments:
Post a Comment