Sebelum itu, serba ringkas tentang Lake Gardens yang dipetik dari laman rasmi Taman Botani Perdana dan Wikipedia
Pagi ini (28/04/18) kami diberi peluang untuk sampai lagi ke Lake Garden setelah agak lama tidak ke sini. Tempat ini antara yang menjadi kesukaan kami sekeluarga untuk meluangkan masa bersama. Paling sekejap pun, kami akan lepaskan anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan.
Taman tasik Perdana ini sangat luas tempatnya. Sangat menarik dan strategik buat penduduk khususnya yang tinggal di sekitar Bandar Kuala Lumpur untuk beriadah dan berlibur bersama ahli keluarga atau rakan.
Kerana keluasannya, kita perlu spend masa yang lama di sini jika mahu meneroka kesemua tempat. Di sini ada banyak perhentian yang punya tarikan tersendiri seperti rumah komik, Laman Perdana, Herbarium, Herb Garden, Hibiscus Garden, dan banyak lagi. Di sini juga terdapat banyak tasik yang luas dan cantik di samping kawasannya yang berbukit-bukit dan luas, dipenuhi banyak pohon hijau dan meredupkan.
Kepada yang mencari ketenangan dari hiruk pikuk kota, boleh lah datang ke sini. Meskipun ia terletak di tengah bandaraya yang sibuk, namun ia adalah tempat yang mampu memberikan sebuah ketenangan dan menjadi tempat ideal untuk ‘bersembunyi’ sebentar dari kesibukan kota :)
Sudah berkali-kali kami datang ke sini sejak tahun 2015. Kebiasaannya kami akan membiarkan anak-anak bermain di taman permainan, atau berbasikal di laman perdana. Kadang-kadang juga suamiku akan berjogging di sekitar kawasan ini sementara aku memantau anak-anak sahaja. Kami juga pernah ke taman rusa yang terdapat di sini dan berjalan di sekitar kawasan ini yang memang sangat luas. Berjalan pun sudah berpeluh-peluh ,:)
Kami tiba di sini jam 8.30 pagi. Singgah breakfast di kedai makan berdekatan dan terus masuk ke Lake Gardens melalui pintu utama, dan berjalan sehingga ke taman permainan yang biasa kami singgah. Ini adalah kali kedua kami melalui jalan masuk yang ini. Dari pintu masuk, yang pertama akan kita jumpa adalah rumah komik. Di sini kami berhenti dan bergambar :) Kemudian sambung perjalanan menuruni tangga dan cerun bukit. Walaupun jauh, agak tak terasa kerana sepanjang perjalanan kita akan disajikan dengan pemandangan yang menghijau cantik.
Terdapat banyak pokok-pokok hutan di sepanjang perjalanan. Terdapat juga label-label nama pokok yang ditulis di sekitarnya. Pohon yang tinggi memberikan teduhan dan keredupan di sepanjang perjalanan kita. Kami menyusur jalan berbukit, dan melalui titian dan tasik, sambil menjamu mata dengan panorama yang menyejukkan.
Kami juga masuk ke Herb Garden dan spend lebih masa di sini sebelum anak-anak dibenarkan bermain. Seperti biasa, bergambar dan berkenalan dengan pokok-pokok herba yang ditanam. Bukan saja anak-anak, ummi dan abi pun agak kurang arif tentang pokok-pokok tersebut. Taman ini juga disusun cantik, rapi dan terjaga.
Akhirnya sampai juga ke tempat yang bakal memberikan lebih ‘kepuasan’ pada anak-anak iaitu taman permainan. Dah sampai, apa lagi, mainlah dengan sepuas-puasnya.
Lebih kurang 1 jam melepaskan anak-anak bermain, jam 10.30 kami mengambil grab di sini menuju ke PWTC untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL yang sudah berlangsung sejak semalam.
Sekitar jam 12.30, selepas membeli buku dan bersesakan di pesta buku, kami sekali lagi mengambil grab dan kembali ke Lake Gardens untuk menaiki kereta dan kembali ke rumah. Oh ya, tambang pergi dan balik pesta buku tadi ialah rm16.
Alhamdulillah tiba di rumah jam 2.30 petang. Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan untuk bersama keluarga hari ini. Walaupun agak jauh dari rumah, tetapi ia berbaloi di atas keriangan yang tercipta pada anak-anak.
Taman Botani Perdana ini boleh dijadikan salah satu tempat untuk ibubapa luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Ya, saranan ini khusus buat warga di sekitar Bandar KL yang sering sibuk dan ingin bebas sebentar dari kesibukan kota. Banyak aktiviti sihat dan bermanfaat dapat dilakukan bersama di sini. Insya Allah di sini juga ada nilai kepuasan yang dapat dinikmati bersama :)
Untuk makluman lanjut, boleh download brochure di sini ya:
Tak sah bercerita panjang tanpa gambar kan ;)
0 comments:
Post a Comment