Ayam Goreng Kunyit Bermadu

Resepi ini dicipta khas untuk Anas dan Mussaab. Menu yang sangat sesuai untuk anak kecil seperti mereka. Mak ayah pun boleh makan juga..xde masalah :)


Bahan Bahan:
Dua ketul dada ayam-potong kecil
Garam
Kunyit 
Madu
Bijian habbatus sauda 
Sedikit cuka
(gaul ayam bersama semua Bahan di atas,perap seketika)

Sedikit Minyak masak
Bawang merah-mayang halus
Bawang putih- mayang halus
Sedikit sos tiram
Bawang besar-potong 
Carrot-potong/cincang halus
Capsicum -potong/cincang halus 
Sedikit air-sikit saja

Cara cara
Panaskan Minyak, masukkan ayam yg diperap tadi, Goreng separuh masak
Masukkan bawang merah dan bawang putih,masak hingga bawang kelayuan
Masukkan sedikit sos tiram, kacau sebentar.
Masukkan sedikit air, kacau lagi
Agak agak air nak kering, masukkan carrot, capsicum dan bawang besar.
Kacau sebentar dan tutup apa.siap sudah hidangan buat si kecil :):):)

0 comments:

Post a Comment