Sunday, 23 February 2020 0 comments By: Naemah

WEEKEND: AKTIVITI DI RUMAH DAN KENDURI KAWIN




February 2020 

Masuk weekend ke-3, berturut-turut abi tiada di rumah. Abi yang balik sehari dua, then pergi lagi. Jadual abi yang padat, membuatkan abi dan anak-anak ‘jauh’ dalam tempoh 3 minggu ni.


Weekend kali ini hanya habiskan masa di rumah juga. Alhamdulillah mek datang pada hari sabtu dan stay di sini sehingga minggu depan, insya Allah. Hari Sabtu Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri hanya spend masa di rumah sahaja. Menonton video, dan buat aktiviti simple-simple. Petangnya menerima kunjungan tetamu-Pok Long dan kak jah satu family yang datang hantar mek. Meriah rumah untuk seketika.


Esoknya pula, juga buat aktiviti dan main sesama sendiri. Dan hari ni juga, berkesempatan ke majlis kenduri jiran yang jaraknya tak jauh dari rumah. First time ummi bertandang ke majlis, hanya dengan anak-anak, tanpa abi. Agak mencabar juga :) kat kampung pernah juga tanpa abi, tapi ada ahli keluarga lain bersama. Tak de lah ummi sorang-sorang nak handle anak-anak kat majlis.


Semalam menghadiri majlis jam 12 tengahari. Tengah orang ramai berpusu datang. Beratur panjang nak ambil makanan, dan perlu ‘berebut’ tempat duduk. Anas tolong pegangkan Suri time ummi beratur ambil nasi. Ummi seorang, dapat ambil 2 pinggan je lah. Satu untuk Anas, satu lagi ummi makan sambil suapkan Mussaab dan Miqdad. Sambil memangku Suri juga ,:) Alhamdulillah kenyang la semua. Suri pun berpeluh-peluh duduk di bawah khemah. Cuaca pun agak panas. Sempat juga ambil keropok lekor dan ais krim malaysia untuk Mussaab dan Miqdad. Alhamdulillah, makan pun sedap. Cuma ‘susah’ sikit je la dengan anak-anak yang ramai ni.


Alhamdulillah tak lama di situ. Just datang untuk makan dan jumpa tuan rumah. Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini. Anak-anak mendengar kata, dan kenyang makan semua. Suri pun dah dekat nak balik baru ‘bunyi’. Panas sangat dan tak selesa agaknya :)


Dah selesai semua, bersedia meninggalkan majlis. Balik rumah, buat aktiviti dan main macam biasa. Petang sampai ke malam. Dah tamat 2 hari cuti sekolah. Esok akan kembali bersekolah seperti biasa. Semoga tetap bersyukur dan jalani kehidupan dengan baik, positif dan bersemangat anakku.


Insya Allah, dah tak lama. Kita akan jumpa abi. Abi akan ada ‘lebih’ masa untuk kita lepas ni. Insya Allah :)



Weekend yang telah lepas;















Sunday, 16 February 2020 0 comments By: Naemah

TERIMA KASIH DUHAI ANAK






Catatan buat kenangan


Siang hari tadi, sambil ummi tidurkan Suri, ummi juga terlena bersama Suri. Tinggalkan Anas, Mussaab dan Miqdad buat aktiviti sendiri di bawah. Banyak kertas diangkut, hari ni banyak melukis dan beraktiviti dengan kertas. Bersepah sudah lantai. Pinggan mangkuk makan tengahari tadi pun belum berbasuh, tak sempat sebab Suri dah menangis mengantuk. Takpelah, nanti petang boleh basuh.


Sebaik bangun jam 2.30 petang, Anas dan Mussaab buat ‘kejutan’ pada ummi. Ruang tamu dah dikemas rapi. Lantai pun disapu bersih. Bukan itu saja, sinki pun dah clear. Berpakat dua beradik nak tolong kemas rumah. Siap di bawah, sambung di atas pula. Kesian kat ummi katanya. Masya Allah.. ummi terharu. Dan wajah masing-masing happy, bangga, ceria, sebab dapat siapkan semua kerja tu.


Terima kasih Anas.

Terima kasih Mussaab.

Ummi sangat-sangat menghargai apa yang Anas dan Mussaab dah buat. Sejuknya hati ummi bila semuanya ringan tulang membantu, tanpa disuruh-suruh. Bahagianya bila tahu kamu sudi ‘mengerti’ :,)


Ummi  tahu ummi tak boleh mengharapkan kesempurnaan. Sentiasa ada lebih dan kurang. Ummi hanya mahu berterima kasih. Bukan sahaja untuk hari ini. Yang telah lepas, dan insya Allah yang akan datang juga. Ummi doakan anak-anak ummi akan terus jadi anak-anak yang baik, yang ringan tulang membantu, yang faham akan kesukaran ummi dan abi, dan maafkan tiap kekurangan ummi dan abi dalam mendidik dan memberi.


Terima kasih anakku..

Moga success sentiasa dalam kehidupanmu 

Doa ummi akan sentiasa mengiringi 

Insya Allah 


Love you all
















Saturday, 15 February 2020 0 comments By: Naemah

WEEKEND: PERTANDINGAN MEWARNA DI SURAU ISTIQAMAH


Berhujung minggu lagi. Bulan ni 2 weekend berturut abi tidak ada bersama. Minggu lepas di Miri, minggu ni di Bintulu. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri tak ke mana-manalah jawabnya. 


Kebetulan hari ni (15/2/20) diadakan program di surau istiqamah, Seksyen 6 Bandar Rinching ni (jalan belakang tu je), ummi daftarkan nama Anas dan Mussaab untuk masuk pertandingan mewarna. Anas masuk kategori B (8 dan 9 tahun), Mussaab pula masuk kategori A (6 dan 7 tahun)


Semuanya bangun awal hari ni. Miqdad bangun time abi bersiap nak ke airport jam 5.30 pagi, Mussaab dan Anas juga sempat bangun bersalam sebelum abi bertolak. Siap mandi dan bersiap semuanya. Tak sabar nak masuk pertandingan.


Jam 8.15 pagi ke Surau, daftar nama dan bermain di padang sementara tunggu nak mewarna. Sekitar jam 9.15, pertandingan mewarna bermula. Khusyuk lah semuanya mewarna hingga berakhir pertandingan sejam kemudiannya. Mussaab hantar lebih awal, Anas pula tak sempat color semua. Miqdad ulang alik ke meja tempat Anas mewarna, dan ke tempat ummi duduk bersama Suri. 


Dah habis semua, masa untuk penyampaian hadiah pula. Alhamdulillah, dapat saguhati :) takpelah, belum ada rezeki nak menang. Mana tahu lain kali boleh menang :D


Lepas ambil hadiah, main bubble di padang. Bubble yang dijual kat situ juga. Ubat hati yang sedikit ‘kecewa’ tu sebab tak menang :) kan ummi dah pesan color cantik-cantik. Ummi tahu Anas dan Mussaab dah usaha, tapi sebab orang lain buat lagi cantik, dialah yang menang. Praktis lagi ok!


Di perkarangan Masjid terdapat gerai jualan juga. Sempat beli nugget (rm 4), yakult (rm 9), buah (rm 2), pandan cheese cake (rm 5) dan bubble (rm 5). Itu sajalah. On the way balik, keluar sekejap beli untuk makan tengahari. Balik rumah, makan dan buat aktiviti sendiri semua. Miqdad dan Suri tidur di siang hari bersama ummi. Penat dan mengantuk sangat keduanya. 


Itu sajalah catatan di hujung minggu ini. Daripada tak keluar langsung, kira oklah dapat keluar sekejap join aktiviti. Next weekend pun kemungkinan abi tiada di rumah juga. Kena plan aktiviti di rumah jugalah nampaknya :)


Apapun Alhamdulillah dan syukur di atas segalanya. Sehari lagi menempuh kehidupan bersama. Moga masih diberi peluang untuk hari-hari yang mendatang. Untuk tetap bersama-sama. Insya Allah.



Di sekitar program;























Saturday, 8 February 2020 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 080220




Hari minggu. Juga hari kedua abi di Miri, Sarawak. Anak-anak, bersama ummi di rumah.


Mulakan hari bersama-sama hari ni. Semua bangun hampir serentak. Siap mandi, dan turun ke bawah. Ummi keluar bersama Miqdad dan Suri membeli nasi lemak di luar. Balik ke rumah, breakfast sama-sama.


Lepas breakfast, Anas siapkan homework BM, Mussaab dan Miqdad menonton video. Lepas tu ummi tidurkan Suri yang bangun paling awal tadi. Dah tidurkan Suri, ummi teman Mussaab buat workbook suku kata. Miqdad melukis, Anas pula menonton video. Lepas tu ummi ‘paksa’ hafal sifir sekejap, dan kemudian memasak untuk makan tengahari. Suri pun dah bangun, sekejap saja tidurnya.



Dah siap masak, tengok movie Jumanji 2 (last weekend tengok Jumanji 1). Belum tamat cerita dah kecoh bergaduh Mussaab dan Miqdad. Asalnya berebut tempat duduk je. Pastu melarat pukul memukul. Terpaksa la ummi tamatkan siaran dan ‘ajar’ sikit 2 beradik tu. 


Jam 12.30 makan tengahari, sambil berflash card dengan Miqdad. Sambil menyuap Miqdad dan memangku Suri juga. Sambil ‘membebel’ pada Anas dan Mussaab juga. Siap makan makan semua, kemas sikit, ummi dan Suri naik ke atas. Siapkan Suri, dan tidurkan Suri. Anas, Mussaab dan Miqdad buat hal sendiri di bawah. Tengok tv, dan buat aktiviti. 


Tengah tidur, Miqdad naik ke bilik dan lena juga di tepi ummi. Lama tidur hari ni. Nyenyak sangat ummi, Miqdad dan Suri. Dekat masuk waktu asar barulah bangun semuanya. Turun ke bawah, Anas tengah buat homework. Baru lepas tengok tv. Mussaab pula dengan aktivitinya, bersepah lantai dengan kertas dan segala alat tulis. Itulah dia Mussaab, pantang ada kertas, gunting dan gam. Macam-macam boleh jadi.


Selesai solat asar, menjamu selera pula semuanya. Baru pukul 5.30 dah lapar. Lepas makan, main. Teacher Zeeda datang hantar roti canai frozen yang ummi order. Semua sekali keluar. Main kat halaman pula. Ummi siram pokok, Anas, Mussaab dan Miqdad main dengan riangnya. Suri perhati saja dari tikarnya. Lepas tu main getah paip sampai basah kuyup semua. Naik mandi dan kemas rumah. Masya Allah tak perlu suruh semua petang ni, Anas kemas di atas, Mussaab dan Miqdad kemas di bawah. Walaupun tak perfect, cukup buat hati ummi sejuk. Kan bagus kalau hari-hari macam ni :D Alhamdulillah.


Dekat masuk waktu Maghrib, semua dengan journal masing-masing ‘menulis’ ikut terlintas. Sambil main dan bergurau senda. Suri pun perhati je la abang-abang :)


Lepas Maghrib macam biasa baca Quran, iqra dan reading. Miqdad pun dah start join baca iqra dan reading dah. Tapi ikut rajin dia la. Ummi pun tak nak paksa. 


Dah settle semua, time untuk ummi tidurkan Suri pula. Anas, Mussaab dan Miqdad buat aktiviti sendiri di luar sementara menunggu Isyak. Malam ni tak dapat call abi sebab abi dah berada di laut. Tapi masih boleh whatsapp tanya khabar. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan abi di sana. 


Selepas solat isyak, turun bawah minum air sekejap, ready untuk tidurlah semua. Anas dan Mussaab tidur dibilik mereka. Ummi temankan Miqdad tidur di bilik ummi. Miqdad yang tadi siang dah tidur banyak, ambil masa juga la nak tidur malam ni. Pusing kiri, pusing kanan, dekat pukul 10 malam barulah terlena. Alhamdulillah. Semuanya dah tidur lena. Boleh ummi menyambung kerja di bawah.


Semoga bermimpi indah semua. Ummi sayang Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk anak-anak ummi, dan untuk kita semua. Insya Allah :)






Tuesday, 4 February 2020 0 comments By: Naemah

SEPETANG DI SOUTH CREEK





Kali ke-2 untuk tahun ini menjejakkan kaki ke South Creek, Setia Ecohill 2. Alhamdulillah dapat bersama beriadah dan mengeluarkan peluh.


Mussaab dan Miqdad berbasikal, Anas tolong tolakkan stroller Suri, abi kononnya nak jogging, tapi dalam masa yang sama kena control anak-anak, maka cukuplah berjalan :) ummi pula, Alhamdulillah boleh jalan lenggang kangkung bila Suri elok je langsung tak menangis kat atas stroller tu :)


Sesekali dapat luangkan masa bersama keluarga di luar rumah (walaupun dekat je), seronok juga. Nak selalu datang, memang tak sempatlah. Time suami kerja, lagilah tak ke mana-mana. Sedikit masa yang ada, boleh la ambil peluang untuk keluar ambik angin dan beriadah sikit. 


Tak ramai sangat orang hari ni. Lengang saja. Dengan kawasannya yang sangat luas, rasa selesa sangat nak berjalan anak-beranak. Cuaca juga redup dan sedikit berangin, kurang sikitlah rasa penat walaupun dah pusing satu kawasan yang luas tu.


Alhamdulillah untuk ‘masa’ yang sangat berharga hari ni. Walaupun dekat, walaupun sekejap, tapi inilah antara momen yang mahu diciptakan bersama anak-anak. Untuk mereka ingat, untuk mereka kenang, bahawa ummi dan abi sebolehnya mahu sentiasa ada untuk mereka. 


Alhamdulillah atas segalanya. Untuk hari semalam dan hari ini. Moga esok Allah gandakan lagi kebahagiaan untuk kita. 

آمين


















Saturday, 1 February 2020 0 comments By: Naemah

KENAPA UMMI TAK KERJA?





Kenapa ummi tak kerja? 

Acapkali Anas bertanyakan soalan yang sama.  Acapkali juga ummi menjawab dengan jawapan yang hampir sama. 

Hairan barangkali, sebab kawan-kawan ramai yang ibu mereka bekerja. Tapi ummi... duduk rumah je.


Mungkin Anas nampak ummi ‘tak bekerja’. Ummi rasa nanti Anas faham yang ummi pun sebenarnya ‘bekerja’. Cuma kerja ummi tak ada gaji macam orang lain.


Entahlah, mungkin ‘rare’ bila seorang ibu di zaman ini tak bekerja (Walaupun sebenarnya ramai je kan). Sebab zaman sekarang ni, bila dah belajar tinggi, mestilah rasa rugi kalau duduk rumah je. 


Bila fikir-fikir balik, aah.. betullah. Dalam 10 adik beradik suami, aku seorang saja tak bekerja. Biras-biras semua berkerjaya, kakak ipar dan adik-adik ipar perempuan pun sama juga (kecuali yang bongsu baru habis belajar). 


Apapun aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku pilih. Aku pun tahu itu juga kemahuan suami, walaupun dulu katanya dia tak kisah aku mahu bekerja atau sebaliknya. 


Dah masuk tahun ke-10 menjadi isteri dan surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah untuk tempoh ini. Aku dapat melihat anak membesar di depan mata. Dapat uruskan sendiri setiap keperluan mereka. Dapat buat apa yang sepatutnya seorang ibu buat untuk anak-anaknya.


Namun aku tetap perlu akui, bahawa aku bukan seorang ibu yang sempurna. Aku bukanlah lebih baik berbanding ibu yang berkerjaya. Aku tetap punya banyak kekurangan. Banyak yang tak mampu aku beri, banyak yang aku tak sempat, banyak lagi yang perlu aku perbetulkan.


Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri..

Mungkin esok lusa ummi masih mendengar persoalan yang sama.


Kenapa ummi tak bekerja?

Semuanya kerana kamu.


Mungkin hari ni anak-anak ummi belum mengerti.

Insya Allah nanti akan faham 

Jangan malu ye sebab ummi hanya suri rumah. Ummi bukan apa-apa seperti ibu kawan-kawanmu. Bukan guru, bukan doktor, bukan pensyarah, bukan peguam, bukan pegawai.. apapun bukan.


Tempat ummi hanya di sini. 

Takkan ke mana-mana.

Kecuali jika takdir yang mahukan ummi pergi.


Kamu akan faham dan mengerti anakku

‘Kenapa ummi tak bekerja’