Catatan buat kenangan
Siang hari tadi, sambil ummi tidurkan Suri, ummi juga terlena bersama Suri. Tinggalkan Anas, Mussaab dan Miqdad buat aktiviti sendiri di bawah. Banyak kertas diangkut, hari ni banyak melukis dan beraktiviti dengan kertas. Bersepah sudah lantai. Pinggan mangkuk makan tengahari tadi pun belum berbasuh, tak sempat sebab Suri dah menangis mengantuk. Takpelah, nanti petang boleh basuh.
Sebaik bangun jam 2.30 petang, Anas dan Mussaab buat ‘kejutan’ pada ummi. Ruang tamu dah dikemas rapi. Lantai pun disapu bersih. Bukan itu saja, sinki pun dah clear. Berpakat dua beradik nak tolong kemas rumah. Siap di bawah, sambung di atas pula. Kesian kat ummi katanya. Masya Allah.. ummi terharu. Dan wajah masing-masing happy, bangga, ceria, sebab dapat siapkan semua kerja tu.
Terima kasih Anas.
Terima kasih Mussaab.
Ummi sangat-sangat menghargai apa yang Anas dan Mussaab dah buat. Sejuknya hati ummi bila semuanya ringan tulang membantu, tanpa disuruh-suruh. Bahagianya bila tahu kamu sudi ‘mengerti’ :,)
Ummi tahu ummi tak boleh mengharapkan kesempurnaan. Sentiasa ada lebih dan kurang. Ummi hanya mahu berterima kasih. Bukan sahaja untuk hari ini. Yang telah lepas, dan insya Allah yang akan datang juga. Ummi doakan anak-anak ummi akan terus jadi anak-anak yang baik, yang ringan tulang membantu, yang faham akan kesukaran ummi dan abi, dan maafkan tiap kekurangan ummi dan abi dalam mendidik dan memberi.
Terima kasih anakku..
Moga success sentiasa dalam kehidupanmu
Doa ummi akan sentiasa mengiringi
Insya Allah
Love you all
0 comments:
Post a Comment