AKTIVITI BERSAMA UMMI

Abi tiada di rumah selama 4 hari (30/10-2/11/15)

Tempat Anas, Mussaab dan ummi hanya di rumah sepanjang ketiadaan abi. ummi cuba untuk mengisi masa Anas dan Mussaab dengan aktiviti bermanfaat. Selain menonton video, bermain toys, aktiviti lain turut dilakukan Anas (3.9 y.o) dan Mussaab (1.9 y.o).

Alhamdulillah terisi juga masa Anas dan Mussaab meskipun tanpa abi dan tanpa ke mana mana :)

Antara aktiviti yang dilakukan:

diy puzzle: ummi print gambar family dan tampal di kertas tebal, dan gunting. Anas dan Mussaab cantum semula



Diy shape matching: pakai kotak terpakai yang ada kat rumah. Lukis bentuk, color dan gunting. Untuk Mussaab sebenarnya, tapi biasa la abang yang lebih :)

Diy car track: Untuk Anas penggemar permainan kereta dan kenderaan. Tak kisah tak cantik, janji ada jalan untuk car dia jalan :)

Reading session: Mulakan dengan membaca cerita, atau explain buku kegemaran mereka, kemudian mereka sendiri akan melekat dengan buku, jika tiada distraction lain :)

Drawing (indoor): Anas's new interest. Lukisan setakat berkaitan dengan minatnya. selalunya pokok, awan, angin, jalan, dll
Drawing (outdoor): aktiviti melukis di luar rumah. melukis pokok dan segala yang dilihat di sekitar kawasan rumah/apartment

0 comments:

Post a Comment