Sunday 31 May 2015 0 comments By: Naemah

ANAK:MESKI DEKAT TETAP RINDU

Masuk hari ke 6 di kampung bersama anak anak. Suami pula seperti biasa memenuhi tuntutan kerjanya. Kali ini perginya lama, sehingga seminggu. Insya Allah bakal bertemu tak lama lagi...

Bukan saja aku, Anas dan Mussaab juga pasti sangat merindui abi. Suasana meriah di sini tak mampu menutup kerinduan terhadap abi. 

Anas dan Mussaab,  anak anak yang sangat dekat dan rapat dengan ummi. Tak boleh berenggang dengan ummi, terutamanya Anas. Pantang ummi tiada, tercari cari, hingga meraung raung.  Di rumah sendiri pun dah macam tu, kat rumah orang apatah lagi. Walaupun asyik bermain dengan sepupu,  ketiadaan ummi sangat meresahkannya. Oh anakku...

Kerana itu ummi perlu report setiap pergerakan ummi. Nak mandi, nak jemur kain, nak ke dapur, nak ke sana sini, semua Anas perlu tahu. Kalau tak... Akan kedengaranlah jerit pekiknya memanggil ummi..satu rumah bergema :) semua orang pun dah masak dengan perangai Anas :)

Petang semalam Anas tidur di bilik nenek. Terrrtidur..ummi pun tak sangka. Tapi ummi tahulah Anas mengantuk sangat. Ummi biarkan saja Anas di bilik nenek. Ummi tidur dengan adik.

Tapi... Ummi rasa sukar untuk tidur, teringat kan Anas. Rindu pada Anas. Ye lah, selalunya Anas tidur dengan ummi. Anas, ummi, adik...tak pernah berpisah. Rasa lain sangat bila Anas tiada. Ummi rinduu sangat. Sayu sangat hati...walaupun Anas kat bilik nenek je, tapi rasa jauhhh sangat.  Oh..rindu pada anakku. 

Barangkali, ketakutan Anas di saat ummi tiada, begini juga rasanya...seperti ummi takut akan kehilangan Anas. Padahal ummi tahu, Anas tak tinggalkan ummi. Anas juga perlu tahu, ummi tak akan meninggalkan Anas kecuali dengan takdir Allah. Oh, ummi sedih sangat :'(

Barangkali juga kerana Anas hanya ada ummi di saat abi jauh. Anas takut ummi juga akan pergi. Kerana itu Anas tak boleh ummi tiada di pandangan Anas. Ummi juga begitu... Walaupun Anas keluar dengan abi, ummi asyik terfikirkan Anas. Itupun dengan abi, insan yang paling ummi percayai... Kalau dengan orang lain, lagilah ummi resah gelisah..

Dalam ketiadaan Anas, ummi berfikir panjang dan cuba memahami hati Anas. Cuba merasai ketakutan Anas. Ummi merasa sedih dan sayu. Betapa ikatan ibu dan anak itu terlalu dekat dan rapat. Perpisahan walau seketika bisa mengundang resah dan gelisah. 

Aku cuba memahami hati ibu yang bekerja, terpaksa meninggalkan anak dalam tempoh yang agak lama. Meskipun lama kelemaan menjadi biasa, namun perpisahan buat pertama kalinya pasti menyakitkan, dan mengambil masa untuk menjadi 'biasa'..

Biarlah ummi terus menjadi seorang isteri dan ibu yang 'bekerja' di rumah. Kerana anak anak ummi tetap menjadi yang utama buat ummi. Di masa yang akan datang tiada siapa yang akan tahu. Namun ummi mendoakan agar ummi diberi usia, kekuatan, kesihatan dan kesabaran untuk terus menjaga anak anak ummi.

*cerita Anas di atas mewakili cerita Mussaab dan adik adik yang lain.
...Ummi bahagia menjadi ibu...


Aktiviti harian di kampung 










Saturday 23 May 2015 0 comments By: Naemah

CINTA TERDAHULU


Setelah berumahtangga,  suami adalah insan pertama yang wajib kita taat dan berbakti. Suami sebagai pintu syurga kita, kerana redha Allah ada pada redha seorang suami. Jika kita mentaatinya kerana Allah, dan mencintainya seluruh hati. Insya Allah akan menikmati bahagia sejati..

Namun tidak bermakna kita melupakan cinta yang terdahulu, cinta yang lebih awal hadir dalam hidup kita sebelum suami. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta kedua ibubapa, adik beradik Dan keluarga. Mereka hadir di dalam hidup kita sebelum suami. Menghulurkan cinta yang tulus ikhlas dan tak berbelah bagi.

Aku bahagia bersama suami dan anak anakku. Namun adakalanya perasaan rindu menerpa pada ibu yang telah tua, yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, mencari rezeki membiayai pengajianku, yang saban hari mendoakan aku. Sangat tulus cinta seorang ibu...semoga Allah merahmati ibu..

Juga terkenang pada abang dan kakak yang sentiasa ikhlas menyayangiku. Membantu dan menghulur saat aku memerlukan.  Yang tak pernah aku ragui kasih sayang mereka terhadapku. 

Begitu juga saudara yang lain. Sangat menghormatiku dan menerima aku seadanya... 

Ya, mereka itulah yang terlebih dahulu hadir dalam hidup, sebelum hadirnya seorang suami. Dalam bahagia dan gembira dengan kehidupan hari ini, adakala terlupa pada watak watak penting tersebut.  Lupa pada cinta yang terlebih dahulu hadir di dalam hidup sebelum bergelar seorang isteri.

Saat Allah menitipkan rasa rindu, hati terbuai syahdu. Terlalu banyak kenangan bersama mereka yang aku kasihi. Aku sangat merindui mereka...hanya doa mampu ku hadiahkan. Agar mereka juga sedang berbahagia... 

Kemudian Allah menghadirkan seorang suami, yang kini menjadi cinta pertama setelah Allah dan Rasulullah. Tiada yang sebelumnya, meskipun hadirnya adalah kemudian. Ketaatan pada suami mengatasi ketaatan kepada kedua ibubapa..

Para isteri perlu akur, betapa seorang suami itu perlu ditaati dengan sepenuh hati. Allah memuliakan seorang suami untuk ditaati seorang isteri, dan suami sebagai pintu syurga buat isteri. 

Namun cinta terdahulu jangan dilupakan. Cinta ibubapa tiada penghujungnya,  cinta keluarga manisnya juga luar biasa. Mereka mewarnai kehidupan kita, sebelum hadirnya seorang lelaki yang bernama suami.. 

Semoga hati sentiasa dipenuhi dengan cinta dan sayang :):):)




Wednesday 20 May 2015 0 comments By: Naemah

BILA DIA MENYATAKAN RINDU


Hari ini suami seperti biasa terbang ke Labuan untuk urusan kerjanya di sana. Seperti biasa, kami kerinduan lagi. Insya Allah,  dia dalam jagaan Allah yang Maha Berkuasa. Jauh di mata, dekat di hati...

Anas mula menyatakan rindu pada abi dengan wajah muram dan sedihnya. Ini bukan kali pertama dia menyatakan rindu, sering ungkapan rindunya pada abi meluluhkan perasaanku..Anas, ummi juga rindu :,( 

Entah bagaimana pengertiannya tentang rindu. Tapi aku mengerti, dia benar benar rindu. Termenung saja, bila ditanya, jawapannya:  Anas rindu abi..sedih ummi dibuatnya.  Oh..anak ummi dah besar :,) dah pandai rindu rinduan dah..

Mussaab juga, di hari pertama tanpa abi memang kerap merengek juga. Rindu juga barangkali :,)

Anas tahu abi pergi kerja, Anas tahu abi keluar mencari rezeki. Anas juga tahu abi pergi tidak lama dan akan pulang. Insya Allah..

Aku hanya mampu memujuk. Dia juga faham dan tahu, kalau rindu perlu mendoakan abi. Doa semoga Allah jaga abi, doa semoga urusan kerja abi dimudahkan,  doa semoga Allah bagi rezeki yang banyak untuk abi, doa semoga abi selamat balik jumpa Anas, Mussaab dan ummi. Itu saja ubat rindu untuk Anas. 

Nak call abi memang tak dapat dah bila abi kat laut. Sehari juga sepi tanpa berita abi. Bukan Anas saja, ummi juga rindu dan risau. Tapi ya, Allah kan ada. Doa saja pengubat hati ummi dan Anas. Moga Allah menjaga abi di sana, dan kita di sini. 

Oh...Bila dia dah pandai menyatakan rindu,  hatiku diulit sayu. Ummi seorang tidak cukupkan...ummi dan abi pastinya pelengkap hidup Anas dan Mussaab. 

Di masa yang akan datang, semoga anak anakku sentiasa ada kerinduan di hati untuk ummi dan abi. Mungkin suatu hari nanti kita akan berjauhan, namun kerinduan diiringi doa pasti akan mendekatkan... 

Oh Tuhan..aku jadi sebak memikirkan perpisahan :'(:'(:'(

Satukan kami dengan cinta ikhlas dan suci selamanya, dunia dan akhirat.. Ameen




Tuesday 19 May 2015 0 comments By: Naemah

I 'M NOT A SUPERMOM



Aku bukan supermom, bukan superwoman. Masih jauh untuk bergelar 'super' itu. Hanya isteri dan ibu yang biasa biasa. Hampir 5 tahun bergelar isteri, sudah lebih 3 tahun bergelar ibu. Namun masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Tidak sempurna sebagai isteri, tidak sempurna sebagai ibu. Serba kekurangan... 

Sudah hampir 5 bulan menetap di Kajang setelah suami bertukar kerja baru. suatu ketika dulu kerjanya terpaksa belayar berbulan bulan. Selepas itu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pelayarannya demi untuk lebih dekat dengan keluarga. Kami sekeluarga berhijrah ke melaka dan menetap di sana selama hampir 3 tahun. Pekerjaannya masih dalam bidang perkapalan. Kini berhijrah pula ke kajang, baru hampir 6 bulan di sini. Tempat kerja suami di Labuan dan Bintulu,  kerap ulang alik. Sering berpisah, tapi kerap juga berkumpul bersama. Alhamdulillah... Takdir Allah adalah yang terbaik.

Ketika ketiadaan suami,akulah segalanya untuk anak anak di rumah. Dah tentu segala hal dari menguruskan anak anak dan rumahtangga aku yang perlu lakukan 100%. Kalau suami ada, banyak juga benda yang dia tolong. Mandikan anak, basuh baju, kemas rumah, dan masak juga...Alhamdulillah. Dia sangat membantu.

Bila suami tiada, akulah segalanya. Uruskan semua hal anak, masak, kemas, basuh dan jemur baju, buang sampah, dan yang lain lain. Yang pastinya, urusan rumahtangga tak pernah selesai. Dari bangun pagi, sampai tidur malam. Memang susah nak maintain rumah dalam keadaan yang sentiasa terjaga rapi, dan dalam masa yang sama anak terurus sempurna. Pasti ada yang boleh lakukannya, memang ada. Tapi mungkin bukan aku. Yes, I'm not a superwoman. Pasti ada kekurangan sana sini.

Anak anak masih kecil dan perlukan sepenuhnya perhatian dan pertolongan ummi dalam segala hal yang melibatkan dirinya. Nak main pun, kadang kadang perlu ummi teman. Nak makan, nak mandi, nak susu, nak belajar, dan macam macam lagi. Belum mampu berdikari sendiri. Ummi pula intai intai masa sesuai nak masak, jemur kain, mengemas, buang sampah dan urusan lain. Rumah kecil je, tapi tetap banyak perkara yang nak dilakukan.

Aku akui, masih belum cekap dalam urusan rumahtangga.  Ada saja yang kurang. Kat sini ok, kat sana tak ok. Kat sana dah kemas, kat sini pula bersepah sepah. Kita kat dapur memasak, anak anak kat luar habis diangkutnya mainan dan buku :) bila makan, tumpah pulak sana sini. Satu hari bukan sekali dua je terpaksa menyapu lantai. Belum masuk bab yang lain lagi :)

Penat tu ada ketikanya penat, ada ketikanya geram, bilalah rumah nak siap kemas, sempurna A-Z. Ada saja yang tidak kena, hari hari pun begitu jugalah rutinnya.

Bila difikirkan, memang segalanya adalah kerana kekurangan aku sendiri. Tak cekap satu hal, jadual yang dibuat pun jarang nak ikut. Tapi sekurang kurangnya apa yang perlu aku lakukan,  aku cuba untuk lakukan yang terbaik. Aku masak dan beri anak anak makan, aku mandikan mereka, pastikan pampers ditukar pada waktunya, mengajar mereka belajar, dan sesekali melayan mereka bermain. Bukankah itu yang paling utama dan yang perlu aku utamakan? Ya, anak anak. Adakala hadir rasa bersalah pada mereka jika aku asyik membuat kerja, dan tak pedulikan mereka. That's why kerja aku sering tertangguh saat mereka ada bersama, dan ketika suami tiada di rumah. Boleh terima tak alasan ni :):):)

Saat aku betul betul bekerja ialah ketika mereka dah tidur malam. Tapi faham fahamlah, aku pun dah penat dan mengantuk. Buat yang mana rasa penting, dan tangguhkan dulu yang kurang penting. Tangguh lagi :)

Tapi begitulah rutin isteri dan ibu biasa sepertiku ini. Nak dijadikan contoh ikutan mungkin tak, malah diri sendiri perlu memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Masih perlu belajar dari mereka yang hebat di luar sana.

Kerana aku bukanlah superwoman, aku tahu aku perlu belajar lagi, dan mencuba yang lebih baik. Perlu lebih kuat, perlu sentiasa sihat. Juga perlu sentiasa positif dan menjaga 'ikhlas' di hati, kerana setiap kali ada rasa marah dan tak puas hati, pasti ada something wrong dengan status 'ikhlas' dalam diriku...

Ya Allah..aku tahu betapa aku tak sempurna sebagai seorang isteri dan ibu. Namun ku punya impian untuk menjadi yang lebih baik untuk suami dan anak anak. Aku ingin mempertahankan ikhlas di hati agar tiada sebarang balasan atau pujian yang aku harapkan dari setiap penat lelahku..

Sesungguhnya hanya ibu dan isteri yang mengerti bagaimana menjadi isteri dan ibu.  Walaupun nampak seperti mudah, namun para isteri perlu betul betul ikhlas dan berjuang untuk memastikan rumahtangga terurus dan terjaga,  dalam masa yang sama anak anak tidak terabai. That's the true supermom..

Selamat berjuang buat para isteri dan ibu :):):)

Wednesday 13 May 2015 0 comments By: Naemah

DIA SENTIASA ADA UNTUKKU

13/05/15

Hari ini kesihatan agak kurang baik..bangun pagi pagi lagi mata dah berpinar pinar, kepala pusing.. Bangun tu pun dah agak lewat untuk solat subuh (terlupa kunci jam :/ ) bangun tu tak boleh nak terus ke bilik air disebabkan kepala yang tengah pusing ni. Allah... Tak tahu nak buat macamana, suami takde.. Anak anak masih tidur, Alhamdulillah. Duduk dulu lah di katil, bagi kurang pening sikit. Rasa dah ok sikit, terus ke bilik air, berwuduk dan solat subuh. Kepala masih pusing, saat sujud Allah saja yang tahu. Makin kuat rasanya... Tapi sengaja aku lamakan sujud, mudah mudahan diberi kelegaan. Lepas solat, rasa tak daya nak buat apa dah...masuk semula ke bilik, baring, pejam mata...anak anak masih lena..syukur..

Saat itu, Allah saja yang mengerti hatiku. Resah gelisah dibuatnya..kala suami tiada di sisi ini, bagaimana kalau sesuatu terjadi pada ku. Kalau tiba tiba pitam ke apa, macamana lah anak anakku?? Perkara ini lah yang sering aku takut kan. Takut, kerana mereka masih terlalu kecil. Mereka bergantung harap pada ummi seorang, di kala abi jauh... Hati aku penuh dengan kebimbangan. Hanya pada Allah aku meletakkan seluruh pengharapan. Berdoa, agar tiada yang buruk terjadi pada ku. Agar dikembalikan kesihatan, agar dapat menjaga dan menguruskan anak anak seperti biasa. Doa penuh pengharapan...kerana aku yakin Allah sebaik baik Pelindung dan Penjaga. Di kala diri tiada siapa siapa..

Anak anak bangun mengejutkan ummi. Saat mata dibuka, masih terasa denyutan di kepala. Allah...masih belum hilang. Anak anak dah memulakan hari mereka. Terfikir nak mandi kan mereka, nak masak lagi, kerana mereka masih kecil dan perlukan aku untuk semua itu. Berdoa lagi, semoga Allah permudahkan. Buka mata, senyum pada anak anak, dan cakap pada Anas;ummi sakit kepala, ummi nak rehat kejap..A lhamdulillah, dia angguk faham, keluar main dengan adik. Aku cuba tenang tenang kan diri, cuba kuat, untuk bangun dan meneruskan hari bersama anak anak. Keluar duduk di sofa sekejap, kemudian dah rasa kuat sikit masuk ke dapur. Syukurlah sinki dah clear kan semalam.  Capai saja mana yang rasa boleh makan cepat. Alhamdulillah  ada kuah kari lebih yang dah difrozen, panaskan makan dengan roti canai segera, dan goreng nugget sikit. Cukup lah untuk Sarapan 3 beranak. Makan tengahari pun lauk tu jugalah, just tambah ikan goreng. Alhamdulillah...

Di waktu pagi memang kurang aktif, kepala masih berdenyut, duduk duduk join anak anak. Tengok mereka main, dan buka video untuk mereka tonton. Itu saja lah untuk mereka...nak lebih lebih memang ummi tak larat. Dalam hati tak putus berdoa, semoga hilang sakit kepala ni, dan tak melarat larat. Kalau sakit kepala biasa tu just telan panadol, rehat kejap oklah...ni pening yang lain. Tak tahu nak rawat macamana. Pernah sekali dua diserang pusing kepala macam ni. Tapi dah lama dah dia tak menyerang. Aku pun tak tahu apa puncanya..

Masa terus berlalu, terasa makin baik. Walaupun kepala rasa macam tak betul lagi, tapi Alhamdulillah dapat buat apa yang patut dibuat. Anak anak pun dapat diuruskan seperti biasa. Alhamdulillah..syukur sangat. Dan malam ni...sempat lagi update blog :D yalah..anak anak dah tidur. Ummi masih sendiri melayan perasaan. Memikirkan apa yang telah dilalui hari ini. Sedih ada, sebak ada, syukur ada..Sungguh...hanya Allah yang mengerti. 

Satu pelajaran penting yang aku dapat rumuskan, ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA. DIA Sebaik baik Pelindung, sebaik baik Penjaga. Aku sedar kala aku tak punya siapa untuk mengadu dan meminta pertolongan, Dia sentiasa ada untukku. Mendengar doaku, Dan jeritan batinku yang ketakutan. Aku sedar Allah menjagaku bersama anak anak. Dan aku tahu Allah menjaga suamiku...

Buat suamiku juga, aku mendoakan di saat sukarnya di sana, dalam pengorbanan Dan perjuangannya untuk sesuap rezeki, semoga Allah sentiasa ada untuknya untuk menjaga dan melindunginya. Meski kami tak selalu bersama, Dan dia tak selalu Ada untukku, namun aku tetap tenang kerana Allah Akan sentiasa Ada untukku Dan untuknya. Dan aku percaya doa suami sentiasa mengiringi, seperti aku juga yang mendoakannya di kejauhan ini..

ALLAH.. TAK PERNAH AKU KECEWA DENGAN MELETAKKAN SELURUH PENGHARAPAN PADAMU. Semoga suamiku juga di dalam lindunganMu. Ameen
Tuesday 12 May 2015 0 comments By: Naemah

MASA LALU YANG DITINGGALKAN



Pejam celik pejam celik dah hampir masuk pertengahan tahun 2015. Rasanya baru je masuk tahun baru. Ya Allah, tak sedarnya masa berlalu.. Umur meningkat, anak anak pun membesar dengan cerdik, usia perkahwinan juga bertambah. 

Terkenang saat sendiri, berdoa agar Allah menghadirkan jodoh. Terkenang saat mula berumahtangga,  bahagia berdua, berdoa juga agar Allah mengurniakan cahayamata penyeri hidup. Alhamdulillah,  kini bukan sendiri lagi. Bukan juga berdua, tapi sudah berempat. Alhamdulillah... Allah makbulkan doa, membawa diri ke dunia yang sebelum ini hanyalah sebuah impian..Masya Allah... Bagai mimpi, dalam mimpi...sangat indah aturan Tuhan. Realiti jauh lebih manis dari impian. Meskipun yang diimpi itu hanya yang manis manis,  takdir Allah tetap lebih manis, meskipun ada liku likunya... 

Usia makin berganjak, bukan muda lagi. Banyak perkara yang telah dilalui dalam hidup. Banyak perkara juga yang dikesali dalam hidup. Banyak masa muda yang berlalu dengan sia sia. Banyak persiapan dan bekalan akhirat yang dilupakan...  Astaghfirullah..semoga masih ada jalan untuk menuju keredhaan dan keampunan Allah..

Masa muda yang berlalu tak dapat dikembalikan lagi. Betullah, masa muda hanya sekali, tapi bukanlah masa muda itu perlu dihabiskan dengan bersuka ria dan berseronok saja. Masa muda, masa sihat, masa bertenaga...sepatutnya dihabiskan untuk membuat perkara perkara yang baik dan bermanfaat, bekalan hari tua dan bekalan untuk dibawa ke akhirat.  Bila usia makin meningkat,  badan dah tak sekuat dulu. Tenaga berkurang,  sakit sana sini. Masa ni baru nak berfikir dan termenung panjang...kalaulah masa muda dapat dikembalikan... 

Namun Allah hanya bagi peluang muda itu hanya sekali. Perlu dipergunakan dengan sebaik dan sebijaknya. Beruntunglah mereka yang di usia mudanya penuh dengan kebaikan dan amal soleh. Sangat mengkagumkan, apabila dia dapat menahan diri dari godaan dunia yang penuh dengan tarikan yang mempesona ini. Allah pasti redha padanya, kerana dia berjaya menahan hawa nafsu demi menjauhi kemurkaan Allah.

Di usia yang semakin meningkat ini, terlalu banyak perkara yang dikesali. Terasa bahang dosa yang menghambat, malu dengan segala tindakan dan perkara sia sia yang pernah dilakukan. Apa sajalah yang dilakukan untuk agama, dan untuk mencari cinta dan redha Allah. Sungguh, kekesalan yang tiada sudahnya. Mengharapkan keampunan Allah dan petunjuk Allah agar langkah seterusnya ini tidak menjauhkan diri dari cinta Allah. 

Allah... Aku sangat mendambakan CintaMu..Dan mengharapkan seluruh jiwa raga ini dipenuhi cinta TerhadapMu..

Aku mengharapkan seluruh ahli keluarga ku menjadi hamba yang merasakan cinta dalam hatinya untuk Allah. Suamiku..anak anakku...biarlah merasakan hidup ini bertuhan,  agar langkah tetap lurus berjalan.  Agar malu untuk melakukan maksiat, agar hati hanya mencintai kebaikan...insya Allah 
Thursday 7 May 2015 0 comments By: Naemah

JAUH TAPI DEKAT


Sekali lagi perkenalkan diri, seorang ibu kepada dua hero kecintaan, Anas dan Mussaab :):):)

Bahagia menjadi isteri dan ibu..syukur Alhamdulillah di atas nikmat kehidupan yang penuh warna warni ini :):):)

Kerana kerjaya,  suamiku terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri. Kerjayanya juga tak memungkinkan kami untuk selalu dekat, dan tak memungkinkan dia untuk membawa kami turut bersamanya.. Kerjayanya nun jauh di lautan. Mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga...insya Allah 

Namun bersyukur juga...dia pergi tidaklah lama. Suatu ketika dulu pernah belayar sehingga berbulan bulan... Akhirnya suami mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya itu, demi untuk lebih dekat bersama isteri dan anak anak. Dia memilih keluarga, walau ku tahu impiannya dalam lapangannya itu bukan setakat itu saja...Terima kasih atas pengorbananmu duhai suami..

Walaupun kini terpaksa berjauhan juga, namun tempohnya tak lama, dan meski jauh masih boleh berhubung. Anak anak juga seakan mengerti abi bukan selalu ada untuk mereka...aku juga meskipun rindu dan risau, namun redha kerana suami berjuang demi rezeki yang halal. Insya Allah... Di samping tak lupa mendoakan dia agar sentiasa dalam perlindungan Allah.

Kadangkala hadir rasa kesian pada anak anak yang berjauhan dengan abinya. Yalah, duduk dengan ummi terkurung sajalah di dalam rumah. Abi takde, sunyi sikitlah rumah,  nak bermain pun dengan ummi dan sesama mereka sajalah, berdua...

Tapi bila dikenang kenang, bukan Anas dan Mussaab saja yang berjauhan dengan abi. Masih ramai yang bernasib sama, tak kurang yang terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lebih lama. Seperti aku katakan,  mereka yang belayar terpaksa tinggalkan anak isteri berbulan bulan. Mereka yang pjj, pun begitu. Mungkin hanya di hari minggu dapat bersama bapa. Yang berpoligami, pun menyebabkan masa terpaksa dibahagi untuk setiap keluarga. Jadi, tak dapat hari hari bersama ayah. Lebih sedih, anak anak yang ibubapanya bercerai dah tentu terpaksa tinggal berasingan dengan ayah atau ibu...yang yatim apatah lagi :,)

Maka bersyukur...Dan usah mengeluh dengan kehidupan yang telah Allah aturkan ini. Meskipun anak anak sering berjauhan dengan bapanya, tak bermakna kasih sayang antara mereka juga menjauh. 

Di samping bapa yang perlu memberikan masa yang berkualiti pada anak anak ketika bersama,  peranan ibu juga penting untuk membuatkan anak merasa dekat dan disayangi ayah. 


Apa yang sering aku praktiskan: pertama, jangan lupa menyebut tentang ayahnya setiap hari. Beritahu atau bertanya abi dimana, abi sedang buat apa, menyatakan rindu pada abi, dan sebagainya..

Kedua, sering memuji ayah mereka. Pujilah apa saja..Abi baik, abi hebat, abi kuat, abi kerja untuk cari rezeki, dan macam macam lagi. Biar anak nampak ayahnya sebagai seorang hero :)

Ketiga, setiap kali suami call atau masej, mesti beritahu anak. Kalau call atau video call, biasa suami akan bercakap dengan anak anak. Kalau masej, tetap bagitau anak, ummi masej dengan abi. Just nak bagi rasa yang walaupun abi takde, masih boleh berhubung dan untuk dia rasa abi dekat je sebenarnya..

Keempat, sehari sebelum suami travel ke tempat kerja, kami dah beritahu berulangkali, esok abi nak 'working on ship' supaya dia set dalam kepala, esok abi dah takde kat rumah..Alhamdulillah anak anak melepaskan abi pergi dengan rela. Tiada tangisan, tiada drama. Mereka seakan faham, dan tahu abi akan pergi untuk beberapa hari dan akan balik semula ke rumah. 

Kelima, setiap hari juga aku akan mengajak anak berdoa untuk abi mereka. Doa, mohon perlindungan dan keselamatan, juga diprmudahkan urusan abi...anak anak menadah tangan, atau sekadar mengaminkan... Aku tahu dia belum mengerti, namun aku mengharapkan anak anak akan biasa dengan doa, dan suatu hari akan sering mendoakan kedua ibubapanya...insya Allah :)

Hmm..mungkin cukup dulu sampai sini. Dah panjang sangat....mood rindu, baru petang tadi suami kembali ke tempat kerjanya :) anak anak pula lena dibuai mimpi..barangkali mimpikan abi :)


Selamat malam semua...semoga Allah memberkati kehidupan kita..ameen







HIDUP PENTAS UJIAN


Seminggu dua ini berita tentang kematian dan musibah menjengah ke telinga. Lepas satu, satu pula. Maklumlah zaman IT, cepat saja segala berita diviralkan dan menjadi sensasi. Dari berita yang biasa biasa, kepada yang serius dan luar biasa.

Terkejut dengan kisah kematian 3 beranak (suami isteri dan baby) akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pajero dan myvi. Bertambah pilu mengenangkan dua anak kecil mereka yang menjadi yatim piatu.  terbayangkan anak sendiri :,(

Berita kematian seorang pelajar perubatan di Moscow juga memberi rasa terkejut dan pilu. Usia masih sangat mudah dan cantik,  namun Allah lebih menyayanginya. Terbayang perasaan ibubapanya yang pastinya sangat sedih di atas kehilangan anaknya. Bagaimana jika aku di tempat itu :,(

Berita demi berita dibaca dan ditatap. Berbagai kisah kematian, tak kurang manusia yang diberi ujian dengan kesakitan, kemiskinan dan musibah yang lain...

Semua itu membuatkan aku tersentak, terkejut dan bagai baru tersedar dari lena..

Alhamdulillah di atas kehidupan sehingga hari ini. Alhamdulillah masih menjalani kehidupan yang baik seperti biasa. Bahagia bersama keluarga, rezeki juga mencukupi,  kesihatan juga agak baik.  Alhamdulillah... Syukur yang jarang diungkapkan :''(

Aku juga tahu, Allah menguji mereka dengan ujian tersebut kerana Allah tahu mereka mampu menghadapinya.  Dan aku juga tahu, betapa beratnya mereka menanggung semua itu. Tapi, ya... Insya Allah mereka insan terpilih dan pasti kuat menghadapi semua itu...

Aku hanya kesalkan diri sendiri..malu tak sudah pada Allah yang Maha Penyayang.  Malu kerana kurang syukur, dan rasa tak cukup yang sentiasa ada. Sentiasa mahukan sesuatu demi kepuasan yang entah bila akan berakhir.. 

Rupanya diri kurang memikirkan tentang insan lain yang jauh lebih tiada, lebih sempit hidupnya...ya, hanya fikirkan diri sendiri. Sudah ada segala, tetapi masih tak cukup. Jarang pula nak bersyukur...  Alpa, kerana belum teruji... 

Entah...Bagaimana sekiranya ujian berat seperti di atas menimpaku dan keluargaku... Tak tahu bagaimana untuk menghadapi segala. Kuatkah, tabahkah, sabar dan redhakah... Ya Allah... Memikirkannya saja membuatkan hatiku menangis... 

Namun aku tetap percaya Allah itu lebih tahu sejauh mana kekuatan HambaNya.. Ujian yang datang, pasti di atas kemampuan hamba untuk menanggungnya.. 

Dan aku juga sedar bahawa hidup ini pentas ujian... Ujian pasti datang bila sampai masanya... Aku hanya meminta agar segala ujian yang mandatang mampu aku hadapi dengan penuh redha. Insya Allah... 

Ya Allah...lindungi keluarga kami, berikan kehidupan dan kematian yang baik. Tunjukkan kami jalan kebenaran, agar kami tetap lurus berjalan di jalanMu... 

Ya Allah.. Kurniakan kesabaran dan kekuatan yang luar biasa buat mereka yang sedang menerima UjianMu...
Ameen



Tuesday 5 May 2015 0 comments By: Naemah

LELAKI INI


Bicara tentang seorang suami, tentang seorang ayah. 

Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami dan anak anak. Alhamdulillah di atas kehidupan yang Allah kurniakan sehingga hari ini, bersama mereka yang sangat dicintai.

Aku percaya, bukan hanya aku...anda juga sedang berbahagia bersama yang tersayang. Dan didoakan sentiasa bahagia bersama rahmat dan redha Allah..

Para isteri dan ibu...bahagiakan kita punya suami? Dia insan terbaik yang Allah hadirkan dalam hidup kita..maka, bersyukurlah... Hadirkan rasa beruntung dan bertuah kerana Allah takdirkan dia untuk melengkapi hidup kita..

Berapa tahun agaknya anda sudah bersama suami? Adakah sudah lama, atau masih baru...Perkongsian hidupku dan suami hampir memasuki usia 4 tahun setengah.rasanya, masih baru :)Masih banyak yang masih perlu dipelajari,  dan masih belum sepenuhnya mengenal pasangan. Namun Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan 2 orang cahayamata.. 

Hanya ingin mencoret tentang dia yang bernama suami, juga ayah..ya, dia manusia biasa juga.. Ada kelebihan dan kekurangan. Ada keistimewaan dan kelemahan..

Wahai para isteri yang baik dan solehah, apakata kita lupakan kelemahan dan kekurangannya.. Abaikan, usah diingat ingat, kalau ia membuat fikiran celaru. Delete... Pergi jauh dari kotak memori. Fokuskan pada kebaikan dan keistimewaannya.. Yang aku percaya, jauh lebih banyak berbanding kekurangannya...jangan dilupa, dia manusia biasa seperti kita.. 

Hanya fikirkan yang baik baik saja tentangnya..yang boleh membuat diri tersenyum,  dan bahagia...yang kurang baik itu ketepikan, kalau mampu, lupakan terus...kita pun juga, bukanlah baik sangat...

Apa yang membuat dirimu bahagia tentang sikap dan cara suamimu...hanya fikirkan yang itu. Hanya pandang yang itu...

Aku sejujurnya, sangat bahagia apabila melihat suamiku benar benar menjadi seorang ayah buat anak anakku. Ya betul dia memang ayahnya..tapi aku teramat bahagia melihat dia menyayangi dan melayani anak anak, dan membuat anak anak gembira bila bersamanya..teramat bahagia dan terharu, kerana aku tahu, di luar sana begitu ramai anak anak yang ketandusan kasih sayang dan layanan istimewa seorang ayah.. Mereka hanya punya ayah, tapi tidak menikmati kasih sayang dan perhatian ayah..oleh itu aku bersyukur dan bahagia melihat anak anakku ceria dan gembira dengan kehadiran seorang ayah. Aku sangat terharu,  dan sangat berterima kasih..kerana dia berusaha menjadi ayah yang baik untuk anak anakku.

Satu kebaikan yang aku pandang dari seorang suami, cukup untuk aku merasakan aku bersyukur dan bahagia menjadi isterinya. Belum dilihat pada kebaikan yang lain, yang sudah tentu masih banyak dan lebih banyak,  berbanding kekurangannya...

Lalu mengapa...ada yang tidak bersyukur dan tidak bahagia dikurniakan kehidupan bersama seorang suami. Apakah kerana kamu lebih memandang kepada kekurangannya berbanding kelebihannya..kamu fokus pada apa yang dia tidak mampu, berbanding apa yang dia ada..barangkali begitu... 

Lupakan kekurangan pasangan...kerana kita menikahi seorang manusia, yang pastinya lengkap dengan kelebihan dan kekurangan. Tiada seorang pun yang sempurna.. Dulu mengapa menikahinya, apakah yang dinampak hanya yang baik baik dan manis manis saja. Bukankah lumrah kehidupan berumahtangga...ada pahit dan manisnya.. Hanya perlu bijak mengendali segala rasa itu... Insya Allah kita akan menikmati kebahagiaan bersama.. 

Ya..lupakan yang buruk buruk tentang pasangan..ingat yang baik baik saja...insya Allah hati akan terus mencintai...

Di samping tak lupa, doakan suami agar menjadi hamba yang akrab dengan Allah. Andai baik hubungannya dengan Allah, insya Allah baik seluruhnya dia dipandangan mata kita..kerana kita percaya, lelaki inilah yang akan membimbing kita, menjadi imam kita, seterusnya memimpin kita hingga ke syurga.. Insya Allah. 
Monday 4 May 2015 0 comments By: Naemah

BAHAGIA DAPAT MEMBAHAGIAKAN


Bahagia... Bagaimana rasa bahagia itu. 

Alhamdulillah...pada yang sedang menikmati bahagia di hatinya. Bahagia itu sukar untuk digambar kan dengan kata kata atau tulisan. Setiap insan punya hak untuk merasakan bahagia, kerana Allah mencipta bahagia untuk dinikmati setiap insan. 

Bahagia itu juga bukan bererti kita bebas dari ujian atau musibah.  Boleh saja, orang yang sedang berhadapan dengan pelbagai cubaan hidup itu untuk merasakan bahagia di hatinya. Ya, meskipun sedih dan pedih, hatinya tetap damai dan tenang. Meskipun dalam kesempitan,  dia tetap merasakan kelapangan.  Oh..beginilah bahagia..hanya yang layak dapat menikmatinya. 

Sumber kebahagiaan itu pastinya dari Allah. Cintai Allah, maka bahagia menjadi milik kita. So simple kan...tapi betulkah semudah dan sesimple itu. Hanya kita yang tahu jawapannya.  Sejauh mana kita mencintai Allah?  Benarkah cinta,  dan apakah bukti cinta? Jika hati masih cenderung kepada maksiat dan dosa, apakah wujud cinta Allah di hati? Sama sama renungkan, diriku juga anda semua..

Usah bertanya mengapa hati sentiasa gelisah,  hidup penuh keluh kesah, masalah datang bertimpa timpa, hingga hidup penuh kebuntuan.. Ada pula insan yang punya segala, harta kekayaan,  wang berjuta,  mahu apa saja dapat. Tapi hati juga tak pernah rasa puas. Kosong...mengapakah?? Jawabnya,  nilailah sendiri tahap cinta kita kepada Allah, dan bagaimanakah hubungan kita dengan Allah..Akan ditemui jawapannya...insya Allah.

Sumber kebahagiaan itu juga adalah dengan membahagiakan insan lain. Sifir mudahnya, kita beri kita dapat. Kita bahagia kan orang lain, kita dapat memiliki bahagia. Betul ke? Cubalah...pertama, bahagiakan insan insan yang dekat dengan kita dulu. Suami, anak anak, ibubapa, adik beradik, dan sesiapa saja. Masalahnya kita (termasuk diriku), hanya mengharapkan diri kita dibahagiakan, tanpa ada usaha untuk membahagiakan mereka. Mengharap dan terus mengharap. Tak dapat, rasa kecewa dan hati tak bahagia. Sampai bila mesti begitu ya..Mengharap tanpa memberi..

Sama samalah...kita memberi dan terus memberi, tanpa jemu dan penuh keikhlasan. Bahagia akan sendirinya hadir, melihat kebahagiaan insan yang kita berikan bahagia untuknya. Insya Allah..

Suami dan isteri, sering mengharapkan diri dibahagiakan pasangan..Bagaimana pula usaha untuk membahagiakan pasangan. Ramai kecewa dan tak bahagia kerana pasangan tidak memberi layanan seperti yang dimahukan. Apakah kita juga sudah sebaik mungkin dan seikhlas mungkin memberikan layanan yang terbaik buat pasangan. Sekali lagi..kita mengharap, tapi tidak memberi. Kita memberi, tapi tanpa keikhlasan...mungkin..

Bayangkan.. Apa rasanya saat suami dan anak anak menikmati juadah istimewa dari kita yang memasak seikhlasnya dari hati. Mereka makan dengan penuh kenikmatan dan senyuman. Bukankah kala itu hati kita terbuai bahagia..  Begitu juga saat kita melihat anak kita gembira, excited dan asyik sekali bermain dengan mainan idamannya sejak sekian lama, dan hari ini kita berusaha membelinya dan menghadiahkan untuknya.  Bahagiakan...melihat dia begitu seronok dan asyik senyum saja. Dan sesekali pulang ke kampung menjenguk orang tua, menolong apa yang patut, berbicara dengan mereka, mendengar cerita dan luahan mereka...bahagiakan..kerana melihat wajah mereka yang keriangan menerima kepulangan anak anak. Kan??? Pernah rasa tak??

Yang di atas itu hanya sekadar contoh yang sangat simple, tapi anda faham kan?? Kita akan bahagia dengan membahagiakan orang lain. Berbagai cara boleh dilakukan untuk membuat orang lain bahagia. Boleh jadi, perkara yang sangat kecil pun boleh mencipta bahagia di hati insan lain. Kucupan dan pelukan ikhlas seorang suami mampu membuatkan isteri tersenyum bahagia. Kepulangan seorang anak mampu membuatkan ibu bahagia. Senyuman ikhlas yang kita lemparkan buat rakan sekerja atau jiran tetangga juga mampu membuai perasaannya. Anak kecil yang menerima gula gula atau coklat juga akan riang bahagia. Dan kita, sebagai insan yang memberi bahagia itu, tidakkah juga akan menikmati bahagia juga...

Sebagai kesimpulannya,  yang pertama dan yang terutama, cintailah Allah yang hanya DariNya dapat kita nikmati bahagia yang sejati. Tingkatkan rasa cinta dengan sedaya mungkin mentaati segala perintahNya. Solat 5waktu, tutup aurat dengan sempurna, bersedekah, berbakti pada ibubapa, menjaga lidah, dan segalanya yang makruf, dan meninggalkan terus segala laranganNya..insya Allah,  bahagia menjadi milik kita.

Insan yang bahagia, dah tentu akan menyebarkan bahagia buat insan lain. Bahagiakan pasangan, anak anak, keluarga, jiran tetangga, dan sesiapa jua. Maka bahagia akan berganda lagi...insya Allah.. 

Ayuhlah, kita semua...perbaiki hubungan dengan Allah, betulkan niat dalam setiap perbuatan, dan berusaha membahagiakan insan di sekeliling kita..

Insya Allah..








Friday 1 May 2015 0 comments By: Naemah

ANAK ANAK: NILAI BAHAGIA YANG TIADA GANTI

Anak anak anugerah terindah yang Allah hadirkan dalam hidup seorang ibu dan bapa. Benarkan?? Tak siapa dapat menafikan.. Semua yang berkahwin mengharapkan kehadiran cahayamata dalam hidup mereka. Mungkinkah ada yang sebaliknya?? Alasan belum bersedia mungkin ada, tapi untuk melupakan terus kehadiran seorang yang bernama anak, mungkin tidak..

Berbahagialah pada mereka yang Allah hadiahkan untuknya anak anak. Bersabarlah duhai yang sedang menanti, Allah mendengar doamu dan merancang yang terbaik untukmu.. La tahzan!!

Sebenarnya nak mencoret tentang ragam anak anak :):):)

Pasti ramai yang setuju bahawa anak anak memang mempunyai 'perangai' dan 'ragamnya' yang tersendiri. Kadang dia buat kita tersenyum,  kadang buat kita geram dan naik angin.hmm...itulah anak anak.

Anakku baru 2 orang dan masih kecil. Perangai pun macam budak seusianya jugalah..Macam macam hal, macam macam ragam, macam macam aktiviti, tak kenal erti lelah. Setiap hari rumah bersepah dengan mainan, buku dan kertas,  crayon, tak cukup lagi perkakas dapur juga diangkutnya. Hai anak... Kalau sehari tak berkemas, memang macam apalah rumah tu kan...

Aktif itu normal

Anak anak ni memang sangat aktif, sangat tak pandai duduk diam, kecuali tidur. Ada saja benda yang nak dibuatnya. Tinggalkan sekejap mereka di luar dan kita ke dapur untuk memasak atau mengemas, keadaan di luar dah bertukar wajah. Mainan sebakul di keluarkan semua, walaupun nak main hanya satu. Buku-buku berselerak, mengalahkan professor. Kalau tinggalkan mereka dengan pen atau pensel warna atau crayon, dapat tengoklah hasil seni mereka di lantai atau dinding. Perasaan tu faham faham sajalah... Bercampur baur. Hai anak.. Belum masuk bab yang lain lagi..

Nak mudah, nak senang kerja, tinggalkan saja anak dengan televisyen dan segala gadjet. Biarkan mereka leka dengan kartun dan games. Barulah benda lain dia tak sentuh dan tak usik. Kita pun tak perlu mengemas dan buat kerja yang sama berulang kali kan..

Tapi sekiranya begitu tindakan kita, adakah kita merasakan itu adalah cara yang terbaik?? Biarkan saja mereka begitu?? Oh tidak... Memang kerja kita lebih mudah, kerana anak asyik dengan tv dan games, dan rumah tak bersepah, tapi ada sesuatu yang tak normal di situ. Come on lah...dia budak budak. Kalau dia duduk diam diam tak bergerak,  itu tak normal. Kalau dia tak sentuh segala benda di sekelilingnya,  itu juga tak normal. Kalau matanya tak melilau mencari, dan hanya pandang ke satu tempat saja,  itu tak normal juga. Itu bukan budak budak namanya...

Kanak kanak perlu aktif, jalan sana sini, lompat dan lari, pegang dan sentuh benda di sekelilingnya,  dan sentiasa ada kemahuan untuk mencuba sesuatu,  tak kira ianya sesuai untuk dirinya atau tidak, tak kira ummi marah atau tidak. Maka tak hairanlah jika selepas rumah kelihatan seperti kapal pecah, dan suara tangisan kedengaran silih berganti dek kerana mereka sedang meng'explore' segala perkara, tanpa memikirkan bahaya di sekelilingnya. Itu normal k..tapi yalah...kita akan penat sikitlah lepas tu kan :):)

Aku sendiri, ada ketikanya, kalau ada kerja yang nak dibuat di dapur, akan membuka video dan membiarkan mereka leka dengan ipad. Ya, video education dan application dalam ipad pun berbentuk education. Tiada games, tiada kartun yang entah apa apa tu...tapi still rasa tak sedap hati jika membiarkan anak berlama lama dengan alat tersebut. Bimbang minatnya hanya di situ, dan tiada minat lagi dengan aktiviti yang lain. Itu dah tak normallah... 

Usah gusar dan marah

Ibu ibu...sekadar nak menasihati diri sendiri dan semua para ibu dan bakal bakal ibu, janganlah risau, atau marah, atau sakit hati melihat rumah yang bersepah dan tunggang langgang. Kalau itu perbuatan anak anak yang masih kecil, itu perkara biasa. Bukan anda seorang mengalaminya. Itu menunjukkan anda mempunyai anak anak yang sihat dan normal. 

Disiplinkan anak anak

Cuma mungkin...untuk mengurangkan penat kita, boleh melatih anak anak untuk 'menolong' kita mengemas, especially barang permainannya.  Sebelum benarkan mereka bermain, awal awal lagi dah pesan: sudah main nanti kena kemas ye. Pesan berulangkali,  dan setiap hari. Dan saat mengemas barang tersebut, libatkan dia bersama, buat bersama sama, bukan hanya menyuruh dia buat sendiri. Buat begitu setiap hari dan setiap kali lepas main. Insya Allah, anak anak akan jadi biasa dan faham, lepas main kena kemas. Dan kebanyakan masa, ianya berhasil untuk anak anakku, Anas dan Mussaab. Jangan jemu untuk mengajak dan melibatkan mereka dalam aktiviti mengemas, tak terhad pada permainan mereka saja. Kita harapkan dan doakan, suatu hari nanti, mereka akan melakukan sendiri tanpa disuruh dan diiingatkan lagi, insya Allah.. 

Muhasabah

Mungkin juga, di saat geram dan marah dengan tingkah anak anak, ambil masa sejenak untuk berfikir, memang setiap masakah anak anak ini membuat kita marah? Tidak pernah kah dia membuat kita senyum dan bahagia? Sebenarnya kalau diingat dan dikenang baik baik, mereka lebih banyak membuat kita tersenyum bahagia, dan hanya sesekali menguji kesabaran kita dengan sikap keanakannya. Betul kan?? Saat kita geram, kita lupa segala. Dia sering buat kita ketawa, terharu,  dan sikapnya sering membuat kita lupa pada kesedihan dan segala masalah. Dia penyeri hari hari kita, penghibur yang paling membahagiakan.  Kita mengakui hakikat itukan...jadi mengapa perlu marah marah...

Bayangkan...anak anak tiada di sisi. Rumah kemas dan tersusun rapi, tetapi hati kita...terlaluu sunyi. Tiada suara manja mereka, tiada hilai ketawa mereka. Bayangkan mereka sakit tak mampu bergerak aktif, mainan tak disentuh, berbaring dan merengek saja...hati kita seharian dalam kesedihan dan kerisauan.. Mahukah seperti itu??  Tak nak kan...jadi biarlah anak anak membesar seperti kanak kanak normal yang lain. Bermain semahunya, bebas melakukan apa saja dengan kawalan ibubapa, di samping mulut kita tak jemu memberi tunjuk ajar dan nasihat agar mereka tetap belajar menjadi manusia yang beradab dan berdisiplin meskipun diberi kebebasan bermain dan meneroka di alam kecil mereka..

Jadi ibu ibu..termasuk diriku (yang kurang sabar ini). Jangan marah marah pada anak anak. Usah jerit jerit, lagi teruk kalau sampai pukul pukul. Mereka hanya anak kecil yang hanya tahu bermain,  belum mumayyiz, tak tahu baik dan buruk, kecuali terus diberi tunjuk ajar...kalaulah kita menyedari masa kecil mereka ini terlalu singkat, kita pasti menghargainya, kerana suatu hari nanti rumah ini akan kesunyian... Oh, mereka sudah dewasa rupanya. Rindunyaaaaa :'(:'(:'(