Seminggu dua ini berita tentang kematian dan musibah menjengah ke telinga. Lepas satu, satu pula. Maklumlah zaman IT, cepat saja segala berita diviralkan dan menjadi sensasi. Dari berita yang biasa biasa, kepada yang serius dan luar biasa.
Terkejut dengan kisah kematian 3 beranak (suami isteri dan baby) akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pajero dan myvi. Bertambah pilu mengenangkan dua anak kecil mereka yang menjadi yatim piatu. terbayangkan anak sendiri :,(
Berita kematian seorang pelajar perubatan di Moscow juga memberi rasa terkejut dan pilu. Usia masih sangat mudah dan cantik, namun Allah lebih menyayanginya. Terbayang perasaan ibubapanya yang pastinya sangat sedih di atas kehilangan anaknya. Bagaimana jika aku di tempat itu :,(
Berita demi berita dibaca dan ditatap. Berbagai kisah kematian, tak kurang manusia yang diberi ujian dengan kesakitan, kemiskinan dan musibah yang lain...
Semua itu membuatkan aku tersentak, terkejut dan bagai baru tersedar dari lena..
Alhamdulillah di atas kehidupan sehingga hari ini. Alhamdulillah masih menjalani kehidupan yang baik seperti biasa. Bahagia bersama keluarga, rezeki juga mencukupi, kesihatan juga agak baik. Alhamdulillah... Syukur yang jarang diungkapkan :''(
Aku juga tahu, Allah menguji mereka dengan ujian tersebut kerana Allah tahu mereka mampu menghadapinya. Dan aku juga tahu, betapa beratnya mereka menanggung semua itu. Tapi, ya... Insya Allah mereka insan terpilih dan pasti kuat menghadapi semua itu...
Aku hanya kesalkan diri sendiri..malu tak sudah pada Allah yang Maha Penyayang. Malu kerana kurang syukur, dan rasa tak cukup yang sentiasa ada. Sentiasa mahukan sesuatu demi kepuasan yang entah bila akan berakhir..
Rupanya diri kurang memikirkan tentang insan lain yang jauh lebih tiada, lebih sempit hidupnya...ya, hanya fikirkan diri sendiri. Sudah ada segala, tetapi masih tak cukup. Jarang pula nak bersyukur... Alpa, kerana belum teruji...
Entah...Bagaimana sekiranya ujian berat seperti di atas menimpaku dan keluargaku... Tak tahu bagaimana untuk menghadapi segala. Kuatkah, tabahkah, sabar dan redhakah... Ya Allah... Memikirkannya saja membuatkan hatiku menangis...
Namun aku tetap percaya Allah itu lebih tahu sejauh mana kekuatan HambaNya.. Ujian yang datang, pasti di atas kemampuan hamba untuk menanggungnya..
Dan aku juga sedar bahawa hidup ini pentas ujian... Ujian pasti datang bila sampai masanya... Aku hanya meminta agar segala ujian yang mandatang mampu aku hadapi dengan penuh redha. Insya Allah...
Ya Allah...lindungi keluarga kami, berikan kehidupan dan kematian yang baik. Tunjukkan kami jalan kebenaran, agar kami tetap lurus berjalan di jalanMu...
Ya Allah.. Kurniakan kesabaran dan kekuatan yang luar biasa buat mereka yang sedang menerima UjianMu...
Ameen

0 comments:
Post a Comment