Setelah berumahtangga, suami adalah insan pertama yang wajib kita taat dan berbakti. Suami sebagai pintu syurga kita, kerana redha Allah ada pada redha seorang suami. Jika kita mentaatinya kerana Allah, dan mencintainya seluruh hati. Insya Allah akan menikmati bahagia sejati..
Namun tidak bermakna kita melupakan cinta yang terdahulu, cinta yang lebih awal hadir dalam hidup kita sebelum suami. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta kedua ibubapa, adik beradik Dan keluarga. Mereka hadir di dalam hidup kita sebelum suami. Menghulurkan cinta yang tulus ikhlas dan tak berbelah bagi.
Aku bahagia bersama suami dan anak anakku. Namun adakalanya perasaan rindu menerpa pada ibu yang telah tua, yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, mencari rezeki membiayai pengajianku, yang saban hari mendoakan aku. Sangat tulus cinta seorang ibu...semoga Allah merahmati ibu..
Juga terkenang pada abang dan kakak yang sentiasa ikhlas menyayangiku. Membantu dan menghulur saat aku memerlukan. Yang tak pernah aku ragui kasih sayang mereka terhadapku.
Begitu juga saudara yang lain. Sangat menghormatiku dan menerima aku seadanya...
Ya, mereka itulah yang terlebih dahulu hadir dalam hidup, sebelum hadirnya seorang suami. Dalam bahagia dan gembira dengan kehidupan hari ini, adakala terlupa pada watak watak penting tersebut. Lupa pada cinta yang terlebih dahulu hadir di dalam hidup sebelum bergelar seorang isteri.
Saat Allah menitipkan rasa rindu, hati terbuai syahdu. Terlalu banyak kenangan bersama mereka yang aku kasihi. Aku sangat merindui mereka...hanya doa mampu ku hadiahkan. Agar mereka juga sedang berbahagia...
Kemudian Allah menghadirkan seorang suami, yang kini menjadi cinta pertama setelah Allah dan Rasulullah. Tiada yang sebelumnya, meskipun hadirnya adalah kemudian. Ketaatan pada suami mengatasi ketaatan kepada kedua ibubapa..
Para isteri perlu akur, betapa seorang suami itu perlu ditaati dengan sepenuh hati. Allah memuliakan seorang suami untuk ditaati seorang isteri, dan suami sebagai pintu syurga buat isteri.
Namun cinta terdahulu jangan dilupakan. Cinta ibubapa tiada penghujungnya, cinta keluarga manisnya juga luar biasa. Mereka mewarnai kehidupan kita, sebelum hadirnya seorang lelaki yang bernama suami..
Semoga hati sentiasa dipenuhi dengan cinta dan sayang :):):)

0 comments:
Post a Comment