Friday, 27 September 2019 0 comments By: Naemah

DI PENGHUJUNG SEPTEMBER





Sudah di penghujung September 2019. Tak sempat nak menulis di sini. 


Boleh dikatakan agak sibuk, sejak ada ‘anak kecil’ yang baru sebulan lebih umurnya. Dia yang sering meminta perhatian, dia yang sering perlu diperhatikan. 


Allah, agak penat dalam proses nak membiasakan diri dengan rutin baru, selepas kehadiran orang baru dalam keluarga.


Bukan terlalu banyak kerja, tapi kerana kerja yang sering tertangguh. Bila diperlukan si kecil, tangan dan kaki terus terikat, tak boleh buat kerja yang lain. 


Bila ada peluang untuk menyambung tugasan rutin, terkejar-kejar nak sempurnakan semuanya sebelum bila-bila masa ‘dipanggil’ lagi. Kadang nak suap makan tak sempat, nak mandi dan ke tandas pun terpaksa ditahan dulu. 


Bukan pengalaman pertama ber ‘anak kecil’, bahkan sudah biasa melalui hal yang serupa. Tapi dulu dan kini tetap ada bezanya. Tambahan pula dengan bilangan anak yang kian bertambah, bukan hanya pada si kecil ini saja yang perlu ditumpu perhatian.


Namun dengan berlalunya masa, anak-anak juga kian membesar. Lama kelamaan, mungkin tak perlukan perhatian ummi lagi. 


Moga dapat bersabar dengan sedikit kepayahan dalam membesarkan anak-anak ini. Ya, bersama kesusahan pasti ada kesenangan. Dan yang pasti kehadiran setiap anak ini memberikan kebahagiaan yang bukan sedikit buatku dan suami.


Alhamdulillah.

Saturday, 21 September 2019 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 210919





Sudah 4 hari Anas dan Mussaab ‘bercuti’ atas sebab jerebu teruk yang sedang melanda. Hari ini bangun pagi seperti biasa, dan lakukan rutin seperti biasa. Solat subuh, breakfast, dan buat aktiviti sendiri. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri, semuanya bangun awal. 


Lepas breakfast, menonton ‘ejen Ali’ di YouTube. Lepas menonton, buat aktiviti melukis dan menconteng di kertas. Jam 10, semua keluar ikut abi ke kedai Eco dan kedai ikan peliharaan untuk beli ikan (gantikan ikan lama yang dah mati). Tinggal ummi dan Suri di rumah. Time Suri tidur dapatlah ummi memasak. Bila Suri bangun, perlu layan Suri dan kemudian sambung memasak lagi. 


Hampir jam 1 barulah abi balik bersama Anas, Mussaab dan Miqdad. Bawa balik ikan, dan mainan dari kedai Eco. Makan tengahari, solat dan main. Ummi tidur bersama Suri. Anas, Mussaab dan Miqdad bersama aktiviti masing-masing di bawah. 


Jam 5 ummi turun ke bawah, semua sedang menonton ‘ejen Ali’ (sambung episod pagi tadi). Abi tolong jagakan Suri, ummi kemas dapur dan siapkan makan malam. Lepas tu semua keluar ke halaman. Mussaab main basikal, Anas dan Miqdad main bola. Suri juga keluar tengok abang-abang main. Abi buat kerja di halaman. Keadaan masih berjerebu. 


Jam 6 lebih, masuk ke dalam rumah. Makan malam dan naik ke atas. Mandi dan siap untuk solat Maghrib. Anas ikut abi ke masjid. Mussaab main bersama Miqdad, dan Suri juga siap mandi dan siap untuk tidur. Ummi susukan Suri sambil ajar Mussaab baca Quran dan reading. Kemudian ajar Anas. Lepas tu semua turun ke bawah, abi buka movie Spider-Man pula. Melekat depan tv semua. Suri tidur di atas. 


Jam 8.45, Anas dan Mussaab solat bersama abi. Kemudian naik ke atas, dah masa untuk tidur. Abi temankan Anas dan Mussaab tidur. Miqdad tidur di bilik ummi dan abi. Lebih kurang jam 9.45 malam, semuanya sudah lena dibuai mimpi. Alhamdulillah :)


Semoga mimpikan yang indah-indah semua. Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri. Insya Allah. 


Ummi love you all...

Wednesday, 18 September 2019 0 comments By: Naemah

SURI: CHECK UP SEBULAN





Hari ni genap usia Suri 35 hari. Alhamdulillah. Hari ni juga perlu memenuhi temujanji di klinik Desa Rinching Tengah untuk cucuk vaksin sebulan. 


Kebetulan suamiku bekerja, aku perlu ke klinik sendiri untuk urusan ini. Dan takdirNya juga, sekolah diarahkan ‘tutup’ hari ni kerana masalah jerebu yang teruk melanda. Makanya, aku terpaksa bawa sekali anak-anak kesemuanya ke klinik. 


Jam 8 pagi kami sudah berada di klinik. Sebaik sampai, orang ramai sudah memenuhi ruang klinik. Ya Allah, ramainya orang hari ni. Lebih ramai dari kebiasaan. Kanak-kanak pun ramai, mungkin atas sebab sekolah yang diarahkan tutup, maka ibu-ibu lain juga terpaksa bawa sekali anak-anak ke klinik. Memang ‘meriah’ sangat klinik hari ni.


Urusan selesai jam 11 pagi. Dari jam 8 sampai jam 11, 3 jam lamanya Anas, Mussaab dan Miqdad perlu menunggu di klinik. Bayangkan tahap bosannya mereka :) berkali tanya bila nak sudah. Bila nak balik... Yang awalnya tadi ceria, lama kelamaan bosan dan masam mencuka muka sorang-sorang. 


Apapun syukur selesai juga akhirnya walau dalam penantian yang panjang. Tak mampu nak cerita betapa mencabarnya, bila perlu bawa kesemua anak bersama untuk berurusan di klinik. Bila mereka dah bosan, macam-macamlah yang dibuat, macam-macamlah ragamnya. 


Sebagai upah, dapatlah semuanya menikmati hidangan kfc untuk makan tengahari. Sampai di rumah tepat-tepat jam 12. Selesai sudah urusan di luar hari ni, setelah sekian lama berkurung di rumah saja. 


Lega rasanya, hari yang ‘mencabar’ ini dapat dilepasi dengan baik. Anak-anak, dalam banyak ragam pun masih sangat baik dan masih mampu dikawal. Alhamdulillah :)


Alhamdulillah juga untuk Suri. Perkembangan Suri baik dan normal. Sepanjang penantian dan urusan di klinik juga Suri tenang dan tak meragam. 


Semoga hari esok dan hari yang mendatang akan tetap baik-baik saja. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri, moga sihat dan mudah diuruskan semuanya ya! Insya Allah