Sudah di penghujung September 2019. Tak sempat nak menulis di sini.
Boleh dikatakan agak sibuk, sejak ada ‘anak kecil’ yang baru sebulan lebih umurnya. Dia yang sering meminta perhatian, dia yang sering perlu diperhatikan.
Allah, agak penat dalam proses nak membiasakan diri dengan rutin baru, selepas kehadiran orang baru dalam keluarga.
Bukan terlalu banyak kerja, tapi kerana kerja yang sering tertangguh. Bila diperlukan si kecil, tangan dan kaki terus terikat, tak boleh buat kerja yang lain.
Bila ada peluang untuk menyambung tugasan rutin, terkejar-kejar nak sempurnakan semuanya sebelum bila-bila masa ‘dipanggil’ lagi. Kadang nak suap makan tak sempat, nak mandi dan ke tandas pun terpaksa ditahan dulu.
Bukan pengalaman pertama ber ‘anak kecil’, bahkan sudah biasa melalui hal yang serupa. Tapi dulu dan kini tetap ada bezanya. Tambahan pula dengan bilangan anak yang kian bertambah, bukan hanya pada si kecil ini saja yang perlu ditumpu perhatian.
Namun dengan berlalunya masa, anak-anak juga kian membesar. Lama kelamaan, mungkin tak perlukan perhatian ummi lagi.
Moga dapat bersabar dengan sedikit kepayahan dalam membesarkan anak-anak ini. Ya, bersama kesusahan pasti ada kesenangan. Dan yang pasti kehadiran setiap anak ini memberikan kebahagiaan yang bukan sedikit buatku dan suami.
Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment