Saturday 5 October 2019 By: Naemah

MUSSAAB DAN MIQDAD BALIK KAMPUNG




Hari ni Mussaab dan Miqdad ikut abi balik kampung. Kali terakhir balik kampung ialah pada cuti raya haji dan balik bersalin hari tu. Dah sebulan setengah pun umur Suri. Belum berpeluang untuk balik kampung lagi. Anas sekolah, abi pula kerja. Memang tak ada kesempatan.


Hari ni jadi juga abi balik kampung, selepas merancang sekian lama. Tapi malangnya, ummi tak dapat balik sekali sebab Anas sekolah. Maknanya terpaksa tinggal ummi bersama Anas dan Suri di rumah. Mussaab dan Miqdad pula ikut balik kampung dengan abi, menjenguk nenek yang kurang sihat.


Ini kali pertama Mussaab dan Miqdad berjauhan dengan ummi. Pernah berpisah, masa ummi kena masuk wad bersalin. Tapi kali ni berpisah jauh. Sikit sebanyak sebak juga ummi menanggung rindu. Anas, Mussaab dan Miqdad juga tak pernah berpisah adik beradik. Inilah kali pertama. 


Anas walau tak cakap, ummi tahu Anas dah mula rindukan adik-adik. Teman bermain, bergaduh, dan mengusik. Setiap hari riuh rendah dengan suara bertiga. Hari ni... sepi :,(


Ketika ummi menulis ni, Mussaab, Miqdad dan abi masih di dalam perjalanan. Belum terima update dari abi sama ada dah sampai atau belum. Ada abi kongsikan ‘live location’ di whatsapp, tapi tak dapat dikesan pula. Mungkin abi off Hp sebab ummi tahu Hp abi cepat habis bateri. Dan selagi ummi belum terima update yang abi, Mussaab dan Miqdad dah sampai rumah nenek, selagi tu la ummi tak dapat nak tidur.


Sudah jam 10 malam. Anas dan Suri sudah lena tidur. Sunyi dan sepi rumah ni. Ummi hanya mampu berdoa dari jauh. Moga Allah jaga abi, Mussaab dan Miqdad. Semoga dipermudahkan musafir, diselamatkan perjalanan hingga sampai ke rumah nenek. Selamat pergi dan selamat kembali juga ke pangkuan ummi, Anas dan Suri yang merindu. 


Semoga Allah menjaga kita. Dan menyatukan kita kembali. Insya Allah. 


~ Ummi rindu pada Mussaab dan Miqdad ~




Sebelum bertolak jam 2.30 pm



Teman ummi

0 comments:

Post a Comment