Selesai sudah 2 ujian Anas untuk ke tingkatan 1. Yang pertama ujian PKSK pada 8/10/2024 bertempat di SK Semenyih. Pada hari ni, abi takde sebab kerja. Ummilah yang hantar Anas ambik ujian. Ok je, tak jauh pun.
Ujian kedua ialah UKKM di MRSM Bagan Datuk, Perak pada 16/10/2024. Sekali lagi, ditakdirkan pada tarikh tersebut abi berada di laut. Kali ni jauh.. mati akal juga nak fikir macam mana nak bawa Anas exam. Ada tanya 2 anak saudara (lelaki) jika boleh tolong bawakan. Tapi mereka juga ada komitmen tersendiri. Tambah hari bekerja, takde siapa lagi yang boleh diminta tolong.
Hampir kepada waktunya, ummi nekad dan ummi sanggup untuk bawa sendiri Anas ke sana. Abi dah tentu risau juga, yelah ummi tak pernah drive jauh-jauh. Paling jauh ke KLIA je. Pernah juga sampai Klang tapi follow abi dari belakang. Ini nak ke Perak, dengan anak kecil lagi…
Melihatkan kesungguhan Anas untuk menduduki exam, ummi pilih untuk pergi. Abi tempah motel di sana. Tiba harinya (15/10/2024)bertolaklah ummi dengan anak-anak ke Bagan Datuk Perak. Sebelum tu update dulu perjalanan dalam group keluarga. Abi pesan, biar ada yang tahu kita ke mana. Abi risau, dia dah la jauh. Tak lupa share live location pada abi. Dapatlah abi ‘track’ kat mana anak isterinya berada.
Hari ni Anas je yang ke sekolah. Itupun dah minta izin dengan guru kelas nak balik awal sebab nak ke Perak. Jam 10.30 pagi ummi ambik Anas di sekolah dan terus bertolak pergi. Hari yang hujan tak berhenti, jalan jem, dengan lori kiri dan kanan, mencabar sikit di awal perjalanan. Tambahan pula ummi tak biasa memandu di tengah kota raya, syukur Anas sangat cekap membaca peta dan jalan. Nyaris tersilap lorong, Anas yang selalu alert dan ingatkan ummi bila kena tukar lorong.
Bila dah menghala ke Kuala Selangor, trafik lebih lancar. Jalan pun straight je. Tak risau sangat dah. Cuma cabaran seterusnya ialah Nuha Khadeeja. Di awal perjalanan tadi dia tenang dan baik je atas carseat tu. Dah separuh perjalanan, dia dah mula tak senang duduk. Menangis semahunya.
Akhirnya berhenti di sebelah tol Assam Jawa (jam 12.45pm). Tenangkan Nuha, susukan dan tukarkan pampers, suap makan dan lepaskan Nuha bermain dalam surau. Alhamdulillah selesa sangat kat sini. Sempat juga video call dengan abi yang berada di laut. Dan sempatlah jamak zuhur dan asar sekali sebelum sambung perjalanan. 2 jam perjalanan berbaki. Tak berhenti makan dah, cukup bekalan yang ada.
1 jam sebelum tiba Nuha dah mula menangis balik. Makin lama makin kuat dan makin panjang. Abang-kakak pujuk dengan bermacam cara pun tak jadi. Tetap menangis tak henti. Kemudian Anas ambik dan pangku. Makin kuat tangisnya sebab dia nampak ummi. Meronta nak ummi. Ummi pecut selajunya. Tahan jelah dengar tangisan Nuha. Bila jalan lengang ummi pegang juga Nuha, tapi sekejap jelah. Bila Anas ambik, sambung menangis lagi. Begitulah sehingga sampai ke destinasi (Good Night BD Motel).
Alhmdulillah sampai pukul 4 petang. Check in dan berehat sekejap. Lepas tu keluar cari lokasi MRSM Bagan Datuk (2km je dari penginapan) dan makan malam terus di restoren nasi ayam yang tak jauh dari bilik. Ianya terletak di lokasi jeti Bagan Datuk. Dari bilik ke jeti tu boleh berjalan kaki je, jarak dalam 200m je.
Lepas makan balik semula ke bilik. Alhamdulillah bilik pun besar dan selesa sangat. Boleh la malam ni berehat panjang melepaskan penat lelah perjalanan. Nuha pun dah ceria balik sebab dah boleh bebas ke sana sini, tak kena ‘ikat’ lama-lama dalam carseat dah. Dan sempat sekali lagi ber’video call’ dengan abi.
Malamnya tidur awal semua. Belum pukul 10 lagi dah lelap. Penat dan mencabar sungguh perjalanan hari ini.
Esok harinya (16/10/2024) bangun awal, siap-siap nak hantar Anas menduduki ujian. Semua dokumen dan kelengkapan dah ready. Semalam pun Anas cuba berlatih hafazan, stress juga bila tak mampu capai target masa dan ayat yang diharapkan. Tapi takpelah, dah pesan untuk tenang-tenang saja. Cuba yang terbaik, segalanya serah pada Allah.
Exam bermula 7.50 pagi. Seawal 7.20 ibubapa dibenarkan masuk menghantar anak di tempat yang telah dikhaskan. Hanya boleh turunkan anak dan terus keluar dari kawasan sekolah. Dah selesai exam nanti barulah datang ambik balik.
Ummi tinggalkan Anas dengan harapan dan doa, moga Anas tenang dan mampu menjawab dengan baik. Ummi bawa adik-adik breakfast dekat jeti dan luangkan masa di dataran sekejap. Sempat main di playground dan bergambar. Cantik juga tempatnya. Lepas tu beransur balik dan habiskan masa di bilik dan mengemas sementara menunggu masa untuk check out dan ambik Anas (11.35 waktu tamat exam).
Jam 11 pagi check out, beli sedikit roti, air dan kudapan di kedai runcit berhampiran, dan kembali ke dataran tepi jeti tadi sementara nak tunggu ke jam 11.30. 11.25 menuju ke MRSM Bagan Datuk untuk ambik Anas. Katanya dah siap jam 10.50 lagi, lama juga la menunggu ummi datang. Bila ditanya tentang exam tadi, katanya ‘boleh la’.. yang hafazan tu pulak, dalam masa 25 minit diberikan untuk hafal 8 baris ayat (tak dinyatakan surah), Anas hanya sempat hafal 4 baris. Takpelah, Alhamdulillah boleh la tu. Ummi sentiasa doakan yang terbaik. PKSK dah selesai, UKKM dah selesai, nanti nak memohon ke sekolah menengah JAIS pula (permohonan dibuka pada bulan November).
Sebelum bertolak balik, makan dulu di gerai yang berdekatan dengan penginapan tadi. Lepas tu terus bertolak balik (dalam pukul 12 tengahari). Kali ni ikut laluan lain (ikut jalan yang abi suggest untuk elak masuk KL). Sama juga keadaannya, dah separuh perjalanan Nuha mula menangis tak senang duduk. Susah nak berhenti, langsung tak jumpa tempat perhentian yang sesuai. Akhirnya berhenti juga di perhentian USJ (dalam pukul 3 lebih). Lebih kurang 1 jam lagi nak sampai rumah (ye, tadi ummi memecut laju bila Nuha dah start menangis panjang). Alhamdulillah dah boleh susukan Nuha dan solat. Nuha bebas main dalam surau. Itulah yang dia nak sebenarnya. Nak bebass!
Nak bergerak balik, sekali lagi la Nuha meraung kat atas carseat tu. Sampai terlelap dek kepenatan. Lega dan tenang sekejap. Alhamdulillah, sampai rumah jam 4.30 petang. Lega. Syukur. Tak percaya dah melalui 2 hari yang mencabar ini. Sukar tetapi dipermudahkan. Alhamdulillah.
Next level unlock! Siapa sangka ummi boleh sampai sejauh itu bersama anak-anak. Kalau bukan terpaksa, kalau bukan untuk urusan penting, tak mungkin ummi akan pergi. Tetapi kali ini ummi sanggup untuk Anas. Untuk Anas yang ingin mencuba yang terbaik. Segalanya dah selesai. Tinggal tawakkal kepadaNya. Apapun jua keputusannya nanti, kita terima saja dengan tenang hati. Yang penting Anas dah cuba. Dan yang pasti, Allah dah tetapkan di mana tempat yang terbaik untuk Anas.
Terima kasih pada Mussaab, Miqdad dan Suri yang ambil part menjaga adik Nuha, menghiburkan, memujuk, melayan, untuk Nuha tenang dan tak menangis.
Sudah berjaya melepasi cabaran 2 hari yang mendebarkan. Takkan ummi mampu jika bukan kerana pertolongan Allah. Juga berkat doa abi dari jauh, dan ahli keluarga yang ikhlas.
Alhamdulillah untuk segalanya. Kini kembali kepada rutin yang biasa. Sibuk pula dengan urusan anak-anak sekolah dan Nuha yang kian lasak membesar.
Penat. Tetapi baik-baik saja, insya Allah.
Berhenti setelah separuh perjalanan
Alhamdulillah sampai juga.
Menginap di Good Night BD Motel (family suite) yang selesa.
Next day, sarapan di kedai makan berhampiran jeti Bagan Datuk selepas hantar Anas exam.
Lepak sini sekejap. Matahari dah mula naik. Panas.
Secebis kenang-kenangan di Bagan Datuk.
Ummi dan anak-anak.
Sudah tentu akan lebih bermakna jika abi ada bersama.
Tapi takdir Allah pastinya lebih baik dan penuh hikmah.