Bergedil


Bahan:
Ubi kentang-rebus sehingga empuk dan lenyekkan
Isi ayam-cincang halus
Bawang putih-cincang halus
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Daun sup
Bawang goreng
Telur
Minyak

Cara;
Panaskan sedikit Minyak, masukkan bawang putih, masak hingga naik bau. 

Kemudian masukkan isi ayam, kacau seketika. 

Masukkan garam dan Serbuk lada sulah.kacau sebati. Agak agak ayam dah masak, tutup api. 

Gaul isi ayam tadi bersama Ubi kentang lenyek, daun sup dan bawang goreng. Gaulkan hingga sebati.

Bulatkan adunan dan leperkan. Celup dalam telur yang telah dipukul, dan goreng. 

0 comments:

Post a Comment