Kali ke-2 untuk tahun ini menjejakkan kaki ke South Creek, Setia Ecohill 2. Alhamdulillah dapat bersama beriadah dan mengeluarkan peluh.
Mussaab dan Miqdad berbasikal, Anas tolong tolakkan stroller Suri, abi kononnya nak jogging, tapi dalam masa yang sama kena control anak-anak, maka cukuplah berjalan :) ummi pula, Alhamdulillah boleh jalan lenggang kangkung bila Suri elok je langsung tak menangis kat atas stroller tu :)
Sesekali dapat luangkan masa bersama keluarga di luar rumah (walaupun dekat je), seronok juga. Nak selalu datang, memang tak sempatlah. Time suami kerja, lagilah tak ke mana-mana. Sedikit masa yang ada, boleh la ambil peluang untuk keluar ambik angin dan beriadah sikit.
Tak ramai sangat orang hari ni. Lengang saja. Dengan kawasannya yang sangat luas, rasa selesa sangat nak berjalan anak-beranak. Cuaca juga redup dan sedikit berangin, kurang sikitlah rasa penat walaupun dah pusing satu kawasan yang luas tu.
Alhamdulillah untuk ‘masa’ yang sangat berharga hari ni. Walaupun dekat, walaupun sekejap, tapi inilah antara momen yang mahu diciptakan bersama anak-anak. Untuk mereka ingat, untuk mereka kenang, bahawa ummi dan abi sebolehnya mahu sentiasa ada untuk mereka.
Alhamdulillah atas segalanya. Untuk hari semalam dan hari ini. Moga esok Allah gandakan lagi kebahagiaan untuk kita.
آمين
0 comments:
Post a Comment