Monday 16 April 2018 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 170418






Hari ini abi kembali ke Bintulu. Seperti biasa, jam 5.30 abi meninggalkan rumah menaiki teksi di saat anak-anak masih lena dibuai mimpi. 

Anas, Mussaab dan Miqdad bangun ketika jam menghampiri 7 pagi. Mandi dan bersiap dengan pakaian mandi untuk aktiviti water splash di sekolah. Kemudian turun ke bawah menikmati breakfast. Ummi masak nasi goreng dan nugget untuk hidangan pagi ini. Anas tak lepas peluang menonton video di YouTube. Sebelum itu, dengar dulu bacaan surah an-Naziaat yang sedang dihafal.

Jam 7.55, melangkah ke sekolah. Sempat video call abi yang sedang berada di airport menunggu masa untuk terbang ke Bintulu. Lepas hantar Anas dan Mussaab, Miqdad balik ke rumah bersama ummi. Ummi bersihkan kereta yang dipenuhi sampah, Miqdad pula bermain dekat rumah Olly dan anak-anaknya sambil berjalan ke sana sini.

Siap kemas di luar, masuk ke dalam rumah. Miqdad menyusu dan menonton video. Ummi jemur kain dan buang sampah. Kemudian naik kemas dan sapu sampah di tingkat atas. Miqdad juga naik buat aktiviti di atas juga. Belek buku, dan kutip mainan yang ada. 

Jam 10, selesai kerja di atas. Turun semula ke bawah. Ummi susukan Miqdad sekali lagi hingga Miqdad terlena. Ummi ambil peluang kemas dapur dan memasak. Belum siap masak Miqdad dah bangun. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad sambung tidur semula hingga jam 11.30. Ummi siapkan kerja memasak dan temankan Miqdad menonton tv. 

Jam 12, seperti biasa ambil Anas dan Mussaab balik dari sekolah. Suap makan dan menonton tv. Jam 2, ummi, Mussaab dan Miqdad naik ke atas. Ummi cuba tidurkan Miqdad, tapi Miqdad masih nak bermain dan ‘membaca’ buku animal. Mussaab pula sibuk dengan ‘aktiviti’ menggunting. Anas di bawah menonton video dan melukis. 

Jam 3 petang, Miqdad tidur akhirnya. Mussaab juga terlena di bawah. Jam 4.30, ummi turun ke bawah dan tinggalkan Miqdad yang masih lena. Anas dan Mussaab makan roti cheese, kemudian makan nasi goreng dan nugget hingga kekenyangan. Anas sambung menonton, Mussaab pula masih dengan aktiviti menggunting dan melukis. Banyak ‘hasil’ yang ditunjukkan pada ummi. Rumah pula bersepah dengan cebisan kertas yang digunting, juga hasil lukisan Anas.

Miqdad bangun jam 5.30 petang. Miqdad menyertai Anas dan Mussaab menonton tv dan bermain sendiri. Ummi cuba suapkan Miqdad makan tapi Miqdad menolak. 

Jam 6, keluar sebentar untuk isi makanan Olly dan siram pokok. Mussaab dan Miqdad bermain di luar seketika. Kemudian masuk semula. Kemas  rumah, dan naik ke atas untuk mandi. Mussaab baca Iqra dan hafazan. Anas skip membaca malam ni. Miqdad terjatuh dan menangis. Tak lupa call abi yang baru lepas makan dan masih di kedai. 

Jam 8.30, tutup lampu dan bersedia untuk tidur. Anas yang pertama lena, kemudian Miqdad dan terakhirnya Mussaab. Alhamdulillah sudah lena semuanya. Ummi tak lupa doakan Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi sayang semua. Semoga lena dan mimpi indah semuanya. Ummi love you very much! 

Semoga abi di sana juga baik-baik hendaknya. Moga Allah menjaga dan melindungi kita semua. Aameen.

0 comments:

Post a Comment