Monday 30 March 2015 By: Naemah

QUALITY TIME WITH FAMILY



Quality time atau masa yang berkualiti bersama keluarga adalah sangat penting demi menjamin kebahagiaan dan kerukunan sebuah institusi kekeluargaan. Kualiti dan kuantiti adalah dua perkara yang berbeza. Meski sedikit masa yang dapat diperuntukkan untuk keluarga, namun jika pengisiannya baik, itu lah kualitinya. Sebaliknya jika banyak masa bersama keluarga, namun tiada sebarang pengisian dan manfaat, maka tiadalah kualitinya...sekiranya banyak pula masanya bersama keluarga, dan banyak pula perkara perkara baik dan bermanfaat dilakukan bersama sama, masa itu tersangatlah tinggi nilai kualitinya. Pasti semuanya jelas :)

Majoriti masyarakat hari ini hidup dengan kesibukan dan kesuntukan masa. Suami isteri bekerja mencari rezeki, dari pagi sampai ke senja, baru balik ke rumah. Anak anak ditinggalkan sejak awal pagi, hingga gelap hari baru bersua kembali. Dalam keadaan diri dah penat dan lesu. Rasa nak baring dan rehat saja....mungkin situasi ini biasa..terutamanya buat mereka yang hidup di kota kotaraya. Masing masing berlumba mencari kekayaan demi menampung keperluan dan kehendak hidup yang tak pernah cukup. Dengan jalanraya yang sesak hampir setiap masa, di jalan raya itu jugalah masa banyak dihabiskan hampir setiap hari. Hujung minggu saja lah ada masa di rumah. Sekiranya ada...

Tapi seperti yang aku nyatakan, penentu kualiti masa bersama keluarga itu bukanlah kerana banyak atau sedikit masa yang dihabiskan bersama keluarga, tetapi bagaimanakah pengisian di saat masa bersama itu. jika panjang masanya, tetapi masing masing buat hal sendiri, tiada gunanya juga. si ayah menghabiskan masa untuk tidur dan membaca suratkhabar, ibu pula berbual santai dengan jiran jiran, dan anak anak dibiarkan asyik bermain game dan menonton tv...apakah itu dinamakan kualiti masa bersama?? tidak sekali-kali. tambah pulak makan pun tak bersama, solat juga sendiri sendiri, bila masa pula nak bersua muka, bercakap hati ke hati, bergurau senda dan bergelak tawa bersama?? sudahnya hubungan kekeluargaan menjadi hambar. anak anak jauh dari kasih sayang ibu dan bapa, lalu mencari keseronokan di luar bersama kawan kawan atau mencari hiburan di dunia maya yang sangat banyak negatifnya itu...

Kualiti masa itu apabila kita sebagai ibubapa semaksima mungkin menghabiskan masa yang ada bersama pasangan dan anak dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat di samping memperkukuh dan meningkatkan nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. ayah dan ibu perlu faham, bahawa anak anak sangat rindu dan perlukan perhatian, dan pelukan kasih sayang ibubapanya. hampir setiap hari ibu dan ayah sibuk dengan urusan kerja, mengapa tidak di hari hari tidak bekerja ibu dan ayah habiskan masa bersama anak anak yang sangat merindui kehadiran insan yang bergelar ibu dan ayah. dengarkan cerita dan celoteh si anak, peluk dan belai bersama kelembutan dan kasih sayang, mengambil tahu pencapaian pelajarannya dan memberi pujian dan ganjaran sewajarnya, bercerita dan berlawak jenaka bersama mereka, bawa mereka keluar bercuti dan beriadhah, makan dan solat berjemaah bersama, dan banyak lagi yang masing masing boleh fikirkan bersama. seronokkan?? lagi baik, waktu bersama sama itu kita kukuhkan nilai rohani anak anak dengan mengingatkan mereka kepada Allah, memerhatikan solat dan bacaan al quran mereka, dan menerapkan akhlak dan nilai murni dalam jiwa mereka. insya Allah...

kualiti masa bersama akan membuatkan ikat kasih sayang sesama ahli keluarga menjadi bertambah erat, anak anak terasa disayangi, mereka juga dengan senang hati melepaskan kita untuk menyambung kerja, dan yakin akan dapat menikmati kegembiraan lagi bersama ibu dan ayah tercinta. insya Allah anak juga tidak berasa kesunyian dan tidak akan terfikir untuk mencari keseronokan di luar.

Alhamdulillah, suamiku sebaik mungkin menghabiskan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti bersama sama. Sedaya mungkin dia cuba untuk menggembirakan hati setiap ahli keluarganya. bermain dan bergurau senda dengan anak anak, keluar jogging dan riadah bersama, bawa ke taman permainan, bawa bercuti, shopping sama sama, tolong masak dan kemas rumah juga...Alhamdulillah :):):)

untuk itu, sama samalah kita renung sejenak, apakah selama ini kita telah memberikan kualiti masa yang terbaik buat keluarg kita terutamanya anak anak. perhatikan bagaimanakah hubungan kita dengan setiap ahli keluarga, apakah rutin kita di saat kita di rumah, apakah nilai kasih sayang sesama ahli keluarga semakin bertambah atau semakin hambar?? tanya sajalah pada diri..pasti kita punya jawapannya..

ayuh, berikan masa yang berkualiti pada keluarga, semoga ikatan kasih sayang bertambah erat dan kukuh, dan hidup kita akan penuh dengan nilai kasih dan sayang..anak anak juga membesar dengan dipenuhi nilai positif...insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment