Wednesday 11 March 2015 By: Naemah

SURI RUMAH VS IBU BERKERJAYA

Merujuk tajuk di atas, izinkan aku memperkenalkan diriku sebagai seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata, serta merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Sebaik menamatkan pengajian dulu, aku terus berumahtangga sebelum sempat melangkah ke dunia pekerjaan. Selepas berkahwin dan seterusnya mempunyai anak, dunia kerjaya terus aku lupakan dengan kerelaan sendiri, meskipun suami memberi pilihan. Alhamdulillah, hari ini sudah 4tahun menjadi suri rumahtangga, menguruskan suami dan anak-anak..

Namun begitu, tulisan ini bukan untuk membandingkan kumpulan mana yang lebih baik..suri rumah atau ibu berkerjaya..sudah pasti keduanya punya kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri... ada yang menjadi suri rumah atas kerelaannya sendiri, namun tak kurang juga yang terpaksa. mungkin atas permintaan suami, atau ketiadaan peluang kerjaya untuknya... begitu juga seorang ibu yang berkerjaya, mereka mungkin bekerja dengan kerelaan dan kelayakannya, dan ada juga yang terpaksa bekerja di atas faktor-faktor yang tertentu...

Jika anda seorang suri rumahtangga. pernahkah anda bertanya pada diri, apakah anda bahagia dan gembira memegang title 'suri rumah' atau sebaliknya.. Alhamdulillah buat mereka yang secara rela menyerahkan diri untuk berbakti di dalam rumahtangga demi kebahagiaan dan kesejahteraan suami dan anak2... pasti syurga buat anda yang ikhlas berbakti kerana sesungguhnya ia bukan kerja yang mudah kan. lebih2 lagi kepada mereka yang belajar tinggi hingga ke universiti hingga mendapat ijazah, master dan sehinggalah phd .. jika anda dapat melupakan kerja yang hebat dan gaji yang lumayan di luar sana semata2 untuk suami dan anak2, berbahagialah, kerana keredhaan Allah pasti bersama anda...



ya..aku pernah mendengar luahan isteri yang kecewa kerana terpaksa berhenti  atas permintaan suami, yang merasa rendah diri apabila melihat kawan2 seangkatan berkerjaya sedang dirinya hanya di rumah, tak kurang yang merasa berdosa dan bersalah pada ibubapa yang banyak berhabis membiayai pengajiannya sedang dia akhirnya hanya terperuk di rumah melayan suami dan anak2 tanpa dapat memberi apa apa balasan dan bayaran buat orang tua...

Usahlah menyimpan rasa begitu dan begini, kerana dirimu seorang suri rumahtangga...redhalah kerana ia satu 'pekerjaan' yang mulia, dan diri dan kehormatanmu insya Allah terpelihara. tidak bahagiakah menjaga makan pakai suami, atau kamu lebih senang jika orang lain yang bersusah payah untuk suami tercinta. suami juga pasti bahagia jika segala tentang dirinya, adalah isteri sendiri yang menguruskannya, dan isteri sendiri yang menjaga anak-anaknya. Aku percaya, setiap suami pasti mengharapkan isteri mereka sendiri yang menguruskan dirinya dan anak-anak. Pasti bahagia ada isteri yang menjaga makan pakai, dan mendidik anak-anak di rumah. Sekurang-kurangnya hati suami lebih tenang di tempat kerja, kerana anak-anak bersama insan yang paling dipercayai..



Dengan kenyataan di atas, bukanlah aku ingin nyatakan seorang suri rumah itu lebih mulia dari anda yang bekerja. Sekiranya kerja anda atas dasar keperluan, di samping urusan rumahtangga anda tetap menjadi keutamaan, aku tetap tabik dan respek..kerana anda adalah superwoman sebenarnya. aku juga tahu, banyak faktor yang membawa seorang wanita itu kepada dunia pekerjaan. Di zaman ekonomi yang semakin parah ini, tidak sedikit isteri yang terpaksa bekerja demi membantu meringankan beban suami. Barangkali juga, anda sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan yang sedang anda berada sekarang. Contohnya, seorang doktor wanita sangat diperlukan untuk merawat pesakit wanita. Maka kehadiran anda di dalam dunia pekerjaan tersebut, dapat membantu banyak wanita di luar sana. Atau mungkin di atas faktor-faktor lain yang mendesak.

Pun begitu, aku hanya ingin berpesan pada setiap kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu agar tetap mengutamakan rumahtangga walau di mana duduknya anda. Aku tahu, bukan semua ibu yang tidak bekerja dapat mendidik dan memberi sepenuh perhatian pada anak-anak, dan bukan sedikit ibu yang bekerja yang berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang cemerlang dan berguna... kerana bekerja dan tidak bekerja bukanlah isunya.. tetapi bagaimana anda menjadikan masa bersama keluarga itu berkualiti. Kalau 24jam di rumah tapi tangan tak lekang handphone pun tak guna juga, sehingga anak-anak dibiar kan main bersendiri.. sama-sama fikirkan. 

mudah-mudahan, diriku dan mereka yang tidak bekerja dapat menjadi isteri yang dapat berbakti sepenuhnya untuk keluarga dengan seikhlas hati tanpa rasa bosan. Dan ibu yang bekerja juga, pastikan anda telah membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga, bukan hanya untuk memenuhi keinginan sendiri. Ingatlah tempat kita di sisi suami dan anak-anak. merekalah yang paling perlu kita utamakan dalam hidup kita. jadikan kebahagiaan mereka sebagai keutamaan kita. insyaAllah..    

0 comments:

Post a Comment