Pada 12/2/2022 (Sabtu) kami sekeluarga ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah untuk tujuan berkelah dan of course lah, nak hiburkan hati anak-anak.
Kami asalnya tak plan pun nak datang sini, semuanya kerana atas ajakan jiran (group jiran sempoi). Pada mulanya dalam 5 keluarga juga katanya nak join, lepas tu suami cakap 10 keluarga, wah ramainya. Last-last, 3 kelurga saja yang confirm (keluarga kami, keluarga Shah dan keluarga Abu). Hmm.. tapi ok jugalah. Itu pun sudah meriah. Kami dengan 4 anak, Shah dengan 2 anak, dan Abu dengan 5 anak. Lengkap satu family masing-masing.
Kami membahagikan makanan yang nak dibawa ke sana. Keluarga Shah bawa nasi lemak dan sandwich, keluarga Abu bawa laksa, dan keluarga kami bawa minuman (air mineral, air kota milo, kopi dan aiskrim). Alhamdulillah, meriah dah dengan makanan.
Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi, dan yang pertama sampai di sana (perjalanan lebih kurang 45 minit sahaja). Ini kali pertama kami ke sini. Akhirnya kami memilih tempat yang agak strategik untuk keluarga kami berkelah (siap pasang kanopi, meja dan tikar). Di samping makanan yang sedia ada, kami juga goreng ayam dan sosej di sini. Alhamdulillah, anak-anak makan dan main sepuasnya.
Boleh dikatakan di sini tempatnya agak cantik dan terjaga. Banyak keluarga yang datang berkelah, tapi tidaklah sehingga sesak kerana kawasan di sini agak luas. Air sungai juga jernih dan sesuai untuk mandi dan main air sepuasnya. Di samping sungai, ada juga satu kawasan khas yang disediakan untuk anak-anak bermain air (ada kolam khas dan slide). Tandas di sini juga bersih (perlu bayar untuk masuk).
Kami berada di sini selama lebih kurang 5 jam (8 pagi hingga 1 tengahari). Anak-anak pun sudah bermain dengan sepuasnya. Berganda keseronokan bila ada teman bermain yang lain. Makanan juga hampir nak habis dah, selebihnya dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Alhamdulillah atas nikmat kelapangan dan keseronokan yang kita dapat hari ini. Di samping berseronok, dapat bersilaturrahim juga (walaupun tak ramai yang join). Tenang dapat mendekati alam semulajadi, hutan dan sungai. Perut juga kenyang menikmati juadah yang ada. Alhamdulillah.
Sampai di rumah dah pukul 2 petang. Ummi, abi dan Suri tidur kepenatan. Anas, Mussaab dan Miqdad cergas macam biasa, sambung main game di rumah pula.
Insya Allah, ada rezeki lagi boleh kita berpiknik di sana lagi.
Terkini: salah seorang yang menyertai perkelahan ini positif covid. Kami hanya ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan tidak keluar rumah tanpa keperluan. Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan semoga Allah jauhkan kami dari dijangkiti.
Ameen
Foto kenang-kenangan;
0 comments:
Post a Comment