Saturday 19 February 2022 By: Naemah

SURI LILYANA: 2 TAHUN SETENGAH




(15/8/2019-15/2/2022)


Alhamdulillah genap usia Suri 2 tahun setengah. Baru ummi berkesempatan untuk menulis tentang Suri yang dah semakin besar dan cerdik.


Sambungan dari entri lepas (ketika usia Suri genap 2 tahun). 6 bulan dah berlalu, sudah tentunya Suri yang kini lebih besar dan bijak pandai berbanding Suri yang dulu. Alhamdulillah perkembangan Suri positif saja.


Selepas usia 2 tahun, Suri tak ada lagi temujanji susulan di klinik. Cuma setiap 6  bulan Suri perlu diberikan ubat cacing (termasuk abang-abang Suri juga). Alhamdulillah semua dah makan ubat cacing bulan ni. Yang seterusnya ialah pada 6 bulan yang akan datang.


Bab bercakap, Alhamdulillah Suri memang  banyak ‘bunyi’. Masih banyak pelatnya, tapi selalunya difahami. Sudah boleh buat ayat panjang-panjang, walaupun tunggang terbalik lagi ayatnya. 


Paling ketara, semua benda dia nak buat sendiri. Paling cepat berdikari. Pilih baju sendiri, dah boleh pakai baju dan seluar sendiri (walaupun pakai terbalik, tak bagi dah orang tukar). Makan pun selalunya sendiri, tak nak ummi suapkan. 


Pada usia 2 tahun setengah ni, Suri masih pakai pampers dan masih menyusu badan (time nak tidur). Niatnya ummi nak try potty train dan cerai susu untuk Suri start bulan ni. Tapi entahlah.. belum diberi kekuatan untuk buat sedemikian. Ikut saja rentak dan kemahuan Suri. Suri masih yang paling kecil dan bongsu setakat ni.


Alhamdulillah setiap hari hidup Suri meriah dengan suara riuh rendah abang-abang. Sunyi hanya seketika, time semua pergi sekolah. 


Syukur Suri dikelilingi abang-abang, taklah Suri kesunyian. Banyak yang Suri belajar dari abang-abang Suri. Melasak pun ikut style abang-abang. Memang tak duduk diam. 


Alhamdulillah setiap hari Suri belajar sesuatu yang baru. Seronok main dan beraktiviti, sesekali balik kampung dan keluar jalan-jalan (sejak dah boleh rentas negeri ni). Suri dah kenal mek dan nenek, rapat dengan cik, ingat mak su, dan semua yang baik dengan Suri kat kampung. 


Ummi juga bersyukur Allah kurniakan Suri kesihatan dan kecerdikan. Tak ada sakit-sakit, jarang sekali demam atau tak sihat. Alhamdulillah. 


Suri yang ummi cintai, moga sentiasa dalam rahmat Allah dan kasihNya. Suri puteri satu-satunya ummi dan abi, hadirmu menambahkan seri hidup kita sekeluarga. Moga membesar dalam kasih sayang Allah dan keluarga. Ummi dan abi akan jaga, didik dan lindung Suri sebaiknya. Insya Allah.


Allah ada sentiasa untukmu. Jaga dirimu, jaga maruah dan peribadimu. Suri ummi yang cantik, cerdik dan solehah, ummi doakan hidupmu dilimpahi rezeki, kemuliaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Sayangi dan hormati juga abang-abangmu, yang juga menyayangimu.


Ummi sayang semua.



Suri with brothers 

0 comments:

Post a Comment