Monday 2 January 2017 By: Naemah

020117: GENIUS AULAD-BAYOU LAGOON PARK RESORT



Alhamdulillah, sudah berada di tahun baru 2017. Januari ini, genap usia Anas 5 tahun dan genap usia Mussaab 3 tahun. Sebagaimana yang dirancang, hari ini kami satu family ke Genius Aulad yang berdekatan dengan rumah untuk daftar sekolah Anas. First time nak hantar anak sekolah, segala macam rasa ada. Hopefully, ini pilihan dan keputusan yang terbaik untuk Anas. 

Kami mendaftar Anas untuk sessi petang (half day), jam 1.30-4.30 kerana sessi pagi sudah penuh.

Persekolahan Anas akan bermula pada 5/1/17. 

Oleh kerana masih belum masuk sekolah dan abi juga masih bercuti panjang, hari ini abi bawa Anas, Mussaab dan Miqdad bercuti di Melaka. Bayou Lagoon Park Resort menjadi destinasi kami. Suatu masa dulu pernah hadiri majlis berbuka puasa anjuran ofis suamiku di sini (2014), dan pernah juga sekali menginap di sini (2015). Kini datang lagi untuk kali ketiga :)

Check in hotel jam 3 petang, mandi dalam bilik (jakuzi), kemudian jam 5 petang turun main di water park pula. Memang seronok main air keduanya :) Miqdad hanya lepak di bilik bersama ummi.

Jam 7 malam, makan di kedai makan yang berdekatan hotel. Mussaab tak sempat sampai kedai dah tertidur dalam kereta. Malam ni langsung tak makan. Malam ini tidur awal semuanya dek kepenatan travel dan main air. Esok dah nak balik Semenyih. Semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah atas kehidupan dan urusan hari ini yang telah dipermudahkan.



0 comments:

Post a Comment