Sunday, 8 January 2017 By: Naemah

SEMOGA ALLAH MENGASIHIMU

Aku melihat garis kerutan di dahimu. Aku perhatikan  saat kamu mengelamun dan termenung panjang. Aku akur, saat kamu hanya mahu ada dalam duniamu sendiri. 

Namun, apa yang sedang kamu fikirkan sayang? Apa yang sedang kamu risaukan sayang? Aku kasihan andai beban hidup ini membunuh ketenangan hatimu. 

Sayang, maafkan aku andai aku adalah sebahagian dari bebanan itu. Aku mohon Allah tunjukkan jalan buatmu dalam menempuh segala kekusutan. 

Aku tahu, bukan semua perkara yang sudi dikongsikan bersama. Mungkin padamu, biar kamu telan semuanya sendiri. Biar Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hatimu.

Aku juga tahu, aku tidak boleh memaksamu untuk ceritakan segala. Aku hiba memikirkan barangkali kamu sedang sendirian menempuh kesukaran. Maafkan aku tak mampu membantu apa-apa.

Sayang, aku doakan dirimu sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan olehNya. Jaga dirimu baik-baik sayang. Kamu perlu 'sihat' untuk keluarga kita. Sayanglah pemimpin, sayanglah pelindung. Sayang tempat pergantungan, selepas Allah.

Semoga Allah sentiasa kasih padamu sayang. I love u very much.



0 comments:

Post a Comment