Aku seorang suri rumahtangga. Gelanggangku setiap hari adalah di rumah.
Sebolehnya aku ingin menjadi seorang yang cekap di dapur, tangkas di luar, kemas dan teliti menyusun atur dan mengemas rumah, superb menguruskan anak-anak, first class melayan suami.
Tapi sehingga hari ini itu semua masih sebagai impian. Aku masih tak termampu. Aku sedar dan akui aku bukan sehebat itu. Meski duniaku hanyalah rumahtangga ini.
Aku bermula dengan tidak tahu apa-apa. Memasak, mengemas, mengurus budak-budak, memahami seorang yang bernama lelaki, dan sebagainya. Aku bermula dengan tidak pandai.
Hari ini, selepas 6 tahun sebagai isteri, aku bersyukur aku bukan kekal dengan tidak pandai. Masa mengubah segalanya. Dari yang tak tahu apa-apa, menjadi lebih baik, meskipun tak sempurna.
Namun syukurku hanya pada Dia, Tuhan yang satu. Terima kasihku juga buat dia yang bernama suami. 6 tahun aku hidup bersamanya. Dia yang melihat kekurangan demi kekuranganku. Dia yang bersabar atas kekurangan dan ketidakmampuan aku dalam menguruskan hal rumahtangga, hal dirinya dan anak-anak. Dia mampu bersabar, dia berusaha memberi tunjuk ajar, dan dia tak pernah rasa fed up!!! Walau aku tak pernah sempurna. Walau hari ini aku masih tak mampu.
Aku menyimpan azam untuk memberi yang lebih baik untuk rumahtanggaku. Aku tahu ia bukan mudah seperti yang disangka. Berjuang di alam rumahtangga ini juga sesuatu yang perlu sentiasa diusahakan dan istiqomah. Ada saja ujiannya, ada saja cabarannya.
Ya Allah, semoga aku mampu :')
0 comments:
Post a Comment