Saturday 14 October 2023 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ILHAM MIQDAD



13-10-2023

Genap sudah usia Miqdad 7 tahun.

Miqdad yang kini  berada di sekolah rendah, bukan lagi seorang pelajar tadika. Miqdad yang sudah serasi dengan sekolah baru dan bersama kawan-kawan baru.  Tahun ni juga, Miqdad dah belajar di sekolah yang sama dengan Anas (tahun 5) di SRAI Pekan Beranang.


Alhamdulillah Allah kurniakan Miqdad kesihatan yang baik. Sakit demam biasa, jatuh luka yang bisa sembuh, untuk beberapa tahun kebelakangan ini (tak dilupakan kisah cemas yang lalu). Untuk keseluruhan hidup Miqdad ini, syukur pada Allah kerana banyak hal yang baik yang Allah kurniakan buat Miqdad dan keluarga kita.


Masuk bulan Oktober, Miqdad dah terlebih excited sebab tahu bulan ni birthday dia. Hampir setiap hari ingatkan ummi, sampai pening dibuatnya. Request macam-macam, ikut apa yang terlintas di kepala. 


Sampai harinya (Jumaat), semua tak bersekolah hari ni kecuali Suri. Anas dan Miqdad dicutikan kerana PSRA sedang berjalan di sekolah, manakala Mussaab sakit kaki tak dapat berjalan dengan baik. Pagi hari spend masa bertiga saja. Tak ada apa-apa yang berlaku kecuali ucapan hari lahir dan juga ambil gambar macam biasa :)


Tengahari, abi bawa gunting rambut dan ambik Suri di sekolah. Lepas tu abi bawa ke kedai ambik kek dan beli kfc (hidangan istimewa tengahari ini sempena hari lahir Miqdad). Seronok tak terkatanya dia. Dapat juga kek yang dia request dari abi iaitu kek Mechamato. Tengahari ini, menikmati hidangan istimewa bersama-sama. Alhamdulillah syukur padaNya. Masih Allah rezekikan semua ini buat kita menikmati bersama-sama.


Dan hari pun berlalu seperti kebiasaanya. Solat Jumaat, main sama-sama adik beradik, bergaduh berbaik hal biasa, namun semoga ikatan kasih sayang akan terus mekar dan tak luntur. Seminggu ini, menjalani kehidupan lengkap satu keluarga, sebab abi pun dah balik. Alhamdulillah.


Selamat hari lahir Miqdad, ummi tahu Miqdad seronok sangat diraikan. Semoga Miqdad juga belajar untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Masih Allah kurniakan usia, masih menjalani kehidupan kanak-kanak yang riang dan tanpa bebanan masalah, masih ada ummi abi dan adik beradik yang menyayangi, masih dicukupkan rezeki, masih bebas ke sana sini, masih tenang dan lapang kehidupan di sini. Bersyukurlah anakku, kerana tak semua anak-anak seperti Miqdad dapat menikmatinya.


Doa ummi akan sentiasa untuk Miqdad dan semua anak yang ummi sayangi. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama Miqdad. Semoga Miqdad menjadi hamba Allah yang soleh dan taat kepadaNya. Semoga sihat sentiasa, dan dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang dan bahagia.


Semoga cemerlang dan bahagia Miqdad dunia dan akhirat.  


Ummi sayang Miqdad.





Miqdad 7 years old

 

0 comments:

Post a Comment