Dah 5 tahun setengah usia pernikahan kami. Mula berkenalan dan bercinta sebaik sah bergelar suami isteri. Faham fahamlah perasaan bahagia and sweet tu macamana ;)
Tapi tak sampai sebulan lepas tu suami terpaksa kembali ke medan kerjanya. Dia orang kapal, kerjanya belayar di lautan hingga berbulan bulan. Tahukah bagaimana rasa resah untuk berpisah dengan kekasih hati? Setiap masa memujuk hati yang berduka kerana bakal ditinggal kekasih.
Perpisahan sudah pasti mengundang rindu berpanjangan. Hanya emel pengganti diri. Nak call,sms, semua tak boleh bila dia di laut. Seminggu sekali, terubat rindu mendengar suara sang kekasih yang berlabuh di pelabuhan. Rindu...Allah saja yang tahu :')
Tapi itu cerita lama. Suami nekad meninggalkan kerjayanya itu demi untuk dekat dengan anak dan isteri. Alhamdulillah pasangan kekasih akhirnya dapat hidup berdua, berbahagia bersama selepas itu. Dikurniakan zuriat menambahkan lagi seri hidup :)
Namun hari ini, episod perpisahan berulang lagi. Dah lama tak merasakan perpisahan yang begini lama, seumpama ini. Berjauhan dengan kekasih hati, malah tanpa khabar berita, hati kembali rindu dan gundah. Sekali lagi, hanya Allah yang mengerti kerinduan ini.
Begini ujian buat insan yang sedang bercinta. Sakit rindu menjadi indah kerana dia insan yang halal dan layak dirindui. Ya, rindu kekasih yang sudah terikat melalui jalan pernikahan yang insya Allah, diredhai dan diberkati.
Sedang cinta kekasih buat kekasih yang belum halal buatnya, hanya sekadar mengundang rasa sakit dan resah di hati yang berpanjangan.
Beginilah cinta.. cinta menghadirkan rindu di kala dua kekasih berjauhan. Namun cinta dan rindu hanya akan memberikan kemanisan pada cinta yang halal dan diikat dengan tali pernikahan.
Tak siapa berdosa andai jatuh cinta, tak siapa salah andai hati merindu. Namun cinta yang belum diikat tetap perlu dikawal dengan Iman dan hati yang takutkan dosa.
Ujian rindu ini... semoga Allah tetap mengganjarinya dengan sebuah kebaikan :')
0 comments:
Post a Comment