Wednesday 13 July 2016 By: Naemah

ANAS MULA MENULIS

JUNE 2016
(Anas Zaydan: 4 tahun 5 bulan)

Anas sudah mula menunjukkan minat untuk menulis. Jika sebelum ini dia lebih fokus pada lukisan, kini perhatiannya beralih pada tulisan pula. Dah start menulis ABC, 123, dan alif ba ta. Dah pandai menulis nama sendiri, menulis ummi, abi dan adik juga. Juga ada keinginan untuk mengeja sesuatu perkataan dan membina ayat dengan pertolongan ummi/abi.

Sememangnya sebagai ibu, aku punya impian untuk melihat anak anak pandai menulis, membaca, mengira, mengaji, dan pandai segalanya. Tetapi semua itu tetap perlukan masa dan ruang. Mengikut rentak si anak, dan terus memberi kebebasan kepadanya, bukan dengan memaksa atau memberi tekanan kepadanya. Kerana kita tahu, masa kecil mereka adalah masa untuk mereka bermain sepuasnya tanpa diberi tekanan pada mereka, semata mata untuk memenuhi impian kita sebagai ibu/bapa. YA, itu jugalah yang sering aku ingatkan pada diri. 

Kuncinya, biarlah anak anak belajar kerana mereka seronok belajar, dan bukan kerana dipaksa ummi atau abi untuk belajar dan pandai itu dan ini. 

Antara langkah awal untuk menghadirkan minat untuk Anas (juga Mussaab) menulis ialah dengan menampal kertas mahjong di dinding rumah setiap hari, dan menyediakan alat tulis untuk mereka senang mencapainya. Nak bagi dia minat melukis pun, begini juga caranya. Bukan sekadar membiarkan mereka menconteng dan mencoret sesuka hati, sesekali bantu mereka menulis di kertas tersebut. Pegang tangan mereka, dan tulislah (atau lukislah) bersama mereka. Dah penuh kertas tu, buang dan gantikan dengan yang baru pula :)

Tapi itu cerita setahun yang lalulah :) sejak berpindah rumah ni terlupa pula nak belikan kertas mahjong. Dah ganti dengan whiteboard dan blackboard. Sama juga fungsinya, tapi rasanya kertas mahjong lebih menyeronokkan untuk mereka. 

Selain itu, antara usaha untuk menggalakkan anak menulis iah dengan sentiasa menyediakan kertas/ buku serta pen/pensel untuk mereka, dan rajin rajin menawarkan atau menghulurkan peralatan tersebut kepada mereka bila mereka dah puas bermain. Mula mula mereka tak tahu nak buat apa, tapi lama kelamaan, akan adalah hasilnya. yes, perlukan masa juga. Yang penting kita jangan putus asa, jangan juga memaksa. 

Kini, agak berpuas hati bila banyak buku aktiviti (yang memerlukan anak menulis) yang dulu perlukan pertolongan ummi untuk menulis jawapannya, kini Anas mampu tulis sendiri. Daripada tulisan yang kurang cantik, dah semakin cantik. Malah, semakin tekun pula Anas dengan pen/pensel dan buku aktivitinya. 

Namun yang pasti, Anas masih diperingkat permulaan dan Insya Allah akan terus belajar, meskipun perlukan masa. Anas boleh menulis, tapi ada sesetengah huruf/nombor yang Anas tak boleh nak imagine sendiri ketika menulis dan perlukan contoh untuk ditiru. Begitu juga untuk menulis huruf alphabet (ABC), Anas hanya mahir menulis huruf besar (UPPERCASE), dan masih belum mahir menulis huruf kecil (lowercase). 

Lagi satu, bila dah pandai menulis Anas akan menulis di mana saja yang dia suka. Di pintu, dinding, almari, dan sebagainya (tanpa pengetahuan ummi dan abi). Mussaab juga tumpang sekaki membuat corak corak yang digemari *_* sabar jelah... meski berulangkali dipesan untuk menulis di kertas atau buku shaja, masih lagi menulis di merata tempat. Ok, ummi dan abi tak marah, cuma akan terus ingatkan Anas. Mungkin lebih seronok menulis di tempat tempat begitu kerana boleh menulis dengan gaya tersendiri, dan mengikut saiz yang disukai :D

Begitulah kisah 'Anas mula menulis'. Tak lain, hanya berkongsi pengalaman dan cerita, semoga ada manfaatnya. Tetap anak anak kita tak sama dan pasti berbeza. Mussaab masih belum menunjukkan minat pada pena dan kertas. Tapi jika dihulurkan, akan menconteng di sana sini termasuk pada badannya :D Mussaab mungkin sedikit berbeza dengan Anas, tapi Mussaab juga pasti ada pencapaiannya tersendiri. Anak anak tak sama kan, raikan minat dan cara masing masing. Insya Allah :D




 Antara hasil tulisan Anas :)













0 comments:

Post a Comment