Hari ini Anas dan Mussaab berada di rumah mek. Hari ini juga abi kembali ke Semenyih dengan menaiki bas, sekali lagi tinggalkan Anas dan Mussaab di kampung. Esok abi akan terbang ke Bintulu dan Insya Allah akan kembali selepas seminggu.
Abi turun dari rumah jam 7.45 pagi. Mussaab sempat bangun dan bersalam dengan abi. Anas pula masih lena tidur. Tak lupa abi kucup Anas seperti kebiasaan, sebelum meninggalkan anak anak. Lepas abi pergi, Mussaab sambung tidur semula. Anas pula bangun selepas itu.
Anas bermain sendirian, sementara Mussaab masih tidur. Ummi mandikan Anas, kemudian Mussaab pula bangun. Mandikan Mussaab pula. Anas minta hp ummi untuk baca buku di aplikasi 'read me'.
Jam 9 pagi, ummi suapkan Anas makan nasi dagang dan goreng nugget. Mussaab hanya makan nugget, tak nak nasi. Lepas makan, keluar main di luar rumah. Ummi jemur kain. Anas minta nak panjat pokok rambutan mek. Mussaab juga turut serta. Ummi memerhati sambil jemur kain.
Lepas jemur kain ummi bersihkan kereta abi yang penuh dengan sampah. Anas bermain dengan permainan kereta sementara Mussaab berjalan ke sana sini. Lepas tu Anas turun ke halaman rumah dan siram pokok dalam pasu mek. Lepas tu naik ke rumah, dan minta ummi ambilkan permainan blok. Anas dan Mussaab leka sekejap bermain. Sambil main, sambil bergaduh juga. Hai anak. Banyak kali ummi cuba leraikan. Sempat juga berwhatsapp dengan abi yang masih dalam perjalanan. Semoga Allah lindungi abi dan permudahkan urusan abi.
Kemudian main ipad pula. Berebut juga sekejap. Akhirnya Anas ambil hp ummi dan biarkan Mussaab dengan ipad. Dah bosan dengan gadjet, Anas minta nak buat aktiviti. Ummi pun tak tahu nak buat aktiviti apa. Rasa dah tak bertenaga lepas buat kerja tadi. Maklumlah kandungan ummi pun dah masuk 7 bulan. Pergerakan dah makin terbatas.
Anas mengambil pensel warna dan kertas. Anas dan Mussaab mula melukis dan menconteng. Mainan blok tadi dah bertaburan, kini pensel warna pula. Ummi kemas sekadar yang ummi larat. Anas juga kemas lepas diminta ummi. Lepas tu Anas ke dapur, minta keropok dengan mek. Tinggal Mussaab yang masih setia dengan pensel dan kertas.
Pukul 11 pagi. Mata ummi dah terasa berat mengantuk. Ummi bawa keluar buku buku Anas dan Mussaab. Mula mula Anas baca ayat perkata surah 'abasa. Lepas tu color gambar dan buat buku hidden things. Mussaab masih bersama color dan menconteng di sana sini hingga ke badan dan mukanya.
Lepas tu Anas minta nak mandi. Mussaab juga join sekali. Agak lama bermain di bilik air, ummi tak terdaya nak tarik keluar. Hinggalah cik datang dalam pukul 12, masing masing berlari keluar bila terdengar motor cik. Cik tolong lapkan badan Anas dan Mussaab, dan pakaikan pampers Mussaab.
Anas dan Mussaab kemudian ke dapur sertai ummi dan cik yang tengah makan. Anas dan Mussaab tak nak makan nasi. Mussaab makan bubur jagung, Anas makan roti nutella. Lepas tu Mussaab makan mangga cicah kicap pula. Masam pun selamba je telan. Banyak pulak tu makan. Anas tak berminat pada asam.Lepas makan roti Anas main basikal.
Azan zohor, cik balik ke rumahnya. Anas, Mussaab dan ummi masuk ke bilik. Ummi mandi dan solat Zohor. Anas dan Mussaab main hp dan ipad lagi. Ummi ajak Mussaab tidur, tapi Mussaab cakap tak nak tidur dengan ummi, nak tidur dengan abi. Hai.. sayu pulak hati ummi. Maklumlah, sepanjang abi ada, abilah yang menjadi teman tidur Mussaab :') Ummi yang mengantuk tertidur dulu, dan terjaga jam 3 petang. Anas dan Mussaab juga sedang lena tidur di kiri dan kanan ummi. Dapat masej abi yang dihantar jam 2.40 tadi. Abi dah sampai Merapoh. Semoga lancar perjalanan abi :)
Dua kali Mussaab menangis ketika tidur. Entah mengigau apa. Setelah hampir masuk waktu asar, Anas dan Mussaab bangun dari tidur. Cuaca gelap seperti nak hujan. Ummi segera angkat kain sebelum menunaikan solat asar. Anas memerhati awan hitam di langit dan describe pada ummi keadaan awan :) Mussaab mencapai ipad dan masih berbaring. Ummi solat asar, sementara Anas masih di luar rumah.
Lepas solat ummi baca al quran, Anas juga baca surah 'abasa. Mussaab masih dengan ipad. Lepas tu ummi bacakan buku umizoomi untuk Anas dan Mussaab. Kemudian keluar bilik dan kemas mainan, pensel warna dan buku yang bertaburan di lantai. Anas dan Mussaab tolong ummi kemas. Tapi lepas tu Anas menghilang, tinggal Mussaab selesaikan kerja mengemas bersama ummi. Anas kat dapur membodek mek untuk makan keropok.
Jam 6 petang, ummi suapkan nasi lauk gulai ayam. Lepas tu makan nugget pula. Lepas makan, Anas mengambil al quran dan baca dengan mek. Mussaab bermain barang dalam kedai mek. Kemudian ipad pula jadi pilihan Anas, dan Mussaab masih bebas bermain di kedai mek. Ummi whatsapp abi. Alhamdulillah abi dah sampai kl. Sangat lama perjalanan abi hari ini. Kesian abi. Semoga dipermudahkan segala urusan abi.
Jam 7 petang, ummi bersihkan bilik air, mandi dan bersiap untuk solat maghrib. Anas cuba buka laptop sendiri. Mussaab main barang di atas meja. Dibuang ke lantai, bersepah lagi. Anas pula sibuk minta ummi sambungkan charger laptop yang kehabisan bateri. Azan maghrib berkumandang. Ummi ajak Anas dan Mussaab solat dulu. Anas ikut ummi solat. Lepas solat ummi buka video Tayo yang Anas minta. Anas dan Mussaab menonton bersama.
Selesai menonton Anas ambil hp ummi dan buka buku 'read me' lagi. Baca bersama Mussaab. Lepas tu mewarna gambar pula. Mussaab juga join Sekali. Abi call untuk bercakap dengan Anas dan Mussaab. Alhamdulillah abi sudah sampai di rumah, Semenyih. Esok akan ke Bintulu atas urusan kerja selama seminggu. Masih lama penantian Anas dan Mussaab. Tapi tak mengapalah, Insya Allah abi akan pulang.
Berbagai aktiviti dilakukan sementara menunggu masa untuk tidur. Dari mewarna, berbasikal, bercerita, dll. Hujan tiba tiba turun dengan lebat. Anas dan Mussaab keluar ke beranda dan melihat hujan yang turun. Anas seperti biasa, memerhati langit dan menceritakan keadaan langit pada ummi. Kata Anas, malam ni tiada bintang di langit disebabkan oleh awan yang banyak memenuhi ruang langit. Malam ini juga tidak nampak bulan, sebab angin kuat tiup bulan...ehhh..yeke?? *_*
Jam 10 malam, ummi siapkan tempat tidur dan tutup lampu meskipun Anas dan Mussaab masih belum mengantuk. Ummi dah mengantuk, dan tak mahu biarkan Anas dan Mussaab tidur lewat sangat. Masing masing berbaring di tempat tidur. Masih ada suara yang bercakap, dan berguling kiri dan kanan. Mussaab sempat lagi minta nak minum air. Dalam kepayahan, ummi bangun juga ambilkan air untuk Mussaab. Hmm.. yelah.. memang ummi rasakan semakin terbatas pergerakan ummi sekarang. Baby dalam perut dah semakin membesar. Semoga sihat sihat sayang.. anak ummi yang seorang lagi ni :)
jam 10.30 malam, Mussaab terlena. Diikuti ummi dan Anas yang terakhir. Tak pastilah pukul berapa :)
Alhamdulillah... hari pertama tanpa abi telah berlalu. Tanpa abi, bermakna segala urusan Anas dan Mussaab terpikul di bahu ummi. Ummi perlu kuat, dan tak terlalu bergantung pada orang lain selagi ummi terdaya. Ummi akan cuba yang terbaik demi anak anak ummi. Maafkan ummi, yang sering dan selalu terkhilaf. Ummi juga seorang ibu yang sedang berusaha dan belajar dari kesilapan demi kesilapan. Semoga Anas, Mussaab dan baby yang bakal lahir menjadi anak ummi yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah. Ummi dan abi love u all...
0 comments:
Post a Comment