Tuesday 9 August 2016 By: Naemah

UPDATE HOMESCHOOLING: JULY 2016

Julai 2016

Anas Zaydan: 4 tahun 6 bulan

Abdullah Mussaab: 2 tahun 6 bulan



Sehingga pertengahan 2016 ini, tidak banyak update tentang homeschooling anak anak dapat ditulis di blog ini. Kalau tahun lepas hampir setiap bulan dapat mencatat tentang pencapaian Anas dan Mussaab, tahun ini tiada kesempatan untuk melakukannya (atas sebab dan alasan yang pernah dinyatakan)

Aktiviti homeschooling juga tak banyak dapat dilakukan sepanjang tahun ini. Apa taknya, selalu sangat travel jauh balik kampung. Di kampung, lain suasana, lain juga pelajaran yang dapat Anas dan Mussaab kutip. Namun kesimpulannya, setiap hari Anas dan Mussaab belajar sesuatu dalam hidup :)

Tahun ini banyak tekankan bab membaca pada Anas memandangkan dia kini cenderung ke arah itu. Pada Mussaab, tidak memberi apa apa tekanan. Dia belajar sambil bermain, menonton dan melalui pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulutnya.

Untuk homeschooling anak anak juga, tiada jadual khusus yang dibuat. Ia berjalan sendiri dan secara spontan saja. Ketika aku bersedia untuk fokus mengajar, dan anak anak bersedia untuk diajar :) begitu prosesnya :)



Mungkin di sini dapat dicatatkan sedikit pencapaian Anas dan Mussaab, sebagai tambahan dan sambungan entri yang lepas:  ANAS DAN MUSSAAB: SEPTEMBER UPDATE

Anas Zaydan
secara ringkasnya sudah boleh membaca (peringkat awal) dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu.

Anas boleh menulis dan suka menulis huruf dan nombor. Huruf alphabet dan hijaiyyah. Perlahan lahan cuba praktis menulis dan skill menulis juga semakin baik.

Anas masih minat melukis, dan lukisan berkisarkan minatnya. Vehicles, tracks, trees, clouds, houses, dll.

Pelajaran bahasa Arab Anas tergendala, tiada pelajaran baru, masih pada menghafal vocab, tidak lebih dari itu. 

Anas boleh berbahasa inggeris, yang diselangi bahasa melayu. Sebutan agak baik, banyak dipengaruhi video yang ditontonnya. 

Hafazan Anas masih berjalan, namun agak perlahan. Anas kini belajar membaca al Quran, ayat by ayat sambil menghafal. Bacaan baik, hafazan juga berjalan seiring. Mungkin surahnya lebih panjang, masa diambil juga lebih lama. 

Masih suka memerhati dan bertanya tentang subjek yang digemari seperti weather, 4 seasons, water cycles, planets, dll

Selain membuka buku untuk membaca, sudah mula berminat pada buku aktiviti yang memerlukan dia menulis, mewarna, melukis, mencari yang tersembunyi, dll



Abdullah Mussaab: 
Seperti abangnya Anas,  Mussaab ada pencapaian tersendiri. Tiada siapa yang lebih baik dari sesiapa, cuma mereka berbeza cara. Malah kerana pelbagai faktor, membimbing mereka kepada cara dan pencapaian yang berbeza.

Di samping pencapaian di update yang lepas, pencapaian Mussaab banyak kepada pertambahan vocab (english and malay), mengira (bila ditanya how many, dia mengira dan memberi jawapan), juga mencuba menyusun kata dan ayat yang lebih panjang dan lebih difahami (ayat penyata dan ayat tanya).

Anas dan Mussaab banyak belajar bersama. Dalam banyak bab, Mussaab banyak meniru Anas. Hingga kadangkala Mussaab dah sampai tahap yang advance dari sepatutnya, dan tertinggal pula bab yang lebih asas kerana tidak ditekankan dan jarang pula diulang. 



Apapun, semoga yang tertinggal dapat dikejar balik, yang terlebih pula, syukur Alhamdulillah. Anak anak ummi akan terus belajar dan belajar. Meski bukan dengan cara duduk bersimpuh dan menghadap kertas dan buku. Proses belajar itu panjang, dan caranya pula berbagai. Mana yang sesuai untuk Anas dan Mussaab, yang itulah ummi dan abu akan cuba terapkan. Insya Allah. 

sekian update terkini anak anak solehku, Anas dan Mussaab :)


0 comments:

Post a Comment