Julai 2016
Anas Zaydan, 4 tahun 6 bulan
Sebelum ini pernah update bab membaca dalam entri: Melatih Anak Membaca
Jika sebelum ini Anas belajar dan boleh membaca dalam bahasa inggeris, kini dia juga perlahan lahan sedang belajar membaca dalam bahasa melayu. Masih di peringkat permulaan, dan Alhamdulillah sudah boleh membaca perkataan ringkas (2 suku kata).
Sebelum ini rasa berpuas hati bila dia merangkak membaca perkataan english, tak nak tekankan sangat pun bab membaca. Dah pandai english, kira dah suka sangat dah :) lagipun takut dia confuse, jadi biarlah dia lancarkan bacaan english dia dulu.
Tapi tak sangka, dalam tak pernah memaksa dan tak tahu bagaimana nak mula, kini dia merangkak pula membaca perkataan bahasa melayu. Tengah ummi taip di blog, dia baca. Time ummi masej abi, dia cuba baca. Dan banyak perkataan yang dia baca tu betul. Ummi rasa teruja. Dalam masa yang sama, suka sangat sangat.
Apa yang buat Anas cepat tangkap, walaupun ummi tak pernah paksa Anas pandai membaca??
Pertama, ia hadir kerana rasa ingin tahu yang kuat dalam diri Anas. Bila ummi menaip atau menulis, Anas mesti nak tahu apa yang ummi taip/tulis. Anas perhati dan perhati dengan rasa ingin tahu.
Sebelum ini Anas sudah mengenal huruf dan sebutan (english). Cuma perlu sesuaikan sebutannya ke bahasa melayu, dan dieja dengan sebutan bahasa melayu. English dan melayu berbeza, tapi tak banyak beza sangat pun. Anas mencuba, ummi membantu. Betulkan sebutan a,e,i,o,u, dan uji dengan gabungan konsonan huruf yang lain. Trial and error. Lama kelamaan boleh baca. Kadang tersilap, tugas ummi perbetulkan.
Di samping itu, kemahuan Anas untuk pandai membaca hadir bila diterangkan mengapa Anas perlu pandai membaca, dan apa kebaikan bila Anas pandai membaca. Mungkin kerana itu, hadir motivasi buatnya untuk mencuba dan mencuba. Tetap ada masa dan ketikanya juga. Ada masa dia tekun membelek buku dan membaca, ada ketika dia tak nak sentuh pun buku :)
Tapi bahan dia belajar membaca bukan sekadar buku. Video juga boleh, kotak kotak mainan juga boleh, kertas kertas di di dinding dan segala signboard juga boleh :)
Kesimpulannya, kita boleh mendorong, namun jangan sampai memaksa. Kalau dia masih tak mahu biarkan saja. Masih panjang masa untuk mereka belajar. Selalunya dia akan cepat belajar bila dia sendiri yang berminat untuk belajar.Tak kira bab apa sekalipun, biarlah hadir dengan minatnya sendiri. Tapi kalau dia suka bermain, biarkan saja dia bermain. Kerana dengan bermain itu jugalah dia sedang belajar :)
Buku yang sudah lama dibeli. ketika Anas berumur 2 atau 3 tahun (lupa dah) Hari ni Anas dah boleh baca :) |
bacaan pada 1/8/16 bacaan baik |
0 comments:
Post a Comment