Thursday 18 August 2016 By: Naemah

MELAKA: DI SINI KENANGAN TERCIPTA

Suatu ketika dulu kami sekeluarga pernah menetap di Melaka (April 2012-Disember 2014). Lebih 2 tahun di sana. Dari Anas berumur 3 bulan hingga lahirnya Mussaab. Dari menyewa di Taman Bidara Palma (teres setingkat) kemudian berpindah ke Taman Bertam Setia (teres 2 tingkat). Suami ketika itu berkhidmat di Petonas Penapisan Sungai Udang. Segalanya menjadi kenangan. 

Bila dikenang kembali, suka juga berada di Melaka. Di sini aku dan suami memulakan hidup bersama selepas berumahtangga dan selepas mempunyai seorang anak. Hidup sendiri, jauh dari keluarga dan orang tua. 

Selepas tidak menetap lagi di Melaka, ada juga sesekali kami datang ke Melaka atas urusan suami, atau sekadar untuk berjalan jalan. Hari ini kami kembali lagi ke Melaka setelah agak lama tak menjengah ke sini. Tapi kali ini datang kerana menemani suamiku yang berkursus di Akademi Laut Melaka (ALAM) selama dua hari. 

Kami menginap di Kemunting Beach Resort yang terletak berhadapan dengan pantai kemunting. Pantai ini kerap kami kunjungi suatu ketika dulu. Tempat suami dan anak anak bermain dan mandi pantai. 

Oleh kerana suamiku datang untuk berkursus, maka di waktu siangnya dihabiskan di ALAM. Tinggal aku dan anak anak membuat aktiviti sendiri di bilik. Tiada apa aktiviti sangat. Anak Anak kebosanan. Mainan, buku, laptop tak dibawa bersama. Bacaan al quran juga tertangguh. Hanya keluar untuk makan tengahari dan bawa anak anak berjalan di tepi pantai. 

Suamiku hanya ada bersama pada waktu malam. Kami keluar makan malam bersama, dan sekadar berjalan melihat suasana sekitar dan bandar Melaka. Terasa rindu juga, pada tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan kami pada masa lalu. Tak banyak yang berubah, namun aku melihat Melaka kini semakin pesat membangun, terutamanya di bandar hilir. Maklum saja, Melaka sebuah negeri pelancongan :)

3 hari 2 malam sudah berlalu. Kini dah  kembali ke Semenyih. Penat yang amat, padahal tak buat apa pun kat sana :) mungkin penat kerana banyak makan dan tidur je. Kesian baby dalam perut ummi. Semoga baby sihat ye. 

Anas dan Mussaab lebih happy kembali ke rumah. Boleh main sebebasnya. Balik rumah, terus mencapai permainan dan bermain sepuasnya. Tak lupa mencari pen dan kertas untuk melukis. Rindu sangat pada aktiviti di rumah. 

Malamnya, ummi dan abi yang sangat keletihan 'pengsan' terlebih dahulu. Anas dan Mussaab main sendiri dan akhirnya tertidur sendiri. Alhamdulillah. 

Esok harinya, berpisah lagi dengan suami tercinta untuk beberapa hari. Suamiku kembali ke tempat kerjanya di Bintulu. Semoga dipermudahkan urusannya, dan selamat kembali ke pangkuan anak isteri. Insya Allah.










0 comments:

Post a Comment