Suamiku
Dalam tempoh 5 tahun setengah usia pernikahan kita, aku akui aku belum sepenuhnya mengerti dirimu. Begitu juga kamu...
Suamiku
Sepanjang usia bersama, aku tak pernah meragui cintamu padaku. Aku tahu cintamu ikhlas, meski padaku ada kekurangan yang banyak..
Suamiku
Aku mungkin jauh bercirikan watak isteri yang pernah kau impikan suatu ketika dulu. Namun aku masih percaya, dirimu tetap ikhlas mencintaiku sebagai isteri...
Suamiku,
Aku sedar terlalu banyak dosaku padamu, aku sering membuat hatimu marah dan terluka. Namun aku juga pasti, hatimu sentiasa lembut untuk memaafkan aku...
Suamiku,
Dalam marah dan gerammu pada sikapku, aku masih percaya, bahawa dirimu tetap mencintai aku..
Suamiku,
Ketahuilah diri ini sangat mencintaimu. Aku sedar banyak pengorbananmu, banyak kesusahan yang kau lalui, banyak rintangan yang kau tempuhi, penuh kesabaran demi untukku dan anak anak.
Suamiku,
Maafkan aku jika aku sukar untuk mengertimu. Maafkan aku jika aku meminta lebih dari apa yang kau mampu. Maafkan aku jika hilang kesabaranmu kerana sikapku, maafkan aku di atas segalanya...
Suamiku,
Hanya dirimu yang kucinta,
Hidup ini berlalu indah kerana dirimu ada di sisi..
Suamiku,
Semoga antara kita tiada sengketa dan salah sangka,
Semoga kita sentiasa ikhlas mencintai..
0 comments:
Post a Comment