Alhamdulillah selesai sudah Mussaab menjalani ujian kelayakan SRAI (UKS) pada 15/8/2020. Jika ada rezeki, boleh lah Mussaab menyambung ke tahun 1 (2021) bersama Anas :)
Tahun ini sedikit berbeza (kerana PKP), permohonan dibuat secara online pada bulan April lepas. Kemudian perlu sekali lagi ke sekolah pada bulan Jun (PKPP), untuk menghantar borang secara manual. Group telegram juga diwujudkan untuk menyalurkan maklumat tentang UKS kepada ibubapa yang telah membuat permohonan. Akhirnya ujian ditetapkan pada 15/8/2020.
Dari segi persediaan, Alhamdulillah rasanya dah cuba yang terbaik, dengan membiasakan Mussaab dengan soalan-soalan contoh yang terdapat dalam buku yang dijual oleh pihak sekolah- tambahan kepada apa yang Mussaab dah belajar kat sekolah. Mussaab pun dah boleh membaca dengan baik, cuma harapnya Mussaab boleh faham kehendak soalan dan tidak cuai menjawab :)
Tahun ni juga nampaknya tak ada ujian lisan seperti sebelum ni. Mungkin juga kerana masih di musim wabak ini, maka ujian lisan terpaksa dikecualikan.
Hari ni Mussaab ke SRAI Pekan Beranang dihantar abi dan Miqdad dengan menaiki motor. Exam bermula jam 8.30 sehingga 10.30 pagi. Abi balik dulu ke rumah, dekat jam 9.30 kembali ke sekolah. Kali ni semua ikut untuk ambil Mussaab. Rupanya lepas satu jam pertama, dah ramai student yang keluar. Satu kumpulan, lepas tu satu kumpulan lain dan seterusnya, dibawa keluar oleh guru yang menjaga. Tapi Mussaab masih tak kelihatan.
Dekat 1 jam ummi berdiri di depan pagar sekolah, sementara Abi menjaga anak-anak dalam kereta. Setiap kali student dibawa keluar, ummi akan cari Mussaab. Masih juga tak nampak batang hidung. Takpe, ummi sabar je tunggu. Lagipun banyak masa lagi. Ummi agak, Mussaab tentu tengah fokus jawab soalan. Ummi percaya, Mussaab sedang cuba buat yang terbaik. Insya Allah. Tak lupa ummi mendoakan Mussaab dalam panas penantian semalam :D
Akhirnya, dalam pukul 10.25, Mussaab keluar dengan rakan-rakan yang lain, yang dah tak ramai tinggal sebab ramai yang dah keluar dari tadi. Mussaab macam biasa, slow and steady, berjalan keluar dan menaiki kereta. Ummi yang excited, dah tentu banyak bertanya tentang exam Mussaab. Mussaab just releks.. katanya jawab semua. Ada yang senang, ada yang susah.. Hmm.. tawakkal jelah kan. Exam pun dah lepas. Ummi percaya Mussaab dah buat yang terbaik. Allah dah tentukan semuanya. Just tunggu dengan sabar, apa nanti keputusannya :)
Tahun ni juga seperti tahun-tahun yang lepas, semua perlu bersaing untuk mendapatkan tempat yang terhad di SRAI. Lebih kurang 170 permohonan semuanya tahun ini untuk SRAI Pekan Beranang. Yang akan terpilih hanya lebih kurang 70 orang. Agak sengit juga, tapi berlapang dada sajalah, Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Dan Insya Allah, ke manapun hala tuju anak- anak nanti, semoga ia tetap permulaan kepada sebuah kejayaan besar yang akan datang. Ummi positif saja, Insya Allah :)
Oklah Mussaab pun dah habis exam. Ummi tak perlu dah nak ‘paksa’ Mussaab buat latihan lagi lepas ni. Just pergi sekolah, belajar macam biasa. Tak nak tekan Mussaab lebih-lebih. Kesian Mussaab...
Tapi sehingga setakat sekarang ni, ummi bersyukur sebab Mussaab dah belajar banyak dah. Boleh membaca mengira, boleh baca jawi walaupun tak lancar sangat, vocab Arab pun dah dapat sikit-sikit, Oklah tu kan? Dah banyak dah tu sebenarnya :)
Walaupun ummi berharap benar Mussaab dapat masuk SRAI sekali dengan Anas, namun ummi kena sedia dan redha dengan ketentuan Allah. Allah dah tentukan yang terbaik untuk perjalanan Mussaab. Ummi hanya mampu doa. Doa yang baik-baik sentiasa untuk Mussaab dan untuk semua.
Alhamdulillah. Mussaab jalan terus ya :)
Sarapan Mussaab sebelum ke SRAIPB
Sempat ulangkaji sekejap sebelum pergi
Mussaab dah ready
Good Luck Mussaab!
SOP sebelum menjalani UKS
10.27 am- Mussaab dah selesai exam
Menuju balik ke rumah
Oh ya.. abi belanja makan MCD hari ni sebab Mussaab dah ‘berusaha’
Kita tawakkal saja ya!
.
.
.
.
Cerita UKS Anas
0 comments:
Post a Comment