Hari ke-4 Abi kembali bertugas (kali ni tempatnya di laut sempadan Kelantan-Thailand). Dua hari berkuarantin di hotel di KB (dan buat swab test juga), dan semalam dah ke laut. Insya Allah next week balik ke rumah.
Hari ni Anas yang terawal bangun, belum azan subuh lagi. Diikuti Suri, yang memang akan bangun juga bila waktu subuh. Mandi dan solat subuh, kemudian Miqdad dan Mussaab pula bangun. Semua turun ke bawah. Ummi keluar nak beli nasi lemak kat jalan belakang atas permintaan Mussaab yang nak makan nasi lemak kakak belakang tu. Tapi nasib tak baik, rupanya kakak tu tak menjual hari ni. Ummi balik semula, bawa Miqdad sekali keluar beli nasi lemak kat tepi jalan besar. Anas dan Mussaab jagakan suri di rumah.
Siap membeli, balik ke rumah dan makan sama-sama. Lepas tu masing-masing menghadap TV dan main game di Hp. Mussaab asyik dengan lego, buat sambil melihat ‘instruction’ di YouTube. Itu jelah aktiviti pagi ni. Miqdad join sekaki tengok Anas yang asyik dengan game, dan Mussaab yang asyik dengan lego. Ummi tidurkan Suri tapi sekejap saja tidur. Lepas tu turun semula ke bawah sertai abang-abang. Main seketika sebelum menangis dan minta disusukan. Suri tertidur sekali lagi. Abang-abang di bawah sedang menonton upin dan upin.
Pukul 11 ummi naik semula ke atas bersama suri. Tidurkan suri sekali lagi. Sempatlah ummi masak simple-simple, sebelum Suri bangun. Tapi belum siap masak Suri dah menangis. Mussaab bawa Suri turun ke bawah. Ummi selesaikan kerja memasak. Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri masih di depan TV. Dah siap masak, makan sama-sama. Lepas makan lepak di depan TV lagi. Sambil Mussaab dan Miqdad mengayuh basikal (dalam rumah).
Jam 12.30 ummi naik ke atas bersama Suri. Tinggalkan abang-abang Suri dengan hal masing-masing. Sekali lagi ummi tidurkan Suri. Kurang lena tidur Suri, dalam keadaan Suri yang batuk dan selesema. Anas, Mussaab dan Miqdad juga sama, batuk dan selesema. Tapi tidaklah teruk sangat. Lepas zohor ummi tidur bersama Suri. Hampir jam 4 petang ummi turun ke bawah. Anas, Mussaab dan Miqdad masih dengan aktiviti yang sama.
Lepas asar semua naik ke atas, mandi dan turun semula ke bawah. Ummi masak nasi goreng untuk makan malam. Makan sama-sama, dan balik ke aktiviti sendiri. Bermain kat luar rumah sekejap, lepas tu masuk dan sambung main kat dalam.
Jam 7 naik ke atas. Main kat dalam bilik ummi pula. Riuh rendah seperti selalunya, sementara nak menunggu masuknya waktu maghrib. Kemudian solat maghrib, baca Al-Quran dan main lagi. Sementara tunggu isyak ummi tidurkan Suri. Miqdad terlebih dahulu lena di sebelah ummi, kemudian Suri juga tidur. Anas dan Mussaab juga dah mengantuk, ready untuk tidur. Alhamdulillah jam 9, semua dah lena dibuai mimpi .
Alhamdulillah untuk hari ini yang dilalui bersama, meskipun terlalu banyak kekurangan ummi dalam memberikan yang terbaik. Ummi tak sempat nak spend masa berkualiti dengan semua. Sibuk dengan Suri, sibuk dengan kerja-kerja rumah, dan banyak fikir untuk rehat dan lepaskan lelah sendirian. Anas, Mussaab dan Miqdad sering ‘terbiar’ habiskan masa bertiga.
Maafkan ummi semua. Namun tetap ummi cuba ambil kesempatan yang ada untuk berpesan apa yang sepatutnya. Moga anak-anak ummi sentiasa ingat pesanan dan nasihat ummi. Moga semuanya jadi anak yang soleh dan solehah. Maafkan ummi atas setiap kekurangan ummi ya. Please, jangan ikut apa yang tak baik dari sikap ummi yang kurang sabar ini. Moga kalian jadi yang lebih baik. Insya Allah.
Semoga sihat semua. Semoga bermimpi indah dan bangun esok hari dengan penuh keceriaan. Moga Allah jaga Abi di sana, dan hadiahkan kita semua dengan pertemuan yang sentiasa dinantikan. Semoga esok akan lebih baik untuk kita semua. Insya Allah.
Ummi sayang Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri.
0 comments:
Post a Comment