Thursday 6 September 2018 By: Naemah

MORIB: PERCUTIAN DEKAT DAN SINGKAT






Pada 6/9/18 tanpa pengetahuan aku dan anak-anak, suamiku telah menempah bilik di Gold Coast Morib International Resort yang letaknya di daerah Banting, Selangor. Perjalanan dari rumah kami (Semenyih) ke Morib mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sahaja.


Sebenarnya sudah banyak kali kami ke sini sejak kami tinggal di Melaka lagi, lebih kurang 6 tahun yang lepas. Sejak ada anak seorang, seterusnya anak dua. Dah lupa berapa kali kami menginap di resort ini. Tetapi ini adalah yang pertama kali bersama-sama dengan Miqdad, anak ketiga kami. Baru sedar, rupanya dah terlalu lama kami tidak ke sini. Rasanya tahun 2015 adalah yang terakhir kali :)


Memandangkan suamiku akan kembali bertugas pada hujung minggu ini, dia mengambil kesempatan yang ada ini untuk gembirakan anak-anak dengan membawa mereka ke tempat yang boleh menjanjikan keseronokan buat mereka. Yalah, weekend nanti anak-anak dah tentu terperap saja di rumah. Nak pergi jauh tak boleh, sebab Anas dan Mussaab bersekolah. Inipun dah ‘terpaksa’ bercuti sehari. Tak apalah, sesekali :)


Kami bertolak sebaik Anas dan Mussaab balik dari sekolah. Siap lunch sama-sama, packing kain baju (semua last minute sebab Suami baru maklumkan), dan tinggalkan rumah jam 1 petang. Anak-anak tertanya-tanya, ke mana abi nak bawa mereka. Abi just diam, nak buat surprise kononnya :D sehingga sampai ke destinasi, tak berhenti yang sulung bertanya. Ummi just minta dia teka dan perhatikan jalan dan signboard. Dah hampir sampai ke destinasi barulah dia boleh agak :D maklumlah dah lebih 2 tahun kot tak datang. Itupun masa dia masih kecil lagi. Yang dia ingat kat sini ada kolam (theme park), gembira dan excited tak terkata.


Selepas check in bilik dan berehat sebentar (ummi dan abi je rehat sebenarnya), hampir jam 5 petang suamiku membawa anak-anak turun bermain air di bawah. Oleh kerana perlukan cas tambahan untuk masuk, aku tak menyertai mereka. Hanya berehat dan lelapkan mata sekejap di bilik. Anak-anak semua di bawah jagaan dan pantauan abinya. Bestnya lah dapat baring-baring tanpa ‘gangguan' :b


Hampir jam 6 petang, aku turun mendapatkan suami dan anak-anak yang masih belum puas bermain air. Memang dah agak dah, kalau dapat main air sampai ke malam pun tak puas lagi agaknya. Aku menunggu sehingga mereka akur untuk tinggalkan kolam itu dan menukar pakaian mereka. 


Selepas meninggalkan kolam, kami menuju ke pantai yang berdekatan dengan resort (berjalan kaki saja). Sekadar melihat dan meninjau sekitar pantai dan bergambar sahaja. Kemudian meninggalkan pantai dan keluar mencari kedai untuk makan malam. 


Kami menikmati hidangan makan malam di sebuah kedai makan (masakan panas), dan kemudian balik ke bilik. Anas, Mussaab dan Miqdad sudah kelihatan penat dan mengantuk sangat. Belum pun masuk jam 9 malam, semua sudah lena. Alhamdulillah. 


Ummi percaya Anas, Mussaab dan Miqdad sudah melalui hari yang menyeronokkan hari ini. Pada waktu pagi Anas dan Mussaab menyertai guru dan kawan-kawan Little Diamond Kindergarten ke klinik gigi untuk aktiviti lawatan di sana, seronok pertama kali berjumpa doktor gigi. Sebelum ni bukan main takut, hari ni dah ubah mindset yang doktor gigi bukanlah menakutkan pun :D 


Tambah seronok bila abi buat ‘surprise’ bawa ke Gold Coast Morib International Resort, dapat bermain kolam dengan sepuasnya (tak puas lagi sebenarnya tu)


Tiba masanya untuk balik ke rumah. Siap breakfast, mandi dan main air sekali lagi dalam jakuzi di bilik yang disewa, kemudian beransur balik. 


Alhamdulillah untuk sebuah percutian yang dekat dan dalam masa yang singkat ini. Yang pasti, sekali lagi anak-anak melalui detik yang menggembirakan bersama-sama. Ia momen yang pasti dikenang. Terima kasih suamiku yang merancang percutian dan perjalanan ini. Biarpun sebentar cuma, ia tetap bermakna :)






















































































0 comments:

Post a Comment