Sunday 2 September 2018 By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: ANNUAL SPORTS DAY AND MERDEKA CELEBRATION




01/09/18 merupakan hari sukan dan hari sambutan kemerdekaan oleh pelajar Little Diamond Kindergarten. Ia diadakan di Dewan Serbaguna STRIDE Kajang. Ia juga merupakan sambutan bersama Little Diamond Kindergarten dan Tadika Permata Cinta STRIDE Kajang. 


Kami bergerak dari rumah jam 7.40 pagi, Anas dan Mussaab siap berpakaian sukan mereka, rumah merah. Turut ikut bersama kami ialah Hafeez, kawan sekolah Anas dan Mussaab yang juga merupakan jiran kami. Oleh kerana ibubapanya tak dapat hadir untuk raikan bersama, hafeez serta abang dan kakaknya bersama kami menuju ke STRIDE Kajang.


Kami tiba di sana jam 8.15 pagi. Selesaikan urusan pendaftaran dan sarapan pagi. Dewan yang agak besar itu masih lengang, bermakna masih ramai ibubapa dan anak-anak yang belum tiba. Kami duduk di kerusi yang disediakan, sementara anak-anak bebas berlarian dan bermain sesama sendiri. 


Mengikut tentative yang diberikan, majlis sepatutnya bermula jam 8.30. Namun ia bermula lewat dari waktu yang dijadualkan. Majlis hanya bermula selepas semua kehadiran sudah cukup. 


Teacher Zeeda sebagai pengerusi majlis, memulakan dengan ucapan kata-kata aluan, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Abu Anas, seterusnya ucapan dan perasmian majlis oleh Tuan Muhammad Hanafi Jalalludin, yang merupakan ahli MPKJ. Kemudian ibubapa dan hadirin dihiburkan pula dengan nyanyian lagu kemerdekaan ‘Tanggal 31’ dan ‘Kita Punya Malaysia’ yang diiringi dengan tarian anak-anak Little Diamond Kindergarten dan Tadika Permata Cinta. 


Seterusnya pula adalah acara sukan. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Merah dan putih (diwakili pelajar Little Diamond Kindergarten), dan kuning dan biru (diwakili pelajar Tadika Permata Cinta). Dewan gamat seketika dengan acara permainan dan pertandingan anak-anak yang tampil dengan berbagai aksi. Yang terlebih excited dah tentulah mak dan ayah masing-masing :D 


Lepas anak-anak main sukan, giliran parents pula beraksi. Satu acara untuk kaum bapa, dan satu acara untuk kaum ibu. 


Dah tamat permainan, tiba acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Kumpulan merah hanya berjaya mendapat hadiah saguhati. Tak mengapa, asalkan dapat hadiah semua dah happy :) insya Allah lain kali boleh cuba yang terbaik lagi ya, anak-anak :)


Selesai penyampaian hadiah dan sessi bergambar, majlis pun bersurai. Alhamdulillah, ianya berjalan lancar dan jaya. 


Tahniah diucapkan pada semua guru dan anak-anak yang sudah berusaha keras untuk menjayakan hari sukan dan sambutan kemerdekaan pada hari ini. Semoga anak-anak mendapat manfaat daripada penyertaan mereka pada kali ini. Selain aktiviti fizikal yang sememangnya baik untuk anak-anak, lebih dari itu semoga usaha ini dapat serba sedikit membantu anak-anak untuk mengenali tanah air tumpah darah mereka, seterusnya memupuk rasa cinta pada negara. Ya, bukan hanya tugas sekolah untuk menanam rasa itu, bahkan ibubapa juga, memainkan peranan utama dalam hal mendidik anak-anak untuk mengenal dan mencintai negara, Malaysia tercinta ini. 


Semoga Little Diamond akan lebih success di masa yang akan datang. Acara dan program seperti ini perlu diteruskan dan mungkin ada yang perlu ditambah baik lagi untuk masa yang akan datang. Dan untuk ibubapa mungkin (jika tiada halangan/alasan munasabah) perlu belajar untuk berdisiplin dan menepati masa, agar setiap majlis/program yang kita hadiri dapat dimulakan pada masa yang telah ditetapkan/dijadualkan. Apapun, guru-guru, anak-anak, dan ibubapa semua pastinya sudah mencuba sehabis baik mereka. Tahniah untuk semua :) semoga menjadi kenang-kenangan yang manis untuk anak-anak kita. Insya Allah.



















































0 comments:

Post a Comment