Hari ke 3 suami di Labuan. 3 hari juga agak kesunyian tanpa suaranya. Anas dah merindu... Termenung dan kurang selera makan (sekarang dah berselera balik :)). Katanya rindu abi... Dengar bunyi gril mesti ingatkan abi balik. Bukan abilah sayang... Rumah orang lain :'(
Aktiviti seharian seperti biasa saja. Masa dihabiskan di rumah saja. Seperti biasa, tiada keperluan untuk keluar...
Namun aku juga mahu pastikan anak anak tak bosan di rumah. Puas mencari idea agar mereka dapat melakukan 'sesuatu' dan mendapat 'sesuatu' ... Agar hari hari yang berlalu takkan sia sia saja. Meskipun mereka masih kecil...
Menonton video sudah biasa, hingga anak anak pun barangkali sudah bosan. Membaca buku pun, sekejap sekejap boleh la. Lama lama kan boring juga si anak :) sesekali hulurkan juga pen dan kertas untuk mereka menconteng. Pun... fokusnya tak lama.
Anas... Minatnya menyusun kereta dan segala kenderaan mainannya. kalau dia start menyusun, memang dah tak peduli hal lain. Adik pun tak boleh nak sentuh.
Akhir akhir ini juga asyik memerhatikan alam. Peka dengan perubahan cuaca dan musim. Belajar tentang seasons and weather , dan sangat berminat untuk memahaminya. Asyik memerhati pokok dan cuaca di luar. Asyik juga menekuni buku dan menonton video (download dari utube) yang berkaitan dengan tajuk tersebut... Belajarlah sayang. Ummi dan abi layan saja minat Anas.
Mussaab.. Teman setia ummi dan along di rumah. Sentiasa ceria dan menghiburkan. Adakala mengusik along, adakalanya pula diusik along hingga menangis. Hai anak :)
Apapun, aku tetap bahagia dan bersyukur menjadi ibu buat kedua anak syurga ini. Meskipun kadangkala karenah mereka begitu 'menguji', namun aku tetap menyayangi mereka sepenuh hati. Aku memohon agar Allah mengurniakan kesabaran buatku untuk menjaga mereka, mendidik mereka dan terus menyayangi mereka.. Insya Allah
0 comments:
Post a Comment