Sunday 5 July 2015 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 050715


Hari ini tanpa abi lagi. Seperti biasa, Dan sudah biasa... Kerana tuntutan kerja, kita terpaksa berjauhan. Insya Allah ada hikmahnya...

Update aktiviti harian anak anak di rumah. Hari ke dua tanpa abi:

Hari ni bangun agak lewat, jam 8 pagi. Masing masing tidur lena semalam, mengantuk sangat mungkin kerana Anas tidak tidur di siang harinya, dan Mussaab pula tidurnya sekejap saja di waktu siang. 

Ummi masakkan nasi lemak dan mandikan Anas dan Mussaab. Anas sangat berselera menikmati nasi lemak kegemarannya. Tapi Mussaab makannya cuma sedikit. Seperti biasa, sangat jarang dia berselera makan nasi. Thats why lah berat badan pun susah nak naik. 

Sambil suap makan, dengarkan mereka juzuk amma dari awal hingga akhir. Selesai makan, sambung bermain permainan yang berbakul tu. ummi di dapur, kemas apa yang patut. Biarkan mereka asyik bermain sambil ayat al quran dibiarkan sebagai halwa telinga. 

Puas bermain, Anas request nak tengok movie 'syirin', movie dalam bahasa arab yang sudah menjadi kegemarannya sejak sekian lama. Ajak menulis dia tak mahu, so ikut sajalah. Buka video kegemarannya. 

Sambil menonton sambil bermain juga. Ummi keluar masuk bilik beberapa kali untuk tidurkan Mussaab. Akhirnya jam 12  tengahari baru terlena. Anas terus menonton dan bermain. Yang bestnya, Anas sangat fokus pada perbualan di dalam cerita tersebut dan memberi respon, serta banyak perkataan yang berjaya dia tangkap. 

Lebih kurang pukul 1, Mussaab pun dah bangun, semua keluar untuk tunggu pak teh di luar yang dalam perjalanan untuk ambik barang di rumah. Selesai urusan, masuk rumah semula. 

Makan tengahari, dan masuk ke bilik untuk tidur. Tapi nampaknya ummi seorang saja yang lena sekejap. Anas angkut buku masuk bilik. Share baca buku dengan adik. Alhamdulillah rajin anak anak ummi :)

Dah semua tak nak tidur, keluar dari bilik dan masing masing asyik semula dengan permainan yang masih bersepah. Malah makin bertambah sepahnya. Hai anak... 

Pukul 6 petang, goreng bihun dan mandikan keduanya dan suap makan. Sekali lagi perdengarkan bacaan juzuk amma dari awal hingga akhir. Kemudian repeat bacaan adduha berulangkali seperti biasa, untuk hafazan Anas (surah yang sedang dihafaz). Dalam masa yang sama, Anas, Mussaab dan ummi mengemas mainan yang bersepah. Tamat sudah waktu bermain.

Selepas maghrib sambung bacaan iqra' 4 untuk 2 ayat seterusnya. Alhamdulillah selesai. Mussaab juga turut belajar a ba ta dengan seronoknya :)

Tepat jam 9malam, mussaab akhirnya terlena. Anas pula masuk tidur jam 10 malam selepas ummi berterawih dan mengemas rumah (dengan bantuan anas)

Alhamdulillah untuk hari ini :)









0 comments:

Post a Comment