Nukilanku suatu ketika dulu
(NOVEMBER 2010)
semoga bermanfaat
-----------------------------------------------------------------------------
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran". (al-Baqarah:186)
Setiap hari, bangun tidurku bersama 1001 harapan, ingin melakukan itu dan ini, ingin menggapai segala impian. Oh Tuhan..alangkah indahnya hidup ini andai segala yang aku inginkan menjadi kenyataan. Oh Tuhan.. bahagianya hatiku andai semua doaku didengar dan diperkenankan. Namun aku sedar, hakikatnya bukan begitu.. bukan semua yang aku inginkan, akan aku miliki, bukan semua impian akan menjadi kenyataan. Mengapakah begitu? Kadangkala hatiku sangat kecewa. Terasa doaku hanya sia2. Apakah silapku?
Setiap kali tidak dapat apa yang aku mahu, aku kecewa, terkadang meyalahkan takdir, terkadang terasa Allah tidak mempedulikan aku, hati terlalu sakit. Ya Allah, aku mencari jawapan, mencari punca, memuhasabah diri.. aku sedar, puncanya pasti aku.. Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang, tak pernah dan tak akan menzalimi hambaMu dan tidak sesekali mempersiakan doa hambaMu.. Dalam pencarian dan pengembaraanku mencari jawapan, terus aku menemui cintaMu, dan jawapan yang pasti.. Oh Tuhan, kau bukakan hatiku untuk menjadi hamba yang Berfikir, Berprasangka Baik dan Bersyukur… cukup semua itu, melahirkan ketenangan dalam hatiku dan dapat kurasakan bahawa semua doaku diperkenanMu…
Alhamdulillah… Tuhan mengajar aku untuk menjadi hamba yang berfikir. Dalam mencari jawapan, aku jauh berfikir, memandang diri dan setiap kejadian Tuhan. Aku bertanya pada diri, benarkah Tuhan tidak mendengar doaku? Benar2kah aku meminta padaNya? Sudah cukup ikhlaskah hati dalam merayu2 padaNya? Bila aku fikirkan lagi, sebenarnya aku sudah memilki hampir segala2nya apa yang diperlukan oleh setiap manusia sepertiku ini. Dalam banyak hal, tanpa aku meminta, tetap Tuhan memberinya padaku. Setiap hari aku boleh makan dan minum, tanpa aku menadah tangan berdoa untuk makan dan minum. Apakah makan dan minum itu perkara biasa? Oh Tidak! Itu sangat luar biasa, di saat aku enak menjamu perut yang lapar, saudara2 seagama yang lain, ada yang terpaksa menahan lapar berhari2 kerana sukarnya untuk mendapatkan sesuap makanan. Oh Tuhan… ini nikmatmu padaku yang selama ini aku lupakan. Namun, masih merasakan Engkau tidak menyayangiku disebabkan sesuatu yang aku inginkan,tidak aku miliki.
Dan jauh aku berfikir lagi, memandang kehidupanku hari ini, aku merasakan sesuatu yang luar biasa. Ada sesuatu yang aku gapai hari ini rupa2nya sesuatu yang pernah aku impikan dan doakan suatu masa dulu, hingga kini aku terlupa sehingga aku memikirkannya kembali. yaAllah, rupa2nya di kala aku sendiri telah melupakan apa yang aku mahukan, rupa2nya Engkau tetap memegang doaku itu dan memperkenankannya di saat Engkau rasakan ia perlu untuk aku. Oh Tuhan, benar sekali apa yang pernah dikatakan, Tuhan mendengar doa hambaNya, PASTI! Tuhan perkenankan doa hambaNya, juga PASTI! Namun dengan cara yang Dia inginkan, bukan dengan cara yang kita harapkan, dan pada masa yang Dia mahukan, bukan pada masa yang kita inginkan.. ye, jelas.. lantas aku merasakan Tuhan sangat menyayangiku… aku memiliki apa yang selama ini yang aku mahukan dalam hidupku..Alhamduliillah..
Tuhan juga mahu menjinakkan hatiku dengan satu perasaan, yakni berprasangka baik padaNya. Dalam apa jua keadaan sekalipun, aku harus berfikir positif. Dengan prasangka baik itu, aku merubah perasaan kecewa itu kepada perasaan redha, dan redha itu membuahkan ketenangan, InsyaAllah… aku berusaha keras untuk mendapat pointer 4.0 dalam peperiksaan, tapi yang aku dapat hanya 3.5, aku kecewa, namun aku yakin, usahaku sebenarnya bukan sia2, pasti ada hikmahnya, lalu Tuhan menganugerahkan nikmat ketenangan atas kejayaanku memujuk diri. Aku bercita2 untuk menjadi seorang doktor, namun hari ini, kerjayaku adalah soerang guru, yang selama ini tak pernah aku impikan. Namun, aku yakin ini yang terbaik untukku, dan Tuhan mahu mahu menilai bahawa keduanya adalah kerjaya yang mulia, namun yang berbezanya hanyalah pendapatan. Ya, duniawi semata2.. aku yakinkan diriku, bukan itu yang aku kejarkan.. redha dan pasrah.. lakukan yang terbaik, Tuhan akan menilai, hingga hati akan merasakan segalanya cukup.
Aku ingin hidup dalam sebuah kelurga yang bahagia, cukup kasih sayang, namun aku ditakdirkan hidup dalam sebuah keluarga yang pincang dan jauh dari sakinah, mawaddah dan rahmah, dan aku bertanya kepada Tuhan, MENGAPA? Tidak layakkah aku memilki bahagia? Namun akhirnya aku berjaya menemukan jawapan, rupa2nya aku insan terpilih. Tuhan memilihku kerana Dia tahu aku kuat untuk menghadapi semua ini. Kebahagiaan yang tidak sempat aku kecapi hari ini, akan aku ciptakan untuk diriku dan keuargaku suatu hari nanti, InsyaAllah. Yang mampu aku lakukan kini adalah untuk terus kuat dan bersabar, juga takkan jemu2 berdoa padanya. Oh Tuhan, andai segala2nya aku miliki hari ini, apakah aku punya masa untuk menadah tangan padaMu, dan merayu2 penuh pengharapan padaMu.. Ya Allah, aku tahu, Engkau rindu untuk mendengar suara rintihanku.. kerana itu, masa untuk memberi segalanya masih ditangguhkan….
Tuhan juga mahu aku menjadi hamba yang bersyukur padaNya. Apa yang aku punya hari ini, sudah sangat tidak terhitung dan tidak terkira, Cuma saja aku yang buta, hampir tidak nampak semuanya, hingga menjadi hamba yang lupa diri dan jarang bersyukur. Terkadang rasa diri tidak cantik, sedangkan firmannya jelas, bahawa dia telah menciptakan manusia itu dengan sebaik2 ciptaan, means, semuanya cantik. Mengapa mesti mengutuk ciptaan Tuhan. Alhamdulillah, mata boleh melihat, hidung boleh menghidu, telinga boleh mendengar. Oh, andai salah satu nikmat ini ditariknya, bagaimanalah keadaanku? Boleh saja Tuhan ingin lakukan begitu buat hamba yang tidak bersyukur, tapi rahmatNya mengatasi segala2nya. Terus diberi peluang untuk menggunakan segala nikmat kurniaanya itu, walau manusia sangan susah untuk bersyukur. Oh Tuhan, ampunkan aku, Alhamdulillah, aku manusia, sangat sempurna ciptaanMu terhadapku..cantik!
kadangkala juga terasa diri ini kekurangan kasih sayang, hingga keluar mencari cinta di luar yang aku sendiri tidak jelas, status keikhlasannya. Namun Engkau sedarkan aku bahawa aku telah memilki cinta yang luar biasa hebatnya. Ibubapa, keluarga, dan sahabat, telah setulus hati menyayangi diriku, cuma aku yang tidak menyedari dan jauh sekali menghargai.. Oh Tuhan, sebenarnya, cinta mereka semua telah kumiliki, tanpa sedar. Lebih2 lagi, aku punya cintaMu, cinta yang terlalu sempurna. Mendengar tanpa jemu, memberi tanpa syarat… aku terlupa semua itu, aku terlupa untuk bersyukur. Ya Allah..Alhamdulillah.. Aku punya segalanya….
RENUNGAN: Doa itu senjata mukmin. Berdoalah tanpa jemu hanya padaNya.. sesungguhnya, andai doa itu cepat dimakbulkan, maka yakinlah kita bahawa Dia menyayangi kita. andai doa itu lambat dimakbulkan, sebenarnya Dia hanya ingin menguji kita, dan andai doa kita tidak dimakbulkan, yakinilah bahawa Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita (rujukan: SOLUSI). Maka teruskan berprasangka baik pada Tuhan.
Akhir kalam, Mintalah pada Dia yang Memiliki, mintalah pada Dia yang tak jemu Mendengar, mintalah pada Dia yang sentiasa ingin Memberi….
0 comments:
Post a Comment