Hari ini cuti umum bersempena hari pertabalan Yang Dipertua Agong. Anas dan Mussaab tak bersekolah hari ni :)
Bangun pagi juga lewat ketiganya, sekitar jam 7.30 pagi. Anas yang demam pada hari Khamis lepas masih belum betul-betul sihat. Badan dah tak panas, cuma masih batuk dan selesema. Makan juga kurang berselera.
Pagi ini hanya Mussaab dan Miqdad breakfast bersama ummi dan abi. Anas pula, jam 10 pagi baru breakfast. Lepas tu makan ubat dan menonton video. Bergilir menonton video semuanya di samping bermain dan membuat aktiviti sendiri. Ummi dan abi sibuk berkemas rumah dan memasak. Sempat juga 1 family menonton adat istiadat pertabalan agong di tv. Tapi tak lama menonton, banyak kerja nak kena buat. Anas, Mussaab dan Miqdad sambung menonton video di YouTube. Ummi dan abi masak tengahari sama-sama hari ni. Pagi tadi pun abi yang siapkan breakfast. Tq abi :)
Jam 12.30 menikmati makan tengahari. Anas dah kenyang, tak join makan bersama. Hanya berbaring di sofa. Mussaab pula hanya makan ayam goreng, tak nak makan nasi juga. Miqdad seorang saja yang sentiasa berselera, makan apa saja :D
Lepas makan abi buka movie ‘Monster Inc.’ di Netflix. Kesemuanya melekat depan tv. Masuk waktu zohor, ummi dan abi solat. Anas dah terlelap di sofa. Mussaab dan Miqdad naik ke atas, baring bersama abi di katil. Tapi sekejap saja, turun semula ke bawah dan bermain. Anas yang tadinya tidur di bawah, naik ke atas dan sambung tidur di bilik pula. Panas balik badan Anas, masih lemah dan tak aktif. Makan juga tak nak. Agak merisaukan ummi.
Selepas asar ummi dan Anas turun ke bawah. Mussaab dan Miqdad langsung tak tidur, busy dengan aktiviti sendiri. Rumah juga dah bersepah. Baru pagi tadi abi kemas rumah.
Ummi masakkan cekodok pisang. Anas makan beberapa biji, buat isi perut. Lepas tu baring lagi di sofa dan terlelap lagi. Abi yang tadinya keluar solat asar di masjid masih belum balik. Mussaab dan Miqdad dah macam-macam ‘perangai’ dah petang ni. Berebut nasi goreng, berebut mainan, riuh rendah dengan suara jeritan dan tangisan yang bersilih ganti. Ummi juga dah stress amat, risaukan Anas, nak leraikan pula perang saudara Mussaab dan Miqdad. Allah.. rasa tak kuatnya ummi. Ummi rasa sangat penat....
Abi balik jam 6.30. Layan makan minum Miqdad. Mussaab pula hanya stay di sofa. Merajuk, dan tak mahu makan apa-apa. Memang susah nak pancing seleranya. Rela berlapar, kalau tak ada yang dia suka.
Jam 7 Mussaab dan Miqdad naik ke atas bersama abi. Mandi dan siap berpakaian. Ummi kejutkan Anas dan naik bersama Anas. Keadaan Anas masih sama. Lemah saja. Esok mungkin tak ke sekolah lagi.
Anas mandi dan baring di katil. Lelap lagi. Mussaab dan Miqdad juga dah mengantuk sangat. Sudah tidak aktif bermain. Lepas solat dan baca Quran ummi temankan tidur. Sekejap saja dah lena keduanya, sekitar jam 8.15 malam. Alhamdulillah.
Malam masih muda. Rumah sudah sunyi sepi. Hati ummi tetap rasa suram. Fikirkan Anas yang panjang tempoh demamnya, fikirkan Mussaab dan Miqdad yang tadi banyak kena marah dengan ummi sebab buat perangai. Ummi tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah ada abi, ummi bukan seorang melalui saat sukar begini. Tambahan ummi yang tengah sarat mengandung, cepat penat, lebih sensitif, rasa mahu menangis saja. Kalau ummi seorang yang perlu harung semua ini... entahlah ummi pun tak tahu.
Tapi lusa abi dah kembali bekerja. Harapan ummi akan baik-baik saja nanti. Anas kembali sihat, ummi kembali bersemangat dan tak lemah mendepani apa jua situasi. Mudah-mudahan. Insya Allah.
Selamat malam anakku. Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. Maaf atas segala khilaf ummi yang tak sempurna ini. Moga Allah beri petunjuk dan pertolongan. Moga hari yang mendatang akan lebih baik buat kita semua. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment