Tuesday, 1 September 2015 By: Naemah

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Pada Ahad yang lepas (30/08/15) kami membawa anak anak ke Taman Botani Negara Shah Alam. 

Aku pernah mendengar nama tempat ini tapi tak pernah ambil tahu tentangnya, dan tak tahu apa yang bestnya kat situ. 

Suamiku pernah suatu ketika dulu datang bersama keluarganya. Tapi katanya dah lama sangat dah. Masa sekolah rendah lagi :)

Apa yang mendorong suami membawa anak anak ke sini ialah kerana di sini terdapat rumah iklim sederhana 4 musim.  Memandangkan Anas sedang belajar dan berminat dengan subjek tersebut, inilah antara tempatnya yang akan membuatkan dia excited untuk faham lebih lagi tentang perubahan musim. 

Kami keluar rumah seawal 7 pagi. Pertama sekali ke Pasar pagi di stadium shah alam, breakfast di situ dan membeli sedikit barang. 

Kemudian terus ke taman botani. Tiket masuk ke tempat tersebut ialah Rm3 dewasa, dan percuma untuk kanak kanak bawah 4 tahun. Tiket ke rumah iklim 4 musim pula ialah rm3 juga dewasa, dan percuma untuk kanak kanak di bawah 4 tahun. 





Tempatnya sangat luas, dan disediakan bas untuk para pengunjung bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada juga disediakan basikal untuk disewa, dan banyak juga gerai menjual makanan dibuka di sekitar kawasan itu. 








Di taman botani ini terdapat taman haiwan, rumah penginapan, taman hiasan, taman rempah ratus, taman kaktus, tempat beriadah dan berbasikal, juga rumah iklim yang menjadi tujuan utama kami ke sini. Rujuk website: tbnsa.gov.my untuk detail.

Tempat pertama yang kami tuju sudah semestinya rumah iklim 4 musim. Kami sangkakan kat sini boleh rasa kesemua 4 musim sekaligus. Tapi rupa rupanya dia mengikut bulan dan kitaran musim tersebut. Kebetulan bulan Ogos ini musim panas, maka kami hanya menikmati musim panas sajalah. 






Terpaksa terangkan balik pada Anas . Dia sangkakan boleh tengok spring, summer, autumn and winter semua... Rupa rupanya satu saja. Puas nak bagi dia faham hal yang sebenar. Sabar jelah :) insya Allah nanti kita datang lagi musim lain. 








Selepas itu kami menaiki bas balik ke pintu utama. Rumah 4 musim itu saja satu satunya tempat yang kami tuju. Tidak berkesempatan untuk ke tempat lain lagi. Insya Allah lain kali datang lagi. Tempat ini sangat sesuai untuk datang bersama keluarga. Boleh rehlah, riadah dan ada banyak tempat yang menarik. Yuran masuk pun tak mahal :)

0 comments:

Post a Comment