image: here |
Menulis memang hobiku sejak dulu. Sejak di bangku sekolah rendah.Pernah menghasilkan cerpen ketika di sekolah rendah (lupa darjah berapa). Jangan tak percaya :) Di sekolah menengah juga giat menghasilkan novel, hingga pernah dirampas oleh pihak sekolah sebab novel berbentuk cinta. Haha...
Tapi teringat lagi kata kata cikgu penolong kanan yang ketika itu memanggil aku berjumpa dengannya. Dia kata: awak ni ada bakat menulis, apakata awak hasilkan penulisan yang baik baik dan bermanfaat,boleh hantar karya awak pada pihak sekolah... Masa tu memang aku malu besar, sebab kebanyakan guru di situ mengenaliku. Lepas tu sampai ke sudah aku tak menulis novel lagi.
Namun penulisan tak terhenti setakat itu. Aku menulis apa yang terlintas di hati. Banyak perkara yang terluah melalui penulisan. Hingga ke universiti juga, laptop menjadi teman rapat tika sendirian. Banyak catatan aku di dalamnya... Suatu ketika dulu.
Hari ini aku mencari kembali segala catatan yang hampir dilupakan itu. Setengahnya masih ada, kebanyakannya sudah lesap entah ke mana. Ada yang hilang bersama laptop yang rosak.
Aku sendiri tidak ingat apa yang aku tulis. Apa yang terlintas di hati saja.. Tika sendirian selalunya banyak ilham yang datang :)
Setelah berkahwin juga aku masih menulis. Ada buku catatan hati dan catatan cinta :D malah ada blog yang ku dedikasikan untuk suami, dan ada juga blog untuk anak anakku. Cuma sekarang hanya mahu fokus pada blog yang satu ini. Menulis yang bermanfaat, khas untuk semua yang singgah di blog ini.
Aku tahu meskipun boleh menulis, bukan semua orang dapat menghasilkan tulisan yang baik. Kita dapat menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, juga dari hasil pembacaan kita. Lagi banyak pengalaman dan dan buku yang dibaca, lagi baik penulisannya. Pasti tulisan itu menarik dan berilmiah. Bukan sekadar penulisan kosong dan hambar saja.
Aku akui aku ini masih di tingkat yang paling bawah di dunia penulisan. Kurang ilmu, kurang pengalaman, kurang serba serbi. Tak terbanding dengan penulis hebat dan berilmu di luar sana. Namun kucuba untuk teruskan menulis. Meskipun hanya di blog terpencil ini :) mana tahu ia bermakna buat insan yang pernah singgah ;)
Sekian dulu dari penulis blog yang masih bertatih ini. Semoga segala tulisan dikira kebaikan oleh Allah. Insya Allah :)
0 comments:
Post a Comment