Picture: here |
Hidup takkan pernah sunyi dari cinta…mencintai sesiapa jua, dan dicintai sesiapa jua… baik ibubapa, keluarga, suami/isteri, kawan2…
saling menghulurkan cinta dan menerima cinta. kerana itu hidup terus berseri. ia umpama satu alat untuk terus bernafas. kerana tanpa cinta, sepinya hati, terasa lemahnya diri… kerana itu, manusia sanggup melakukan apa jua untuk mendapat perhatian dan cinta…
Namun perlu sentiasa beringat, cinta yang paling mulia dan teragung adalah cinta padaNya dan keranaNya. cintailah sesiapa jua, kerana kita dapat merasakan betapa indahnya hidup jika hati dipenuhi dengan cinta… ya… cinta keranaNya, hanya keranaNya… bukan cinta buta yang tak mengenal siapa dan tanpa mengira batasan….
Hebatnya cinta, ia mampu memandu tingkah laku… bezanya… cinta yang suci memandu insan kepada kebaikan. sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu akan memandu kepada kebinasaan…
maka berhati2 dengan cinta…
Cintailah Allah sebelum mencintai yang lain. pasti akan merasakan betapa manis dan damainya cinta, andai ianya berpaksikan cinta Tuhan, dan berbataskan syariatNya…
Cinta Tuhan itu mendamaikan… membahagiakan… kejarlah…dan gapailah… pasti kau takkan kecewa…andai cinta Tuhan yang kau cari… cinta yang lain juga akan datang mendekatimu… InsyaAllah…
0 comments:
Post a Comment