Malam ni semua orang tidur awal. Suami dan anak anak yang kepenatan. Keluar rumah awal pagi tadi, pukul 6 petang baru sampai rumah balik. Saja bawa anak anak jalan jalan naik train. Pergi sogo konon kononnya nak cari baju raya anak, tapi tak beli pun. Manusia ramai yang amat. Biasa la, hari ahad..nak jalan pun susah.
Agak mencabar bawa anak anak ke tempat orang ramai seperti tadi. Setiap detik perlu berjaga jaga. Bimbang anak hilang dari pandangan. Si adik pula langsung tak boleh dilepaskan, merata perginya. Agak tak selesa nak bershopping dalam keadaan seperti tadi. Sangat bahaya seandainya terleka. Kalau hilang, susah nak cari dalam lautan manusia sebegitu. Menakutkan...
Hampir setiap masa mendengar suara tangisan anak kecil. Mungkin lapar, mengantuk, atau bosan menemani ibu ayah bershopping :) Anak anakku juga tak terkecuali. Bosan barangkali, mula buat permintaan macam macam. Nak dukung, nak minum... Sudahnya, hilang fokus dan minat untuk mencari baju raya anak.
Dalam train pun agak bersesak juga. Alhamdulillah boleh control anak anak yang lasak dan sukar untuk duduk diam ni :)
Tamat cerita hari ini.. Jalan jalan di kota melihat pelbagai rupa dan ragam warga kota. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ke rumah.
Pasti situasi seumpama ini dihadapi hampir semua ibubapa yang mempunyai anak kecil sepertiku. Penat, tapi semua ini menjadi kenangan terindah dan tidak dapat dirasa lagi bila mereka sudah membesar dewasa :)
Pulang ke rumah, masing masing kepenatan dan tidur awal. Tinggal aku, sendiri kesunyian. Mengantuk juga, tapi masih belum boleh lena.
Sunyinya, tanpa suara mereka yang sering menghiburkan... Semoga bersua lagi esok, duhai kesayanganku..Insya Allah
0 comments:
Post a Comment