Monday, 13 March 2023 0 comments By: Naemah

KOTA BHARU-HATYAI: 3 HARI 2 MALAM (PART 1)

Alhamdulillah, plan punya plan, jadi juga kami sekeluarga ke ‘luar negara’ tahun ni. Tak jauh pun, Hat Yai Thailand je. Tapi oklah tu, dapat juga merasa  berjalan dan melihat suasana negara orang.


Passport anak-anak buat pada bulan Februari lalu di UTC Kota Bharu. Sebagai persediaan nak berjalan jauh, kononnya. Alhamdulillah dapat juga berjalan cuti sekolah ni. Tak lama pun, 3 hari 2 malam je. Tak boleh nak berjalan lama sangat, masa cuti sekolah nilah juga nak bersama orang tua di kampung.


Sehari sebelum bertolak, kami dah tukar duit (Rm kepada baht) di kedai money changer di Kota Bharu. Tukar rm500 dapatlah 3730 baht. 








Berpandukan internet (baca yang orang share), kami plan perjalanan kami ke sana, dan memilih destinasi menarik dan tempat makan halal di sana.



Hari pertama (1/3/2023)


Bertolak dari rumah mak mertua di Kota Bharu sekitar jam 8.30 pagi. Perjalanan lancar, sampai di Rantau Panjang pukul 9.50 pagi. Di ICQS Rantau Panjang pun tak beratur panjang sangat. Mungkin sebab bukan weekend, tak banyak sangat kereta. Selesai cop passport (dalam pukul 10 pagi) terus menuju ke ICQS Sungai Kolok.


Di ICQS Sungai Kolok, semua kena turun dan masuk ke bangunan imigresen. Urusan di sini lebih lama. Hampir 2 jam juga berada di sini hingga urusan selesai. 



Dah sampai icqs Rantau Panjang



Cop passport 



Icqs Sungai Kolok- semua perlu turun dan masuk ke bangunan imegresen 



Secara ringkasnya (apa yang perlu dibuat kat sini)



Beratur untuk beli insurans


Dah settle urusan imigresen, terus memandu menuju ke Hat Yai berpandukan GPS. Oh sebelum tu singgah kedai 7E yang ada kat sempadan untuk beli simkad dan makanan ringan. Perjalanan diteruskan. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Memang best memandu di negara Thailand ni, sebab jalan rayanya lebar dan tak ada tol. Stesen minyak pun macam R&R dah, siap restoren, surau, dan kedai serbaneka seperti 7E (cuma minyak mahal la kat sini). Tempoh perjalanan dari Rantau Panjang ke Hat Yai adalah 4 jam.


Kami singgah makan di sebuah restoren (di stesen minyak) dalam wilayah Pattani jam 12 tengahari waktu Thai (lewat 1 jam dari waktu Malaysia). Di sini juga kami solat jamak zohor dan asar dan membeli sedikit keperluan di kedai serbaneka. Kemudian tanpa berlengah, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Ya, tenang dan santai saja perjalanan sambil melihat pemandangan yang tak jauh bezanya dari Malaysia. Muslim pun sangat ramai (terutamanya di dalam wilayah Pattani), masjid mudah didapati di tepi-tepi jalan.


Hampir jam 4 petang, kami tiba di bandar Hatyai. Masa sampai ni, hujan tengah turun dengan lebatnya. Kami terus ke Hotel Hi Season yang telah dibooking (rm 135 untuk 1 malam). Agak selesa juga bilik ni buat kali sekeluarga . Lepas check in, masuk bilik dan rehat sekejap. 










Berbelanja di 7E 






Lunch






Berbelanja di Fresh Mart








Check in hotel dan berehat sebentar



Pukul 4.30 petang kami keluar ke Greenway Street Life untuk ‘shopping’ kat sini. Katanya barang kat sini dijual dengan harga yang murah. Masa kami sampai, banyak lagi kedai yang belum dibuka. Jadi, kami tuju yang mana sempat jelah. Dengan anak-anak yang penat nak berjalan dan mengadu lapar, tak banyak kedai yang sempat di’jejak’. Kat sini kami beli dompet untuk Anas dan Mussaab, selipar dan hiasan selipar, topi Miqdad, t-shirt Anas dan abi, dan baju tidur Suri.



Nak keluar ‘shopping’







Greenway Street Life


Kemudian kami ke Asean Night Bazaar yang juga terkenal di sini. Sampai kat sini dah hampir masuk waktu maghrib. Kat sini suami keluarkan duit sekali lagi. Macam tak cukup je, rm500 tu kan. 


First sekali, naik level 2 dan makan malam kat sini. Aneka makanan yang dijual di sini, dan ianya halal. Anak-anak macam biasa, di mana pun jua, mereka akan pilih nasi goreng dan kueteow goreng. Ummi beli nasi khoumok dan abi beli tomyam je. Nak try juga makanan yang lain, tapi dah kenyang sangat. Sebelum turun bawah, beli sushi dan sweet potato balls (sedap sangat!). 


Lepas makan, pusing-pusing dalam market. Anak-anak dah kurang merungut sebab dah kenyang. Kat sini beli t-shirt hat yai sorang satu, baju tidur Miqdad, dan mainan Suri (nangis-nangis nak mainan doktor tu). Takdelah shopping sakan sangat. Datang melihat suasana je!


Lepas tu terus memandu balik ke hotel. Dah penat sangat dah, lepas satu hari berjalan. Balik mandi, solat dan tidur dengan nyenyak sekali. Alhamdulillah perjalanan hari ini dipermudahkan Allah. Semuanya lancar saja. 


Oh ya, pada awalnya suami just booking hotel untuk satu malam. Ingat nak terus balik pada esok harinya. Tapi rasa macam sekejap sangat pula. Tak sempat nak pergi banyak tempat. Rugilah datang jauh-jauh kan. Mujurlah boleh tambah satu malam lagi, di hotel dan bilik yang sama. So, total cost untuk penginapan kami di sini ialah Rm 270 (3 hari 2 malam). 



























Makan, shopping, rehat dan tidur.

Alhamdulillah




Bersambung 

HATYAI PART 2


HATYAI PART 3

Sunday, 19 February 2023 0 comments By: Naemah

CERITA SURI PULA



Nak tulis tentang Suri pula. Suri yang kini dah berusia 3 tahun 6 bulan. Dah besar kan princess ummi ni. Masya Allah. Dah cerdik sangat dah!


Alhamdulillah ummi bersyukur atas perkembangan positif Suri. Segalanya baik saja, tak ada yang kurang. Suri yang semakin petah bercakap, dan banyak bertanya. Adakalanya ‘bingit’ suasana bila diusik abang-abang. Menjerit semahunya. Ingat lagi, dulu ummi risau bila Suri lambat sikit dapat bercakap berbanding abang-abang. Tapi hari ni ya Allah, tak terlayan! Alhamdulillah. Kerisauan ummi dah berlalu.


Suri juga dah tak pakai pampers lagi (kecuali tidur malam masih pakai lagi). Suri start potty train pada awal Januari lepas. Alhamdulillah tak sampai seminggu dah berjaya. Jimat dah duit beli pampers :)


Oh ya, Suri dah tak menyusu badan sejak ummi masuk wad bulan Jun tahun lepas (umur Suri 2 tahun 10 bulan). Kalau tak kerana ummi masuk wad dalam tempoh yang lama, agak susah juga nak pujuk Suri. Hmm. 


Sehingga hari ni Suri menjadi teman ummi setiap hari. Belum masuk sekolah lagi. Ikut je ke mana ummi pergi. Ke kedai, ke sekolah, dan ke mana saja. Kalau ummi free, buat aktiviti sama-sama kat rumah. Banyak juga la yang Suri dah belajar secara tak langsung. Nak hantar sekolah pun rasanya dah boleh, tapi ummi masih berat hati nak hantar. Mungkin tahun depanlah.


Alhamdulillah dan bersyukur juga sebab Suri ada abang-abang teman bermain dan membesar bersama-sama. Kadang-kadang riang main bersama, kadang-kadang pula kecoh dan bingit bila ada yang tak kena. Suri pula, mestilah yang paling manja dan selalu nak menang. Abang-abang juga la yang perlu selalu mengalah. 


Ummi doakan Suri akan terus membesar sihat dan cerdas. Sentiasa ceria dan bahagia di samping ummi, abi dan abang-abang. Semoga terarah dan terlorong langkahmu ke jalan kebaikan dan kemuliaan duhai puteriku. Ameen.

Saturday, 18 February 2023 0 comments By: Naemah

ILHAM MIQDAD: MASIH BERCUTI PANJANG






Cerita Miqdad pula. Dah lama Miqdad bercuti, sejak tamat belajar di Little Diamond Kindergarten pada bulan Disember 2022. Lepas hari graduasi, terus bercuti sampai sekarang. Dan sebulan lagi nak melangkah ke tahun satu. Lama betul nak tunggu kan.


Sepanjang lebih kurang 2 bulan yang sudah berlalu, Miqdad hanya habiskan masa di rumah diteman adik Suri. Kat rumah jelah, dengan aktiviti sendiri-sendiri. Aktiviti biasa ialah tengok video di Youtube; Aqil Story, Bola Kampung, Ejen Ali, Boboiboy, dan banyak lagi. Kat rumah juga banyak baca komik dan main kat luar dengan adik dan abang-abang time semua ada kat rumah.


Sesekalli ummi akan bagi tugasan dalam buku. Alhamdulillah dah complete buku Awal Matematik, sekarang sambung buku lain pula. Setiap malam baca al-Quran dengan ummi. Alhamdulillah dah baca sampai muka surat 10 (surah al-Baqarah). Dan setiap maghrib dan isyak (time abi ada kat rumah) ikut abi dan abang-abang ke surau solat berjemaah.


Agak lama nak tunggu Miqdad masuk darjah satu. Nak buat macamana, sessi persekolahan dah tak macam dulu. Sabar jelah menunggu Mac.


Pihak sekolah (SRAI Pekan Beranang) dah bagi senarai nama pelajar mengikut kelas. Macam biasa, ada 2 kelas setiap tahun dan nama Miqdad tersenarai dalam kelas 1 Pintar. Bulan Mac nanti perlu settlekan bayaran yuran dan ambil buku semua. Semoga dipermudahkan oleh Allah. 


Kini adalah musim cuti sekolah (18/2-19/3). Kita balik kampung dululah, spend masa kat kampung dengan keluarga mek dan nenek. Insya Allah balik semula bila dah dekat nak buka sekolah nanti. Kelengkapan sekolah Miqdad dah ready 80%. Insya Allah nanti cek balik mana yang tak lengkap lagi. 


Berbaki sebulan, semoga Miqdad dapat memanfaatkan masa ‘free’ ni dengan sebaiknya. Lepas ni akan sibuk dengan urusan belajar pula. Semoga Miqdad juga akan happy masuk sekolah baru nanti. Dah tentu suasana berbeza, tapi ummi doakan Miqdad akan ok je, dan seronok belajar kat tempat baru. Insya Allah.


Terus melangkah berani dan cemerlang anakku!




Miqdad;Februari 2023




























 
Friday, 17 February 2023 0 comments By: Naemah

ABDULLAH MUSSAAB: 2 TAHUN DI SKKR & SRIPN




Alhamdulillah tamat sudah sessi pembelajaran tahun 2022/2023 yang bermula Mac 2022 sehingga Februari 2023. Alhamdulillah 2 tahun genap sudah Mussaab di SK Kampung Rinching dan SRI Permata Nusaybah. Mussaab punya jalan cerita tersendiri. 


Mussaab dah pun tamat belajar di tahun 2. Tak lama lagi akan melangkah ke tahun 3 pula. Alhamdulillah dan tahniah, walaupun tak merangkul anugerah kecemerlangan, Mussaab dah berjaya sampai ke tahap yang lebih baik dalam pengajian akademik dan agama. Ummi percaya, dengan semangat dan usaha, Mussaab akan lebih cemerlang di masa akan datang.


Di SKKR, ummi sempat jumpa dengan guru kelas Mussaab untuk mendapatkan maklumat prestasi pada bulan September yang lalu. Alhamdulillah tak ada masalah dalam pelajaran Mussaab. Cumanya, dalam kelas suka bersembang, dan buku aktiviti pula banyak tak lengkap. Bukan masalah besar, tapi still kena ubah sikap kalau nak berjaya kan? 


Begitu juga di SRI Permata Nusaybah, komen ustaz Izz lebih kurang sama. Di SRIPN, ummi dapat jumpa ustaz dua kali iaitu pada bulan Julai dan bulan Disember untuk terima laporan prestasi Mussaab. Dari segi result peperiksaan, agak membanggakan juga sebab untuk kedua pertemuan dengan ustaz, Mussaab berada dalam top 5, which is terbaik jugalah tu. Alhamdulillah. Cuma bab sikap, itu masih perlu diperbaiki. ‘Banyak main dan banyak main-main’, itulah Mussaab. Masa yang akan mematangkan. Insya Allah. Mussaab mampu menjadi pelajar yang lebih baik, cemerlang akademik, agama dan sahsiah. Ummi akan sentiasa mendoakan Mussaab.


Selesai majlis anugerah kecemerlangan di SKKR hari ini (17/2/2023) dan esok pula di SRIPN (18/2/2023). Tahniah buat kawan-kawan Mussaab yang telah merangkul anugerah kecemerlangan. Yang tak dapat, bukan pula bererti gagal dan tak berjaya, ya!


Masih ada peluang untuk Mussaab berusaha dan beroleh kejayaan cemerlang. Insya Allah. Tahniah juga untuk Mussaab yang melalui setahun ini dengan baik. Rajin ke sekolah tanpa merungut, join banyak aktiviti di sekolah, belajar ilmu baru setiap hari, dan bertambah ilmu dan pengalaman saban hari, saban waktu. Semua itu satu pencapaian juga buat Mussaab. 


Ummi percaya Mussaab akan lebih matang dan lebih berjaya di masa akan datang. Ummi percaya Mussaab juga akan berada di kalangan mereka yang hebat dan cemerlang. Insya Allah! 


Terima kasih tak terhingga buat guru-guru yang mendidik Mussaab. Jasa guru semua, hanya Allah yang mampu membalasnya.




SRIPN-Julai 2022




SKKR- September 2022




SRIPN- Disember 2022


**oh ya, exam akhir tahun (Februari) ummi tak terima result Mussaab sebab 2 hari terakhir sekolah Mussaab tak hadir sebab sakit mata.**