Sunday 19 February 2023 By: Naemah

CERITA SURI PULA



Nak tulis tentang Suri pula. Suri yang kini dah berusia 3 tahun 6 bulan. Dah besar kan princess ummi ni. Masya Allah. Dah cerdik sangat dah!


Alhamdulillah ummi bersyukur atas perkembangan positif Suri. Segalanya baik saja, tak ada yang kurang. Suri yang semakin petah bercakap, dan banyak bertanya. Adakalanya ‘bingit’ suasana bila diusik abang-abang. Menjerit semahunya. Ingat lagi, dulu ummi risau bila Suri lambat sikit dapat bercakap berbanding abang-abang. Tapi hari ni ya Allah, tak terlayan! Alhamdulillah. Kerisauan ummi dah berlalu.


Suri juga dah tak pakai pampers lagi (kecuali tidur malam masih pakai lagi). Suri start potty train pada awal Januari lepas. Alhamdulillah tak sampai seminggu dah berjaya. Jimat dah duit beli pampers :)


Oh ya, Suri dah tak menyusu badan sejak ummi masuk wad bulan Jun tahun lepas (umur Suri 2 tahun 10 bulan). Kalau tak kerana ummi masuk wad dalam tempoh yang lama, agak susah juga nak pujuk Suri. Hmm. 


Sehingga hari ni Suri menjadi teman ummi setiap hari. Belum masuk sekolah lagi. Ikut je ke mana ummi pergi. Ke kedai, ke sekolah, dan ke mana saja. Kalau ummi free, buat aktiviti sama-sama kat rumah. Banyak juga la yang Suri dah belajar secara tak langsung. Nak hantar sekolah pun rasanya dah boleh, tapi ummi masih berat hati nak hantar. Mungkin tahun depanlah.


Alhamdulillah dan bersyukur juga sebab Suri ada abang-abang teman bermain dan membesar bersama-sama. Kadang-kadang riang main bersama, kadang-kadang pula kecoh dan bingit bila ada yang tak kena. Suri pula, mestilah yang paling manja dan selalu nak menang. Abang-abang juga la yang perlu selalu mengalah. 


Ummi doakan Suri akan terus membesar sihat dan cerdas. Sentiasa ceria dan bahagia di samping ummi, abi dan abang-abang. Semoga terarah dan terlorong langkahmu ke jalan kebaikan dan kemuliaan duhai puteriku. Ameen.

0 comments:

Post a Comment