Cerita Miqdad pula. Dah lama Miqdad bercuti, sejak tamat belajar di Little Diamond Kindergarten pada bulan Disember 2022. Lepas hari graduasi, terus bercuti sampai sekarang. Dan sebulan lagi nak melangkah ke tahun satu. Lama betul nak tunggu kan.
Sepanjang lebih kurang 2 bulan yang sudah berlalu, Miqdad hanya habiskan masa di rumah diteman adik Suri. Kat rumah jelah, dengan aktiviti sendiri-sendiri. Aktiviti biasa ialah tengok video di Youtube; Aqil Story, Bola Kampung, Ejen Ali, Boboiboy, dan banyak lagi. Kat rumah juga banyak baca komik dan main kat luar dengan adik dan abang-abang time semua ada kat rumah.
Sesekalli ummi akan bagi tugasan dalam buku. Alhamdulillah dah complete buku Awal Matematik, sekarang sambung buku lain pula. Setiap malam baca al-Quran dengan ummi. Alhamdulillah dah baca sampai muka surat 10 (surah al-Baqarah). Dan setiap maghrib dan isyak (time abi ada kat rumah) ikut abi dan abang-abang ke surau solat berjemaah.
Agak lama nak tunggu Miqdad masuk darjah satu. Nak buat macamana, sessi persekolahan dah tak macam dulu. Sabar jelah menunggu Mac.
Pihak sekolah (SRAI Pekan Beranang) dah bagi senarai nama pelajar mengikut kelas. Macam biasa, ada 2 kelas setiap tahun dan nama Miqdad tersenarai dalam kelas 1 Pintar. Bulan Mac nanti perlu settlekan bayaran yuran dan ambil buku semua. Semoga dipermudahkan oleh Allah.
Kini adalah musim cuti sekolah (18/2-19/3). Kita balik kampung dululah, spend masa kat kampung dengan keluarga mek dan nenek. Insya Allah balik semula bila dah dekat nak buka sekolah nanti. Kelengkapan sekolah Miqdad dah ready 80%. Insya Allah nanti cek balik mana yang tak lengkap lagi.
Berbaki sebulan, semoga Miqdad dapat memanfaatkan masa ‘free’ ni dengan sebaiknya. Lepas ni akan sibuk dengan urusan belajar pula. Semoga Miqdad juga akan happy masuk sekolah baru nanti. Dah tentu suasana berbeza, tapi ummi doakan Miqdad akan ok je, dan seronok belajar kat tempat baru. Insya Allah.
Terus melangkah berani dan cemerlang anakku!
Miqdad;Februari 2023
0 comments:
Post a Comment