Monday, 17 August 2015 0 comments By: Naemah

MASA UNTUK DIRI



Sebagai seorang isteri dan ibu...  Berapa jamkah sehari masa diperuntukkan untuk diri sendiri :):):)

Seorang ibu, isteri dan suri rumahtangga sepertiku ini hampir setiap masa bersama dengan anak anak. 24 jam sehari, bersama mereka dan menguruskan segala hal ehwal mereka. Maklum saja, anak masih kecil dan belum mampu berdikari sendiri.

Masa banyak dihabiskan di rumah, melakukan segala kerja rumah dengan kudrat sendiri. Anak anak kecil dah pasti sangat memerlukan perhatian ibu hampir setiap masa. Segala keperluan dan hajat mereka hanya dapat dipenuhi dengan bantuan ibu. 

Nak mandi, nak makan, nak tidur dan nak bermain juga. Ummi perlu sentiasa ada. Masa banyak dihabiskan untuk anak anak di samping membuat kerja kerja lain saat anak asyik bermain dan menonton, atau saat mereka 'ok' ummi tiada bersama.

Bagaimana pula masa untuk diri sendiri? Untuk baring dan berehat, untuk memanjakan diri, berhibur dan mendandan diri? Sukar untuk dijawab... Hampir tiada masa untuk semua itu :) mana taknya, jika mahu tidur perlu pastikan keduanya tidur juga. Sedangkan masa tidur mereka itu juga, waktu yang kita dapat melakukan kerja yang tak dapat atau tak sempat dilakukan saat mereka berjaga. 



Pasti ibu ibu lain turut merasakan bagaimana ruang 'privacy' hampir tiada, bila mempunyai anak kecil. Nak mandi dan menunaikan hajat di toilet pun terkejar kejar dan perlu bersegera. Kalau lama sangat, adalah yang akan mengetuk pintu dan memanggil manggil. Hai anak...

Untuk berhibur pula, barangkali cukuplah anak anak yang menjadi penghibur. Tv sudah lama dilupakan. Mungkin seminggu sekali saja membukanya, atau saat mereka dah lena di malam hari. Namun hiburan apa sangat, mata pun dah mengantuk. Astro dah lama ditamatkan perkhidmatan. Artis baru atau lagu baru, minta maaf lah tak tahu :D

Bab berhias diri dan berdandan juga satu hal yang sukar bila berada di rumah. Di bilik air pun tak boleh lama lama, nak menghadap cermin pun sama juga. Tak sempat nak belek belek muka dan tubuh. Banyak perkara lain yang mahu dikejar. Bila masuk dapur, habis segala bau dah melekat di badan :p

Situasi seperti di atas pasti bukan aku saja yang menghadapinya. Pasti ramai, namun pasti ada yang dapat melakukan segalanya dengan baik di samping berjaya memberi masa untuk diri sendiri. 

Namun aku tetap bersyukur meskipun kehidupan seorang suri rumah adalah seperti ini. Biarlah banyak masa dihabiskan untuk anak anak dan rumahtangga, hingga hampir hampir tiada masa untuk diri sendiri. Yang penting anak anak mendapat cukup perhatian, dan rumahtangga terjaga, meskipun aku akui belum cukup cekap dalam menguruskan semuanya sendirian.

Dan bersyukur, di saat suami ada di rumah dia banyak membantu dan meringankan tugas. 

Syukur juga bab ibadah masih dapat dilaksanakan, terutama bab solat 5 waktu dan membaca al Quran. Masih ada ruang untuk mengisi rohani, dan ada ruang untuk terus bermuhasabah diri.

Hakikatnya, aku hanya insan lemah yang banyak kekurangan. Segala yang aku tidak mampu, hadir kerana kelemahan diriku sendiri. Jadi di sini bukan untuk merungut atau melepaskan stress. Ini juga masa untuk muhasabah diri. Ya, anak anak dah lena. Ummi ada masa untuk menulis di blog ini :)

Alhamdulillah atas setiap sesuatu :):):)

Saturday, 15 August 2015 0 comments By: Naemah

PESANAN BUAT DIRI YANG LUPA


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Kelmarin adalah masa lalu, esok pula sesuatu yang masih tak pasti, namun hari ini adalah sebuah kenyataan.Maka, hadapilah hari ini dengan sebaiknya.

Lakukan yang terbaik untuk hari ini, InsyaAllah sesuatu yang lebih baik akan menyusul di kemudian hari.

Usah sering meratapi kegagalan dan kesedihan yang lalu, dan usah terlalu berangan2 pada sesuatu yang tidak pasti.Berserah saja padaNya, yang mengatur dan merencana…

Lakukan yang terbaik, doakan yang terbaik, dan pasti yang terbaik juga akan menyusul dalam hidup kita..

Sentiasa mendoakan agar hari ini lebih baik dari semalam dan agar esok lebih baik dari hari ini.

Siapa yang boleh menjadikan ia baik dan lebih baik? Sudah tentulah diri kita sendiri… bukan orang lain…ianya mungkin bukan mudah, namun mujahadah itu sangat penting.

Sememangnya kita bukan insan yang sempurna, dan hakikatnya sangat jauh dari kesempurnaan. Sesungguhnya kita manusia lemah, takkan dapat lari dari kesilapan dan dosa.

Namun kita sebenarnya mampu untuk menjadi yang lebih baik, kerana insan yang terbaik itu adalah yang sentiasa ingin memperbaiki dirinya dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam..akan lebih baik, jika tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Selagi nyawa masih dikandung badan, ruang dan peluang itu sentiasa ada dan terbuka luas. Bukankah Tuhan itu Maha Baik??

Maka yang tidak ingin membuat perubahan dalam hidupnya, itulah dia orang2 yang sombong dan sentiasa merasakan dirinya sudah baik dan sempurna. Na’uzubillah…

Just ask ourself…Mahu@tak mahu?? Tepuk dada tanya iman…………………

اللهم اجعل أوّل هذا اليوم صلاحا وأوسطه نجاحا وآخره فلاحا يا أرحم الراحمين

“Ya Allah jadikan permulaan hari ini kebaikan, pertengahannya kejayaan dan pengakhirannya kemenangan, wahai Tuhan yang Maha MengasihaNI"

AKU MENCINTAI DIA KERANA-MU

Nukilanku suatu ketika dulu
(AUGUST 2010)

semoga bermanfaat

----------------------------------------------------------------------------------------------



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”



Kusambut salam yang dihulurkan. Katanya, dia ikhlas padaku, dan ingin memiliki hatiku. Hatiku terus berbunga, tersenyum bahagia. Kulihat, dia orang yang baik2. Ada pendidikan agama, juga sering kulihat di majlis2 ilmu. Aku yakin dia ikhlas padaku… dan aku juga… ikhlas kepadanya….

            Sejak mengenalinya aku seperti benar2 dilamun cinta. Wajahnya sering terbayang di mata. Aku sering tersenyum sendirian. Aku juga makin bersemangat untuk belajar. Dia menjadi inspirasiku. Ya Allah… terima kasih kerana menghadirkan dia dalam hidupku dan membuatkan hidupku terasa indah… aku terbayangkan wajahnya… aku membayangkan kehidupan yang bahagia bersama dia.. aku ingin bahagia bersamanya di dunia dan akhirat… aku yakin bahagia itu milik kami.. kerana aku mencintainya keranaMu ya Allah……..

            Aku rasa, hubungan cinta akan hambar jika kami hanya mendiamkan diri dan tidak sering bertanyakan khabar. Lalu, sms dan email menjadi perantara kami. Kami bertanyakan khabar, bertukar cerita… saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.. berkongsi rasa, impian dan cita…  ya Allah… hatiku benar2 bahagia… dia begitu mengambil berat tentang diriku dan aku juga ingin selalu mengambil berat tentang dia…  aku mahu dia juga merasakan bahagia sepertiku.. aku ikhlas mencintai dia……….

            Kerana aku ikhlas mencintai dia, aku mahu dia menjadi insan yang taat kepada Tuhan. Aku sering menghantar sms berbentuk kata2 hikmah dan nasihat, terjemahan al-Quran, hadith dan sebagainya pada dia.. mudah2an aku mampu mendorongnya untuk menjadi insan yang baik dan taat pada Tuhan…

            Apabila tiba bulan Ramadhan yang mulia, dia sering mengajakku berbuka puasa dan berterawih di masjid bersama2. Kami bukan berdua, tapi bersama dengan kawan2 yang lain. Aku bahagia setiap kali dekat dengannya. Alangkah indahnya perhubungan ini… aku ikhlas padanya ya Allah…………

            Namanya sering kusebut dalam doaku, siang dan malamku. Aku tak mahu kehilangan dia yang sangat kucintai. Ya Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, satukanlah kami dengan Rahmat dan Kasih sayangMu.. Aku benar2 ikhlas mencintai dia Ya Allah…jangan biarkan hambaMu ini kecewa Ya Allah. Satukanlah kami hingga ke syurgamu… aku sangat takut untuk kehilangan dia………………

            Namun hari ini aku diberi peluang dan ruang untuk berfikir. Tuhan membuka pintu hatiku…. Persoalan yang pertama hadir… apakah aku benar2 ikhlas mencintai dia kerana Allah???

            Aku sering terbayangkan wajahnya, dan membayangkan yang indah2 bersamanya. Adakala hingga aku lupa untuk mengingati insan2 lain yang halal untuk aku ingati. Dan yang penting.. di mana Allah di sudut hatiku ketika itu…. ketika aku mengingati dia??  Sedangkan dia entah siapa2 pun bagiku. Dia bukan suamiku. Dia tiada hubungan apa pun dengan ku. Maka, ikhlaskah cintaku ini???

            Aku memberi alasan untuk bertanyakan khabar jika ingin ber sms dan emel dengan dia. Kemudian, ia takkan terhenti setakat itu saja.. kami berkongsi cerita dan apa saja. Membiarkan hati terus diulit rasa indah dengan cinta manusia.. tidak akan bahagiakah rumahtangga yang akan dibina jika perkara2 itu tidak dibincangkan? Penting sangatkah untuk tahu dia sedang buat apa? sudah makan ke belum? Sedangkan aku tahu, lelaki dan perempuan ajnabi hanya dibenarkan berbicara dan berbincang jika ada perkara2 yang penting sahaja. Tapi di kala itu.. aku jadi lupa. Syaitan berjaya menggoda.. maka kerana Allah kah cinta ini???

            Ye, memang aku mahu dia menjadi lelaki yang baik dan soleh. Aku memberi dia nasihat dan peringatan. Persoalannya, mestikah melalui aku untuk dia menjadi seorang yang baik dan taat dalam beragama? Tidak adakah lelaki2 dan ustaz yang boleh dia dampingi selain aku?? Juga keluar bersamanya dan kawan2 untuk berbuka puasa dan berterawih… benar2kah ikhlas untuk melaksanakan ibadah? Bukankah hanya ingin berada dekat dengan dia dan melepaskan rindu yang terpendam di hati?? Ya Allah… ku tahu, niat tak pernah menghalalkan cara. Ikhlas ini rupanya sekadar alasan…

            Aku sering mendoakan dia sehari2an, kerana cintaku yang teramat dalam pada dia. Namun mana doaku untuk ibu bapaku? Keluargaku? Guru2ku? Saudara2 seislam yang lain?? aku hanya mendoakan kebahagiaan aku dan dia… lagi sekali… dia yang entah siapa2 pada aku….beginikah ikhlasku??

            Semakin kurenung, makin malu aku padaMu ya Allah.. semuanya yang aku lakukan bukan keranaMu… tapi kerana kepuasan diri dan nafsuku semata2… ikhlasku hanyalah alasan semata2… sedangkan ikhlas itu adalah andai aku benar2 meletakkanMu di depan setiap tindak tandukku.. dan ikhlas itu, andai aku sentiasa teguh berjalan di jalan syariatMu….

            Jika aku ikhlas kerana Allah, aku tak akan biarkan hati terus asyik melayan rindu pada dia, dan membayangkan yang indah2 bersamanya. Aku sepatutnya yakin, keindahan itu akan hadir jika aku benar2 percaya, yakin dan berserah pada Allah. Andai aku yakin dan berserah pada Allah, untuk apa lagi aku terus menerus berhubung dengan dia, bertanya dan berkongsi semua perkara yang tidak pernah menjadi kepentingan dalam menggapai keharmonian dalam sebuah rumahtangga. Jika aku mahu memiliki seorang lelaki yang baik, bukankah aku perlu terlebih dahulu melihat pada diriku sendiri, memperbaiki diri, dan mendekatkan diri pada Allah??

            Sungguh.. syaitan itu tidak pernah berhenti untuk terus menggoda manusia. Terus menerus melakukan tipu dayanya, dengan berbagai cara, meski cara yang paling halus. Bertanyalah pada diri sebelum bertindak. Moga sentiasa meletakkan Allah dan rasul di hadapan. Agar hati tidak terpesong, langkah juga tidak tersasar…………….

Cinta manusia hanyalah cebisan dari dari cinta Allah. Lalu mengapa dipentingkan sangat cinta itu, sehinggga melupakan cinta Dia yang sangat sempurna? Sesungguhnya, andai cinta Dia kita milki, umpamanya kita memiliki seluruh cinta makhlukNya…….

Ku mohon keampunanNya… ku ingin kembali pada jalanNya…. Kuingin taati segala  perintahNya… kerana aku  benar2 ingin menjadi hambaNya yang ikhlas………

DIARI ANAKKU: 150815

Hari ini juga tanpa abi bersama. Rutin di rumah seperti biasa saja. Bermula awal pagi sesudah subuh. Anas dan Mussaab memulakan hari mereka. 

Seperti yang ummi janjikan dengan Anas, hari ni nak buat tree. Syaratnya, perlu mandi dan makan dulu. Sambil mandi, sambil main. Sambil makan, sambil mendengar bacaan juzuk amma. Alhamdulillah kenyang makan kue teow goreng bersama nugget. 

Ummi buatkan Anas tree seperti yang diminta. Alhamdulillah dah siap printkan semalam. Hanya gunting dan tampal. Jadilah tree yang Anas mahu. Mussaab jemu menunggu, minta susu, minta ipad, belek buku... Sampai ummi siapkan 3 pokok Anas. Anas juga sambil menanti, sambil bermain car favouritenya.








Selepas itu menonton video yang ummi baru download. Video vehicles, seasons, trees dan water cycle. Education video, dan topik yang berjaya menarik minat si anak. Alhamdulillah learn something new today. Mussaab juga layan sekali. Its very fun video :)






Kemudian tidurkan Mussaab dan Anas asyik bermain kereta permainannya. Sambil diperdengarkan surah al Balad, surah seterusnya untuk dihafaz. Insya Allah Anas boleh menghafalnya :)

Hingga tengahari, masa untuk lunch. Ummi masak sekadarnya, ayam bakar simple dengan sayur kailan. Banyak juga makannya. Alhamdulillah:)

Selepas solat zohor, masing masing masih asyik bermain. Bergurau dan bergelak ketawa. Ummi yang mengantuk pun tak jadi nak tidur. Tengah si anak asyik bermain, ummi menonton cerita sang pencerah (filem indonesia). Sehingga anak meminta diberi perhatian, dan Anas minta untuk menonton videonya. 



Sampai ke petang hari, tiada siapa yang tidur. Harapnya malam ni boleh tidur awallah semua :)

Now sedang menanti waktu maghrib. Makan malam sudah. mussaab dah mengantuk dan meragam. Ummi cuba tangguhkan tidurnya sehingga maghrib. Anas masih aktif dan bertanya banyak perkara, termasuk perkara yang dia baru belajar hari ni 'water cycle'. The topic interest him so much :)

Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Insya Allah...
Friday, 14 August 2015 0 comments By: Naemah

POSITIF ATAU NEGATIF??




Positif dan negatif. Dua perkara yang berbeza, namun saling berkait malah saling melengkapi. Seperti magnet, tercantumnya ia kerana positif dan negatif.

Selalunya yang baik itu positif, yang tak baik itu negatif. Begitu jualah dengan sikap dan pemikiran kita. Pemikiran yang positif insya Allah menghasilkan tindakan yang positif, manakala pemikiran yang negatif menghasilkan tindakan yang negatif.




Ada insan yang sentiasa positif. Bersangka baik, murah senyuman, suka menghulurkan bantuan, suka memberi, berbicara hal yang baik baik saja, dan segala sikap yang positif ada padanya. Insan sebegini pasti kurang tekanan hidupnya, disenangi ramai orang dan insya Allah cinta Allah dekat dengannya :)

Namun ada juga insan yang hidupnya sering negatif. Mudah bersangka buruk, mudah marah, suka nampak buruk orang, mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati, dan seumpamanya. Insan sebegini pula hidupnya sukar untuk tenang. Ada saja yang yang menyakitkan hatinya dan yang disakiti olehnya. Nau'zubillah

Hakikatnya setiap hari kita didatangi perkara yang positif dan negatif. Namun responnya terserah pada diri kita. Positif atau negatif itu pilihan kita. Untuk menjadi  insan yang positif atau negatif, itu juga pilihan kita. Meskipun bukan mudah, namun kita sentiasa diberi pilihan untuk bertindak.

Aku akui, menjadi insan yang sentiasa positif itu bukan mudah. Untuk berfikir dan bersangka yang baik baik saja agak sukar. Kerana hati mungkin tak sesuci itu.  Adakala terburuk sangka, tersilap penilaian. Perangkap syaitan mudah sangat untuk terjerat :(

Aku juga insan tak sempurna dan banyak khilafnya. Ada hari hari yang ceria dan positif. Adakalanya juga negatif memanjang. Argh... Sangat sukar menjadi insan mulia yang baik dan positif sentiasa. Suami dan anak anak dah pasti saksi utama. Mereka pasti lebih memahami :)

Betapa untuk menjadi yang positif itu juga perlukan mujahadah yang panjang. Perlu banyak sabarnya, perlu kuat menahan nafsu dan amarah, perlu banyak istighfarnya. Allah... Sedih dan malu kerana diri sering terlupa. 

Akhir kalam, ayuh kita berusaha dan bermujahadah. Agar diri akan menjadi lebih positif, agar hari hari yang dilalui penuh keceriaan dan ketenangan. Mudah mudahan juga agar tiada penyesalan di atas setiap tindakan.. Insya Allah ;)


Wednesday, 12 August 2015 0 comments By: Naemah

RAWAT EMOSINYA



Anas Zaydan. Anak soleh ummi dan abi. The best brother for Mussaab. 

Semalam sangat happy menyambut kepulangan abi. Sangat gembira seperti selalunya, di hari kepulangan abi. Yalah, bila abi tiada setiap hari menyatakan rindu pula..

Pagi ini sedikit 'tegang'. Anas beremosi, sehingga menangis dan meraung. Dan sehingga teresak esak. Ada 'sesuatu' yang mungkin ummi dan abi tak penuhi untuk menenangkan emosinya.

Walau ummi sekadar memerhati, hati ummi dijentik sayu mendengar tangisannya. Malah bersama ummi juga situasi begini pernah terjadi. Ada ketika ummi marah marah dan menghentak. Ummi sedar hati kecil Anas terdera. Ummi rasa sangat bersalah dan berdosa..

Sesungguhnya anak kecil seperti Anas mendambakan pengertian dan perhatian. Ramai ibubapa (termasukku) mengambil sikap tidak endah akan keperluan tersebut. Saat mereka berperilaku baik kita membuat hal kita sendiri tanpa sedikit mempedulikan mereka, apatah lagi memberikan pujian. 

Namun apabila mereka 'buat perangai' kita jadi marah dan melenting. Rupa rupanya itulah yang disangka anak 'cara' untuk mendapat perhatian ibu dan ayah. Kerana itu mereka akan mengulangi perkara yang sama, dan kita mengulangi kemarahan kita lagi. 

Mengapa tidak, saat mereka bertingkahlaku baik kita memberikan perhatian padanya dalam bentuk pujian, diiringi nasihat yang baik. Setiap ungkapan kita pasti lekat di kotak memorinya.

Mengapa tidak, di saat mereka bertingkah kurang baik kita diamkan diri sebentar dan cuba menahan dari menghamburkan kemarahan. Nasihatilah dia bila kemarahan kita berlalu.

Mengapa tidak kita memeluknya erat saat dia menangis dan mengamuk. Peluk erat dan belai manja tubuh kecilnya. pasti dia merasakan dirinya disayangi dan  diberi perhatian. 

Ya, kita juga manusia biasa. Adakala 'karenah' si kecil sangat menguji kesabaran. Ada ketikanya kita mampu bersabar, ada ketikanya juga kita menyinga melayan amarah. Astaghfirullah...

Pesanan buat diriku dan untuk semua, semoga mampu terus bertahan dan bersabar dalam melayan anak anak. Kesian mereka, walau kita marah, walau kita herdik, dia tetap mahukan kita, kerana dia hanya ada kita, ibu dan bapanya. 

Jangan terus dilayan mereka dengan kemarahan. Bimbang usia menginjak dewasa mereka mencari 'orang lain' pula untuk menagih perhatian dan pengertian. Nau'zubillah

Pedulikan mereka di saat baik tingkah mereka. Tangani dengan hikmah di saat tingkah mereka menguji sabar..

Aku sedar aku juga ibu yang sering khilaf dalam menangani emosi anak. Aku lupa mereka perlukan perhatian, mereka mengharapkan kata puji, mereka dambakan senyuman, dan mereka juga mahukan sentuhan dan pelukan. 

Kerana pada anak sekecil itu, hanya ibu dan ayah sajalah dunia mereka. 

Bahagiakan hati mereka dengan sentuhan kasih sayang setulus hati :)
Tuesday, 11 August 2015 0 comments By: Naemah

MAJLIS ASMA DAN AFIF

Pada hari Ahad yang lepas (9/8/15) berpeluang menghadiri majlis perkahwinan adik ipar (Asma dan Afif) di Taman Melawati. Majlis untuk sebelah pengantin lelaki pulak kali ni. Majlis dibuat di sebuah tempat yang dinamakan laman pengantin. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Ini merupakan kali pertama menghadiri majlis seumpama ini, sebagai ahli keluarga pengantin. Maklum saja, boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga berlahwin dengan orang kelantan saja. Kalau ada pun mungkin aku tak pernah hadiri majlis mereka. Jadi tak pernah la merasa hadir di majlis 'gah' sebegini :)

Aku katakan 'gah' kerana ini adalah kali pertama untukku. Mungkin di sini majlis seperti ini biasa saja, berbanding majlis perkahwinan lain yang lebih grand kan? Namun majlis seperti ini tetap berbeza dengan majlis di tempatku. Dan kalau nak dibandingkan dengan majlis perkahwinanku, lagilah tak terbanding :)

Pertama kali bersama ahli keluarga mengiringi pengantin ke pelamin yang dihias cantik. Tetamu yang hadir memberi tumpuan sepenuhnya (pada pengantin). Langkah demi langkah disusun hingga ke meja makan paling hadapan. Kiranya tetamu yang paling istimewalah. Rasa best pun ada. Hehe

Kami ikuti upacara majlis dari awal hingga akhir. Alhamdulillah Anas dan Mussab pun behave je dalam majlis tu. hingga ke sessi makan makan, tiada masalah menjaga keduanya dan makan pun agak berselera. Dan alhamdulillah kenyang menikmati juadah yang disediakan.

Majlisnya sekejap saja. Dalam sejam macam tu je. Dah kenyang makan, bersedia untuk balik lah. Selesai..

Oh ya, sehari sebelum majlis ibu mertuaku terpaksa ditahan di wad (hospital kajang). Risau juga kalau keadaannya bertambah teruk dan tak dapat menghadiri majlis. Namun Alhamdulillah mak keluar hospital pada esok paginya dan bersiap terus ke majlis tersebut. Keadaan mak masih lemah, namun didoakan semoga kesihatan mak bertambah baik. 

Tak lupa doa buat pengantin agar berbahagia hingga ke syurga :)