Nukilanku suatu ketika dulu
(AUGUST 2010)
semoga bermanfaat
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Kusambut salam yang dihulurkan. Katanya, dia ikhlas padaku, dan ingin memiliki hatiku. Hatiku terus berbunga, tersenyum bahagia. Kulihat, dia orang yang baik2. Ada pendidikan agama, juga sering kulihat di majlis2 ilmu. Aku yakin dia ikhlas padaku… dan aku juga… ikhlas kepadanya….
Sejak mengenalinya aku seperti benar2 dilamun cinta. Wajahnya sering terbayang di mata. Aku sering tersenyum sendirian. Aku juga makin bersemangat untuk belajar. Dia menjadi inspirasiku. Ya Allah… terima kasih kerana menghadirkan dia dalam hidupku dan membuatkan hidupku terasa indah… aku terbayangkan wajahnya… aku membayangkan kehidupan yang bahagia bersama dia.. aku ingin bahagia bersamanya di dunia dan akhirat… aku yakin bahagia itu milik kami.. kerana aku mencintainya keranaMu ya Allah……..
Aku rasa, hubungan cinta akan hambar jika kami hanya mendiamkan diri dan tidak sering bertanyakan khabar. Lalu, sms dan email menjadi perantara kami. Kami bertanyakan khabar, bertukar cerita… saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.. berkongsi rasa, impian dan cita… ya Allah… hatiku benar2 bahagia… dia begitu mengambil berat tentang diriku dan aku juga ingin selalu mengambil berat tentang dia… aku mahu dia juga merasakan bahagia sepertiku.. aku ikhlas mencintai dia……….
Kerana aku ikhlas mencintai dia, aku mahu dia menjadi insan yang taat kepada Tuhan. Aku sering menghantar sms berbentuk kata2 hikmah dan nasihat, terjemahan al-Quran, hadith dan sebagainya pada dia.. mudah2an aku mampu mendorongnya untuk menjadi insan yang baik dan taat pada Tuhan…
Apabila tiba bulan Ramadhan yang mulia, dia sering mengajakku berbuka puasa dan berterawih di masjid bersama2. Kami bukan berdua, tapi bersama dengan kawan2 yang lain. Aku bahagia setiap kali dekat dengannya. Alangkah indahnya perhubungan ini… aku ikhlas padanya ya Allah…………
Namanya sering kusebut dalam doaku, siang dan malamku. Aku tak mahu kehilangan dia yang sangat kucintai. Ya Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, satukanlah kami dengan Rahmat dan Kasih sayangMu.. Aku benar2 ikhlas mencintai dia Ya Allah…jangan biarkan hambaMu ini kecewa Ya Allah. Satukanlah kami hingga ke syurgamu… aku sangat takut untuk kehilangan dia………………
Namun hari ini aku diberi peluang dan ruang untuk berfikir. Tuhan membuka pintu hatiku…. Persoalan yang pertama hadir… apakah aku benar2 ikhlas mencintai dia kerana Allah???
Aku sering terbayangkan wajahnya, dan membayangkan yang indah2 bersamanya. Adakala hingga aku lupa untuk mengingati insan2 lain yang halal untuk aku ingati. Dan yang penting.. di mana Allah di sudut hatiku ketika itu…. ketika aku mengingati dia?? Sedangkan dia entah siapa2 pun bagiku. Dia bukan suamiku. Dia tiada hubungan apa pun dengan ku. Maka, ikhlaskah cintaku ini???
Aku memberi alasan untuk bertanyakan khabar jika ingin ber sms dan emel dengan dia. Kemudian, ia takkan terhenti setakat itu saja.. kami berkongsi cerita dan apa saja. Membiarkan hati terus diulit rasa indah dengan cinta manusia.. tidak akan bahagiakah rumahtangga yang akan dibina jika perkara2 itu tidak dibincangkan? Penting sangatkah untuk tahu dia sedang buat apa? sudah makan ke belum? Sedangkan aku tahu, lelaki dan perempuan ajnabi hanya dibenarkan berbicara dan berbincang jika ada perkara2 yang penting sahaja. Tapi di kala itu.. aku jadi lupa. Syaitan berjaya menggoda.. maka kerana Allah kah cinta ini???
Ye, memang aku mahu dia menjadi lelaki yang baik dan soleh. Aku memberi dia nasihat dan peringatan. Persoalannya, mestikah melalui aku untuk dia menjadi seorang yang baik dan taat dalam beragama? Tidak adakah lelaki2 dan ustaz yang boleh dia dampingi selain aku?? Juga keluar bersamanya dan kawan2 untuk berbuka puasa dan berterawih… benar2kah ikhlas untuk melaksanakan ibadah? Bukankah hanya ingin berada dekat dengan dia dan melepaskan rindu yang terpendam di hati?? Ya Allah… ku tahu, niat tak pernah menghalalkan cara. Ikhlas ini rupanya sekadar alasan…
Aku sering mendoakan dia sehari2an, kerana cintaku yang teramat dalam pada dia. Namun mana doaku untuk ibu bapaku? Keluargaku? Guru2ku? Saudara2 seislam yang lain?? aku hanya mendoakan kebahagiaan aku dan dia… lagi sekali… dia yang entah siapa2 pada aku….beginikah ikhlasku??
Semakin kurenung, makin malu aku padaMu ya Allah.. semuanya yang aku lakukan bukan keranaMu… tapi kerana kepuasan diri dan nafsuku semata2… ikhlasku hanyalah alasan semata2… sedangkan ikhlas itu adalah andai aku benar2 meletakkanMu di depan setiap tindak tandukku.. dan ikhlas itu, andai aku sentiasa teguh berjalan di jalan syariatMu….
Jika aku ikhlas kerana Allah, aku tak akan biarkan hati terus asyik melayan rindu pada dia, dan membayangkan yang indah2 bersamanya. Aku sepatutnya yakin, keindahan itu akan hadir jika aku benar2 percaya, yakin dan berserah pada Allah. Andai aku yakin dan berserah pada Allah, untuk apa lagi aku terus menerus berhubung dengan dia, bertanya dan berkongsi semua perkara yang tidak pernah menjadi kepentingan dalam menggapai keharmonian dalam sebuah rumahtangga. Jika aku mahu memiliki seorang lelaki yang baik, bukankah aku perlu terlebih dahulu melihat pada diriku sendiri, memperbaiki diri, dan mendekatkan diri pada Allah??
Sungguh.. syaitan itu tidak pernah berhenti untuk terus menggoda manusia. Terus menerus melakukan tipu dayanya, dengan berbagai cara, meski cara yang paling halus. Bertanyalah pada diri sebelum bertindak. Moga sentiasa meletakkan Allah dan rasul di hadapan. Agar hati tidak terpesong, langkah juga tidak tersasar…………….
Cinta manusia hanyalah cebisan dari dari cinta Allah. Lalu mengapa dipentingkan sangat cinta itu, sehinggga melupakan cinta Dia yang sangat sempurna? Sesungguhnya, andai cinta Dia kita milki, umpamanya kita memiliki seluruh cinta makhlukNya…….
Ku mohon keampunanNya… ku ingin kembali pada jalanNya…. Kuingin taati segala perintahNya… kerana aku benar2 ingin menjadi hambaNya yang ikhlas………
0 comments:
Post a Comment