Nukilanku suatu ketika dulu
(SEPT 2010)
Semoga bermanfaat
-------------------------------------------------------------------------------------
(28: 56) إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Assalamualaikum…kehadapan dirimu yg sentiasa dalam ingatan dan doaku… mudah2an sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Ribuan kemaafan kupohon andai hadirnya warkah ini mengganggu situasimu dan harimu. Sungguh, kerana sayang, aku layangkan warkah ini, kerana cinta, ku gagahkan diri untuk menulis untukmu..
Benar, dikau insan yang terlalu dekat denganku. Aku sangat menyayangi dirimu, sebagaimana engkau menyayangiku. Dikau antara insan yang terpenting dalam hidupku. Ingin aku nyatakan di sini dengan setulus hati, bahawa aku menyayangimu kerana Allah……..
Bila aku nyatakan sayangku padamu keranaNya, maka aku tidak tega membiarkan dirimu hanyut dalam dunia kemurkaan Tuhan. Aku turut gembira melihat kegembiraanmu, namun ketahuilah hatiku sangat terluka andai kegembiraanmu terhasil melalui jalan kemurkaan Tuhan. Aku sangat sedih bila ia melibatkan DOSA dan NODA. Aku melihat kau ketawa dan bahagia dengan perbuatanmu, insan2 lain turut menyokong, dan aku juga tersenyum walau dalam paksa, namun Tuhan saja yang tahu betapa hatiku ini sangat pedih. Terlalu pedih. Dapat aku rasakan Tuhan sedang megutukmu dan juga aku.. namun apa yang harus aku lakukan?? Aku sangat tak berdaya…
Aku tahu, selemah2 iman adalah dengan menegur kemungkaran dengan hati, yakni membenci perbuatan itu. dan itulah aku.. insan lemah lagi tak berdaya ..aku tak mampu untuk menegurmu dengan perbuatan, bahkan lisan sekalipun. Lidahku kelu bila ingin berbicara tentang kesalahan dan dosamu.. puas kususun ayat, puas kurangka bicara.. namun hujungnya, aku hanya mampu berdiam diri, membenci dalam diam. Bukan membencimu sayang, tapi membenci perbuatanmu, dan menyesali kelemahan diri……..
ingin kunyatakan di sini, Perbuatanmu mempamerkan aurat, walau hanya dengan menyinsing lengan baju, kau anggap ianya perkara biasa.. namun bagiku, aku seperti melihat api yang sedang marak menyala ingin menyambar kulitmu yang cantik itu.. dan hatiku berasa sangat takut… jagalah auratmu, duhai sayangku..
Di kala dirimu sedang tersenyum manis saat berbicara dengan buah hatimu, atau sedang mengkhayalkan dia atau merindui dia, aku seperti melihat wajahmu itu bukan seperti wajahmu lagi, senyumanmu itu bukan seperti senyumanmu lagi, dan setitik demi setitik hatimu yang bersih itu dihinggapi titik2 hitam sehingga hatimu itu penuh dengan kegelapan dan debu2 kotoran….hatiku menangis.. hentikan cinta dusta itu..
Di saat kau dan teman2 yg lain sedang asyik dan seronok berbicara tentang lelaki yakni makhluk yang berlainan jantina denganmu, begitu dan begini… aku dapat merasakan bahawa dirimu juga sedang menjadi bahan bualan mereka, hingga ada yang sanggup menelanjanglkanmu dalam khayalan dan imaginasi mereka…Na’uzubillah… tapislah topik perbualanmu…
Apabila engkau begitu leka mendengar dan mendendangkan lagu2 yang memuja manusia dan syaitan itu, yang kadang2 kau sendiri tidak mengerti maksudnya, aku dapat merasakan bahawa bijih besi, timah dan tembaga sedang2 menggelegak dan menunggu masa untuk dituangkan ke dalam telingamu, juga gunting yang sangat besar dan tajam ingin memotong lidahmu… aku sangat gerun… bijaksanalah mencari hiburan…
Ketika engkau sedang megutuk guru2mu dan menyatakan sesuatu yang tidak engkau sukai tentangnya, ketahuilah, betapa hancur dan luluhnya hati seorang guru andai Tuhan menerbangkan setiap kalimat yang kau ucapkan itu ke telinganya, dan aku seperti melihat debu2 keberkatan yang patut dimiliki oleh seorang penuntut ilmu, turut terbang pergi meninggalkanmu… aku jadi bimbang… waspadalah, kerana guru2mu umpama ibubapamu yang tak patut engkau perkecilkan dan persendakan………….
aku tidak sanggup untuk mnyebut satu persatu apa kesalahanmu, namun aku hrp kau mngerti. Andai benar kau tidak tahu, aku sentiasa berharap dan berdoa agar Tuhan membuka hatimu, menambahkan pengetahuan tentang ilmuNya. Tapi andai engkau telah tahu, dan sengaja membelakangkan Tuhan kerana menurut nafsumu, ketahuilah, aku sangat kecewa denganmu..
Aku bukan insan sempurna yang layak untuk menegur sesiapa kerana aku juga insan yang pernah melakukan kesilapan, juga pernah melakukan apa yang sedang kau lakukan ini. Namun kalau boleh, aku ingin mengajakmu juga aku untuk bermuhasabah diri. Selama2nya, aku dan dirimu tetap insan lemah yang sentiasa punya kekurangan dan takkan terlepas dari melakukan dosa. Ayuhlah kita sama2 bermuhasabah diri, koreksi diri, di mana salah dan silapnya kita. Apakah segala perbuatan kita selama ini selaras dengan tuntutan agama? Apakah semuanya berlandaskan syariat atau nafsu semata? Apakah semuanya untuk mencari keredhaan Tuhan atau untuk kepuasan nafsu?? Hadirkanlah berbagai persoalan… hanya diri kita sendiri yang mampu untuk menjawabnya….
Ketahuilah, aku terlalu menyayangimu, tersangat sayang. Sayang yang bukan pura2 dan bukan main2. Malah, aku bukan saja mahu bersamamu di dunia, bahkan di sana juga, aku mahu bersamamu di dunia abadi sana.. namun untuk sama2 ke sana, kau dan aku juga tahu, apakah syaratnya kan???
Di akhir warkah ini, aku ingin mengingatkanmu dan diriku sendiri bahawa sesungguhnya, insan2 yang sedang menyokongmu dan ketawa melihat perbuatan mungkarmu itu, ketahuilah mereka semua akan menjadi musuhmu di sana nanti. Mereka akan saling tunjuk menunjuk menuduh kesalahan, termasuk pada dirimu… aku sangat takut, andai aku juga tergolong dalam kelompok itu, lantaran diamnya aku melihat kemungkaran yang kau lakukan. Kerana itu, aku terlalu ingin menegur kesalahanmu walaupun aku sangat tak berdaya. Ketahuilah dan percayalah, AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH…….jangan biarkan aku menangis kerana perbuatan maksiatmu… aku mahu menjadi temanmu di dunia dan akhirat… INSYAALLAH……………
Hingga ke akhir kalam ini, aku mula menjadi takut dan bimbang.. apakah kau marah padaku atas teguran ini? Apakah kau membenciku?? Aku merayu.. jangan marah padaku.. jangan benci padaku.. kerana aku terlalu sayangkanmu……
Wassalam………………………………………………….
The hidden message: selalunya, orang yang paling sukar untuk kita tegur kesilapannya, adalah orang yang terlalu dekat dengan kita. Mungkin ibubapa kita, adik beradik, saudara2 dan sahabat baik kita sendiri….
Hati berat untuk menyatakan perbuatan mereka salah dan berdosa, sedangkan kita terlalu sayangkan mereka. Sudahnya, kita hanya mampu membenci dan menangis dalam hati…
Namun ayuhlah kita berusaha membawa mereka keluar dari daerah kemaksiatan walau dengan apa cara sekalipun. Berhasil atau tidak, itu bukan daya kita, namun yang penting kita telah berUSAHA.. selebihnya kita serah pada DIA…
Tiada istilah telah terlambat@ nasi sudah menjadi bubur, kerana kita perlu yakin bahawa Tuhan sedang dan sentiasa bersedia menerima taubat hambaNya walau sebesar mana dosa kita.
Juga usah merasakan diri tidak layak untuk menegur sesiapa kerana kita semua adalah da’ie (pendakwah), sekurang2nya untuk diri kita sendiri dan mereka yang dekat dengan kita.
Andai benar kita sayangkan mereka, janganlah kita membuang masa lagi.. kita perlu berusaha, dan berdoa untuk mereka yang kita sayang.. jangan biarkan mereka terus menerus mengundang murka Tuhan.
Kita sendiri juga perlu sentiasa bermuhasabah diri… jangan biarkan insan2 yang menyayangi kita menangis kerana perbuatan kita…………………………..
Muhasabah: Apabila “yg diSURUH kita TINGGALkan, dan yg diTEGAH kita LAKUkan” dan apabila “PAHALA dipandang X BERHARGA, dan DOSA pula dipandang REMEH”………. Di kala itu tidakkah kita terfikir… “ ada yg xkena ke dgn aku ni??” gila? Degil? X paham bahasa? @ sengaja ingin mencabar Tuhan??...............Muhasabah+Istighfar…. Ayuh kita kembali… keep ourself on the right track!!
0 comments:
Post a Comment