Tuesday 4 August 2015 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 040815

Hari seterusnya bersama anak anak di rumah. Alhamdulillah dapat memulakan puasa hari ini di bulan syawal. Syawal berbaki beberapa hari saja lagi. Harapnya sempat, puasa setakat yang terdaya :)

Anak anak bangun seawal subuh. Kemudian masuk tidur semula sehinngga jam 8 pagi. Breakfast hanya dengan nugget ayam bercicahkan sos cili. 



Selepas makan dan mandi, anak anak membuat hal sendiri, sambil ummi mengemas apa yang patut. Anas asyik dengan kereta permainannya, Mussaab juga ke sana ke mari dengan riangnya :)

Hari ini ada buku yang dibaca bersama,  ada video yang ditonton, dan tak lupa ayat al Quran diperdengarkan. Juzuk amma dari awal hingga akhir, dan disambung dengan surah as Syams yang dipasang berulangkali, disamping menguji bacaannya. Surah as Syams, surah yang sedang Anas hafaz. Insya Allah tak lama lagi sempurna hafazan surah tersebut. 



Ipad juga jadi pilihan Anas dan Mussaab tapi mungkin dah bosan, tidaklah terlalu leka dengan iPad. 

Makan tengahari ummi masakkan nasi ayam. Itu jugalah makanan untuk ummi  berbuka nanti :)

Sementara menunggu waktu zohor, membuat ulangkaji dan latihan dengan Anas. 'Finding shapes in the house' berminat dia mencari shape yang ummi sebutkan. And Anas did it well, sambil Mussaab memerhati penuh minat. 

Ummi juga printkan gambar untuk aktiviti 'counting the shapes'. Alhamdulillah Anas berminat dan did the good job ! Anas mengenal shapes, counting, and writing together. Memandangkan Anas dah lama khatam bab shapes and counting, ia hanya sekadar revision and just for fun. Sekurang kurangnya, ada masa diperuntukkan untuk Anas duduk dan belajar.



Selesai solat zohor dan apa yang patut, semua terlena di atas katil. Langsung tak sedarkan diri hingga jam menghampiri 6 petang. Lamanya tidur...haish

Anak anak dimandikan dan disuap makan, sambil sambil menonton video. Flash cards turut bersepah dan Mussaab leka denganya. Biarkan sajalah...Ummi juga siap berbuka puasa akhirnya. Alhamdulillah sempurna 1 hari puasa :)

Antara waktu maghrib dan isyak, ajar Anas iqra' 4 dan hafazan surah as Syams. Tak lupa Mussaab diuji dengan huruf huruf hijaiyyah yang semakin banyak dia kenal.

Now masa untuk menidurkan keduanya. Entah pukul berapa baru tidur... Tadi dah tidur banyak. Mata masih segar. Anas minta untuk menonton cd magic English 'changing season' yang menjadi video kegemarannya kini. Layan saja...

Semoga dipermudahkan segalanya...
Dan semoga esok menjanjikan yang lebih baik untuk anak anaku.. Aameen

0 comments:

Post a Comment